Tuesday, May 10, 2011

Pengembaraan ke Kuching - Hari Ketiga (2/5/2011) Part 2

Wuih! penat den! Dah elok-elok upload entry, tetiba check balik blog, tak masuk rupanya huhuhu. Apahal dengan blogspot nih?? Hilang dah semua idea-idea masa posting mula-mula.. huhuhu.. camno? kena buat balik la jawabnya.. huhuhu..


Berlatar belakangkan rumah Orang Ulu. Nampak biasa je kan?



Tapi, mak aii!! tinggi tu! Ni mesti pasal nak elak daripada binatang buas kot, tu yang arkitek orang Ulu bina rumah tinggi-tinggi ni. Aku rasa kagum lak, kreatif juga kan untuk bina rumah setinggi ini, tanpa perlu menarah bukit-bukit atau membinasakan alam sekitar. Aku teringin betul nak naik rumah ni.. tapi Abah mesti taknak naik dan aku faham kenapa..
Kemudian, abah terdengar bisik-bisik orang lain. Lepas tu abah cakap "kena cop ni". Aku pun apa lagi, "kena naik rumahla baru boleh cop". Tersengih-sengih aku masa tu.. hehehe. Tapi abah dapat naik perhentian tangga pertama je. Aku minta abah tunggu disitu sementara aku naik ke atas mendapatkan cop. Dalam hati kegirangan aku, hehehe inilah masanya untuk naik tangga kayu balak yang ditakek tu..


Sesudah cop buku, aku pun meninjau-ninjau rumah orang Ulu ini secara lajunya.. kesian juga kalau abah tunggu lama-lama kat bawah tu.


Sempatlah ambil gambar ini, dan meninjau pembuatan kuih yang dibuat daripada ubi kayu ini.



Cantik kan? gambar pemandangan dari atas rumah orang Ulu, hasil sentuhan tangan jurukamera amatur macam aku ni.. hehehe.


Siapa yang tak serun? inilah lantai rumah orang Ulu. Dah le tinggi, lantai buluh macam ni je.. isk3!


Sesudah selesai dirumah Orang Ulu, kami ke rumah Melanau pula.


Dulu-dulu aku ingatkan melanau ialah nama untuk melayu yang tinggal di Sarawak. Rupanya aku silap! Melanau merupakan suku kaum yang bukan melayu. Masa kat Kuching ini, sempat jugalah aku mendengar tentang pesta "kaul" iaitu pesta tanaman yang diraikan oleh orang-orang melanau ini.


Haa.. walaupun lantai rumah macam lantai rumah melayu, tetapi, curam juga ye!


Pemandangan dalam rumah Melanau.


Destinasi seterusnya ialah rumah Melayu. Sebenarnya, selain lawatan kerumah-rumah utama di Kampung Budaya ini, ada juga rumah-rumah kecil yang lain. Tapi sebab tiada untuk di cop, tidaklah Abah nak singgah ke rumah-rumah kecil ini. Antara rumah-rumah kecil ialah, tempat pembuatan manik-manik, dan sebagainya. Ini pula ialah rumah permainan gasing masyarakat melayu. Rasanya dimana-mana melayu memang popular dengan gasing. Masa aku kecil-kecil disebabkan bawah aku ialah adik lelaki, dan atas aku ialah abang, maka aku suka juga lah bermain gasing. Hehehe.. tidaklah sepandai mana, tetapi boleh lah kalau nak bercampur dengan budak-budak lelaki main tu.. hahaha. Tapi gasing yang aku main tu kecil je, kat sini, gasing untuk orang dewasa yang besar tu. Alah, macam gasing kat Kelantan tu lah.


Teringat pula, jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, kena bergegas ni nak ke panggung budaya, tengok pertunjukan tarian jam 11.30 pagi. Jadi nak kena cepat ni. Dalam keadaan aku menggesa Abah untuk cepat, tak pasal kena marah.. Hehehe.. aku senyum je kena marah dengan Abah. Ala, orang tua ni marah kejap je, lepas tu sejuk lah dia.. jadi tak guna nak merajuk dengan orang tua. Ramai juga lah orang kat sini dengar aku kena marah dengan abah "nak cepat-cepat ni yang abah tak berkenan nih!". Setelah difikir-fikir aku baru faham kenapa Abah marah aku. Rupanya, kat rumah gasing ni, ada orang tua melayu kat situ, Abah teringin nak berborak lah tu.. jumpa geng!


Inilah rupa gasing. Nak cuba? RM3 ye untuk tiga kali mencuba! Kalau ada abang-abang aku ni, aku nak juga tumpang sekaki.. ada geng! hehehe


Sampai kat rumah melayu, aku ingatkan tak perlu singgah cukup sekadar cop sahaja, tetapi Abah nak pula singgah. "Pelik" getus hati aku. Aku rasa macam kes tadi juga lah, abah nak cari orang-orang tua nak buat kawan kot..


