Thursday, November 28, 2013

Time to move on...too?

Tertarik dengan tulisan rakan yang aku panggil "Sifu"...
http://thechessconnections.blogspot.com/2013/11/time-to-move-on.html

aku mempunyai pendapat yang sama dengan Sifu, kami sama-sama meminati catur, its juz something that makes us happy, becoz we are surrounded with friends with the same passion. TETAPI, perjalanan akan terhenti setakat ini sahaja.... Bukan tidak sudi untuk meneruskan, tapi bagi aku, tanggungjawab aku kepada keluarga aku lebih penting untuk meneruskan kelangsungan hidup, dari catur yang cuma sekadar hobi terbaik aku.... buat kesekian kalinya, kali ini aku mengalah.. BIARlah mereka meraikan kemenangan mereka, aku sudah tidak lagi peduli...

Kini, perjalanan aku dalam catur, hanyalah setakat yang aku boleh buat sahaja, dan menabur bakti hanya kepada mereka yang memerlukan khidmat aku sahaja.. yang pastinya aku tidak lagi akan menganjurkan pertandingan dibawah persatuan, aku tidak lagi menganjurkan pertandingan di Kuantan, kecuali ada rakan baik yang memerlukan. Untuk tempoh setahun ini sehingga 2014 aku memperlahankan rentak catur aku, aku hanya akan menghabiskan kelas catur yang masih lagi berbaki (student baru), dan pertandingan yang akan aku buat untuk tempoh ini, hanyalah liga round-robin secara kecil-kecilan untuk pelajar aku sahaja,.. Untuk tempoh setahun ini, Setia Chess Centre masih lagi beroperasi, demi untuk saki baki pelajar sahaja.

Perjalanan selama setahun bagaimana pun akan dipanjangkan sehingga ke Pekan dan Muadzam Shah (jika mereka sudi, aku sedia menabur bakti, menurunkan ilmu). Sekurang-kurangnya bila aku mengundurkan diri kelak, aku sudah berpuas hati dengan apa yang telah aku buat selama ini untuk memperkembangkan catur.

Bergerak di Kuantan demi cinta aku pada catur sejak 2007 penuh dengan pelbagai pahit manis, asam garam kehidupan.. walau apa sekalipun aku redha dengan laluan penuh berliku ini. Dulu aku tertanya-tanya apa salah aku.. kini aku sudah tidak peduli lagi untuk mendengar jawapan dari mereka. Biarlah si luncai dengan labu-labunya..

Namun, jauh disudut hati, harapnya ada yang meneruskan catur di Kuantan tahun depan dan tahun-tahun akan datang selepas ini.. Sekurang-kurangnya berilah aku peluang untuk menjadi peserta pula.. hehehe.. dah lama tak main chess ni, perasaan gian mula datang bertandang.. Kalau mereka boleh bekerjasama menganjurkan catur di sebuah sekolah rendah sebelum cuti sekolah yang lalu, sudah tentunya mereka juga boleh menganjurkan kejohanan lain pula. Dan mereka tidak perlukan aku untuk menjadi arbiter atau menyediakan peralatan pun! Dengar khabar, mereka mampu mengimport arbiter dari KL, juga mampu membayar sejumlah RM yang lumayan (sedangkan khidmat aku RM100 pun sudah melenting berkira, biasalah.. yang suka menjatuhkan sesama sendiri adalah rakan sendiri juga, bukan?). Mereka juga mampu menggunakan pairing system sendiri, aah! pedulikan swiss manager untuk upload results online, guna sahaja swiss perfect, asalkan pertandingan berjalan lancar, tiada masalah akan muncul! Aku tidak marah... sungguh aku tidak marah. Jangan salah anggap tulisan aku ini. Tempoh aku marah sudahpun berlalu, aku tidak mampu untuk marah lagi. Malah aku bersyukur.. Alhamdullillah... aku memandang perkembangan ini sebagai suatu sudut yang positif..

Kepada penggiat catur di Kuantan... teruskan pembangunan catur walau tanpa aku sekali pun.... chayuk2!