Thursday, June 6, 2013

Diskriminasi..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TibamasaMelayubersuaratentangdiskriminasi/Article/

Sebelum ini ada juga aku terdengar tentang topic diskriminasi, namun ada masa-masa aku malas hendak menjengah laman suratkhabar dek kerana bosan dengan politik hentam sana sini. Tetapi hari ini aku menjengah juga topic diskriminasi ni.

Seperti biasa aku tak nak kaitkan dengan orang lain, baik la aku kaitkan dengan aku sendiri sebagai contoh. Pada tahun 2000 aku sibuk mencari kerja setelah tamat belajar pada Dec 1999. Akibat penat, aku tangguhkan sebulan untuk bekerja. Mulai Feb 2000 aku mula menghantar resume kesana kesini dan pergi ke mana-mana sahaja ada interview. Selama sebulan wang ringgit habis begitu sahaja. Takdir Allah SWT nak buat macamana... betapa susahnya graduan seperti aku ni nak mencari kerja. Antara factor penyumbang adalah; bangsa, agama, gender, university, dan kelulusan aku.

Aku akui kelulusan aku tidak sebaik mana, namun yang paling aku kesalkan sebab factor aku berbangsa melayu amat menyukarkan. Rata-rata syarikat swasta lebih berminat dengan graduan overseas atau lebih tepat yang berbangsa cina kerana factor bahasa. Menurut mereka kerana cina boleh berbahasa cina jadi amat lah menyenangkan kerana lihatlah sekeliling, ekonomi di mana-mana di Malaysia di kuasai oleh mereka berbangsa cina. Kedua kerana fakto agama, aku pernah berhenti kerana gara-gara tidak dibenarkan solat. Menurut bekas majikan aku dulu, solat aku melambatkan perjalanan, solat aku menyusahkan mereka.

Gender, kerana aku wanita. Sebab itulah aku pesan kepada anak saudara lelaki aku, dia cuma perlu pandai sedikit sahaja, sebab lelaki memang senang untuk dapat kerja. Dan menyandang jawatan tinggi berbanding wanita. Majikan aku sekarang ni, akauntan aku adalah junior aku semasa belajar dulu, kenapa dia senang menduduki jawatan itu, ini adalah kerana dia lelaki. Bila aku bersembang dengan rakan aku tentang junior aku adalah bos aku, terus dia bertanya "Akauntan tu lelaki ke perempuan?".. faham-faham sahaja lah ye..

Lulusan Institut Teknologi MARA atau Universiti Teknologi MARA ni, agak kurang laku sedikit daripada lulusan university lain. Kini aku tak tau lah, sebab masa aku grad dulu, bakal majikan selalu menunjukkan ekspresi wajah setiap kali bila mengetahui aku lulusan UiTM. Pelik agaknya kot. Tambah pula sebab aku fasih berbahasa inggeris. Ye, itulah sahaja kelebihan aku, aku fasih bertutur dalam bahasa inggeris. Mereka amat terkejut kerana aku lebih fasih daripada graduan melayu yang berkelulusan luar Negara.

Kerana kefasihan aku dapatlah aku bekerja dengan gaji cuma RM500 sebulan. Nak buat macamana, daripada tiada kerja dan menganggur tawaran RM500 pun berguna juga untuk aku. Rezeki daripada Allah SWT.

Walaupun aku kurang bernasib baik berbanding rakan lain, tapi ini adalah takdir Allah SWT. Aku tak mungkin menjadi seperti hari ini kalau aku tidak bermula daripada bawah. Bila aku memikirkan bos-bos kat atas aku yang sentiasa bossy dan bercakap tak pandang orang dan langsung tiada budi bicara, betapa beruntungnya aku kerana diberi laluan bekerja dari bawah dan dalam lindungan Allah SWT kerana sentiasa diberi peringatan daripada Nya.. Alhamdullillah..