Buaian dibawah rumah orang melayu adalah suatu kemestian kot. Aku teringat masa dikampung belah mak, kat bawah rumah arwah nenek pun ada buaian juga dulu. Aku suka naik buaian ni.. hehehe. Kadang-kadang kalau pergi taman permainan cari alasan je temankan anak sedara ke apa ke, hehehe.. jumpa buaian aku lah yang suka main... Oklah berbalik kepada cerita kat kampung belah mak ni. Buaian kat kampung ni bukan setakat aku atau budak-budak je yang suka main, tetapi yang dot dot dot pun suka main juga. Sebab buaian kat bawah rumah arwah nenek tu, tiap-tiap malam berhayun. Boleh sampai terdengar bunyi tiap-tiap malam.. wuish!! seram juga kan! Pakcik aku tutup terus bawah rumah tu, buat bilik. Jadi sekarang ni kalau balik kampung, rumah tu macam dua tingkat la pulak, sebab tempat buaian dah jadi bilik kat bahagian dapur.


Ruang tamu rumah orang Melayu.


testing testing one two three :-))


Hasil jualan di rumah orang melayu. Ada kuih bahulu, dan kuih kapit. Dan kat rumah ini ada juga dijual kayu tas (aku tak tau kayu apa tu), dan gambir sarawak. Abah beli satu RM5 gambir tu yang bersaiz sebesar syiling 5 sen. Abah nak, aku beli je.

Lalu ikut jalan pintas, sebab tu gambar ini, diambil kemudian.


Ingatkan rumah melayu tu rumah yang terakhir dah. Tapi ada pula rumah cina. Aku pun pelik kenapa perlu ada rumah cina dalam kampung budaya ni? Bukan kah, cina datang kemudian?


Selesai sudah, kami pun terus ke panggung budaya. Aku harap ada kerusi untuk aku dan abah duduk. Ramai orang nih! jangan la penuh. Jam menunjukkan pukul 11.15 pagi.

Monday, May 9, 2011

Pengembaraan Ke Kuching - Hari Ketiga (2/5/2011) Part 1

Untuk hari terakhir berjalan-jalan di Kuching sebelum keesokan harinya, aku menempah tour melancong melalui pakej hotel iaitu 9.15 pagi ke Kampung Budaya Sarawak dan 1.15 petang ke Semenggoh Wild Life yang berharga RM230 untuk 2 orang. Tiket seorang ke Kampung Budaya ialah RM60 untuk dewasa (lagi RM20 ialah charge van tour tu untuk pergi dan balik), tiket ke semenggoh pula ialah RM35 seorang.


Dalam van yang kami naiki ada ramai penumpang. Jadi agak tidak selesa (bergegar dan tempat agak sempit) untuk mengambil gambar. Gambar merentasi Sungai Sarawak dan gambar gunung Santubong sebagai latar pun aku tidak dapat ambil dengan cukup cantik. Gambar diatas sahajalah untuk tatapan sekelian (masa inilah aku berangan untuk memiliki DLSR huhuhu).



Sampai sahaja di Kampung Budaya Sarawak, hujan renyai-renyai mula turun. Jadi, aku pergi ke kedai cenderamata berhampiran membeli payung untuk abah berharga RM10.50. Payung yang aku beli dengan tergesa-gesa masa di KL pun berharga cuma RM5 sahaja. Buat untung betul la.. Memang payung tu tahan guna masa di Kampung Budaya je, sebab lepas tu dah mula koyak sana koyak sini. Jadi aku tinggalkan aje di Hotel, malas la nak bawa balik... (Orang kaya tul la.. sabo je la! masa aku kecil-kecil payung yang koyak inilah yang aku akan jahit untuk bawa ke sekolah. Sebab kesekolahkan berjalan kaki daripada rumah.)


Para pelancong akan berjalan sendirian mengikut peta yang diberi dalam sebuah buku. Setiap kali sampai ke destinasi buku-buku akan dicop menandakan anda telah sampai ke kampung terbabit. Jam sudah menunjukkan kul 10 pagi, kami perlu menghabiskan tour rumah-rumah budaya sebelum jam 11.30 pagi. Kerana jam 11.30 kami perlu berada di panggung budaya melihat tarian kebudayaan.


Rumah pertama dalam laluan kami ialah Rumah Bidayuh.


Dan ini pula ialah jambatan untuk sampai ke rumah tersebut. Menariknya! Aku teringin nak naik. Tapi bukan rezeki la.. sebab mustahil Abah akan setuju. Jadi kami ikut jalan biasa menuju ke rumah bidayuh.


Aku tertarik dengan tangga dari batang kayu ini. Kreatif juga la untuk buat tangga dengan menakik batang kayu.


Ini lah lantai rumah yang dihasilkan dari buluh dan beralaskan mengkuang.


Jangan main-main! Nampak je rumah ini macam pondok, tapi ianya dua tingkat ye! double-storey ye.. kreatif!


Aku rasa ini ialah mesin untuk meleraikan padi daripada hampasnya.


Ini pula ialah pintu masuk ke dewan. Haaa... orang bidayuh pun ada dewan! canggih!

Dalam dewan mesyuarat ini, seperti mana di rumah bidayuh ada tempat untuk menyalakan unggun api. Aku sebenarnya kagum dengan tenik memasak di dalam rumah kayu ini. Tak ada kes rumah terbakar ke agaknya ye?


Inilah pemandangan dalam dewan tersebut. Berbentuk bulat. Kalau england dengan meja bulat dia.. haa ni dia, bidayuh pun ada juga... dewan bulat!


Selepas rumah bidayuh, kami ke rumah iban. Abah dah mula bosan dengan trip rumah budaya ini. Mungkin sebab hujan jadi agak penat berjalan diatas papan kayu yang agak licin. Ayat Abah semasa aku ajak masuk ke rumah iban ini "nak buat apa masuk dalam rumah ini, bukan ada orang pun". Aku tergelak kecil.. hehehe.. memang la tak ada orang. Kita melawat budaya Sarawak je.. Tapi sebab kena cop buku, Abah ikut je aku masuk.. hehehe



Walaupun begitu, bila bab-bab bergambar, Abah tidak pernah menolak.. hehehe.. dapat pula aku tukang ambik gambarnya..


Haa.. dalam rumah Iban ini lain pula, ada dijual kuih-kuih tradisional. Yang ni aku tak hairan la, sebab ni kuih loyang..


Ini gambar dalam rumah Iban.


Haaa... lagi unggun api dalam rumah...


Gambar ini aku minta tolong seorang kakak dari Singapura. Dia minta aku ambil gambar dia.. jadi adil lah bila aku minta dia ambil gambar aku dan Abah pula. Rumah Iban lebih kepada rumah panjang, dimana ramai keluarga menghuni rumah panjang ini. Sebab tu keadaan dibelakang kami agak luas.. besar rumah ni!


Di sepanjang perjalanan kami mengelilingi tasik ini. Cantikkan sentuh kamera woman amatur macam aku ni.. chewah!


Berhampiran rumah Iban ini ada satu dewan. Aku rasa ini dewan untuk pertunjukkan agaknya kot.

Abah masuk dalam dewan ni, jadi aku mengikut sahajalah. Aku ambil gambar Abah ok je.. hehehe

Lepas rumah Iban kami ke pondok penan. Aku tercari-cari rumah penan. Tiada! yang ada cuma pondok sahaja. Biar betul? Orang penan tak duduk dalam rumah ke? macamana nak berkeluarga dalam pondok?


Inilah pondok yang aku maksudkan itu. Kecil!


Haa.. kalau nak cuba menyumpit, bolehlah berbuat demikian di pondok penan ini. RM1 je untuk sekali sumpit.

Inilah peralatan yang digunakan untuk menyumpit.


Oklah, aku akan sambung entry selepas ini dirumah-rumah yang lain pula... rumah orang Ulu menggamit perasaan kagum aku atas senibina yang cukup menakjubkan!

Pengembaraan Ke Kuching - Hari Kedua (1/5/2011) Part 4

Sampai sahaja di Hotel, Abah terus melabuhkan kepala ke bantal. Memang betul-betul penat Abah ni.. hehehe.. sabar je la ye, dapat pulak anak macam aku ni.. Sebab aku berazam nak penuhkan aktiviti Abah sepanjang di Kuching supaya Abah tak akan cakap nak ke Kuching lagi selepas ini.. hehehe

Aku tidaklah penat seperti Abah, jadi aku menghabiskan masa untuk aktiviti-aktiviti mengambil gambar dari bilik hotel, dan merenung keluar.

Di malam hari, alang-alang aku kena tapau makanan untuk Abah, aku pun mengambil kesempatan berjalan-jalan seorang diri ke Waterfront. Apa yang ada disini ye.. Gambar diatas ialah hasil seni di Waterfront ini. Dengan air pancut cuma keluar pada malam hari sahaja.



Ini pula pemandangan sungai Sarawak di malam hari.


Teringin pula nak menyusuri sungai Sarawak.... esok mungkin boleh.. hehehe


Bukan apa, teringin nak naik bot sebesar ini..


Disepanjang-panjang pagar Sungai di Waterfront ini, banyak papan tanda menjauhi dadah dan arak dipamer. Macam cerita Hong Kong pula, entah-entah kat sini, ramai pemabuk yang muntah-muntah ke sungai kot.. huhuhu (agaknya la..)


Aku tak lama di tepi sungai tu, sebab Abah tengah tunggu aku nak makan malam. Lagipun aku seorang berjalan kat situ, ada juga polis pelancong yang menegur aku berjalan seorang. Bahaya agaknya. Hehehe.. dengan sweater dan hood kepala.. aku berani-berani takut je tu.. hehehe


Sampai di hotel, aku masih lagi tidak mengantuk. Jadi aku pun mengambil gambar barangan yang dibeli. Diatas ialah gambar tikar plastik yang Abah beli di Serikin siang hari nya. Tikar ini RM30.


Ini pula kain batik dan kain pelikat yang aku beli. Jumlah RM 80.


Yeay! kek lapis. Siap dengan tanda fragile lagi tu.. hehehe kek ini RM110.


Ini kek kat Mira tu. RM 40.


Bosan lagi. Aku ke lobi hotel menanyakan tentang trip hotel ke Kampung Budaya pada hari esok.. hehehe.. idea untuk berjalan-jalan sehari suntuk.. hahaha!