Sunday, March 13, 2011

Teksi LCCT

Ni nak cerita sedikit ni pasal teksi di LCCT. Perjalanan balik kami ke Kuantan, oleh kerana beg-beg kami terlalu berat, kami pun membuat keputusan menaiki Teksi daripada LCCT ke Bukit Jalil.
Kami membayar tiket untuk menaiki teksi ini, kerana pada pandangan kami dengan nilai RM74, kami fikir sudah tentu muat beg-beg kami. Setelah menunggu queue bila tiba masa untuk kami menaiki teksi, si pemandu teksi ni pun mengangkat la beg Cik Dah memasuki bonet kereta, ok la, selepas itu mengangkat beg aku pula untuk memasuki bonet (dalam senario angkat mengangkat ini, tiada se patah perkataan pun keluar tentang "banyaknya beg kami"). Dua beg sahaja yang muat bonet belakang. Baki beg kami yang lain sudah tentu muat di tempat duduk belakang.

Yang buat kami rasa kelakar tetapi angin satu badan ialah, setelah 2 beg diisi di bonet belakang, pemandu teksi itu mengatakan, "tidak boleh letak beg di tempat duduk belakang ni", aku pun.. "huh!?" "kenapa pulak?" aku betul-betul bingung, masa orang putih naik dengan berbeg-beg tidak ada pun masalah berkenaan tidak boleh meletakkan beg di tempat duduk!. Aku terasa betul-betul double standard di bumi sendiri! (mamat teksi ni pun satu lah, kalau ye pun jangan lah beria-ria mengangkat beg kami, kalau dah tau daripada satu trolley ada banyak beg!)

Kalau ye pun tak boleh, mengapa semasa kami membeli tiket teksi, dan minah kat kaunter yang menjual tiket itu melihat beg-beg kami kata sahajalah pada masa itu, memang tidak boleh membeli tiket teksi biasa! kata sahajalah yang undang-undang JPJ melarang beg diletakkan di tempat duduk! tidaklah menjadi satu cerita untuk kami berpatah balik ke dalam LCCT untuk menukar tiket! menyusahkan orang betul!

Kalau daripada awal-awal lagi kami diberitahu, tidaklah angin satu badan malam tu.. wang bukan masalah kalau sudah begitu peraturan yang dinyatakan. Sebagai rakyat Malaysia yang selama ini berhemah dan mematuhi undang-undang, kami tiada masalah untuk mengikut peraturan!

Kami menukar tiket menaiki Teksi yang lebih besar yang berharga RM101.80 untuk ke Bukit Jalil. Harga agak mahal untuk destinasi yang tidaklah sejauh mana daripada LCCT. Untuk rate ini, aku rasa pihak pentadbiran Teksi LCCT sahaja yang boleh menjawabnya... Memang muat semua beg-beg kami di ruang bonet belakang kereta. Teh duduk didepan, dan aku dan Cik Dah agak selesa dengan ruang yang luas di belakang.

Hati kami masih lagi panas bila teringatkan insiden ini..dugaan..dugaan..dugaan..!!

2 comments: