Wednesday, February 27, 2013

Bali 2013 - Day 3 (21/2/2013 - Thursday)

Aku bagi info dulu ye, hari kedua jalan-jalan di Bali ni hari paling tak best sekali! Bosan! Kecuali part tengok pemandangan la.. sebab aku memang suka tengok scenery.

Mula-mula start hari dah pun singgah ke Krishna Supermarket beli baju. Aku dah alang-alang jumpa pun membeli la sekali. Beli untuk anak-anak saudara je cukup lah sebab aku tak ada bajet untuk membeli belah sakan, dan lagipun aku tak suka dan tak pandai membeli.

Belek jangan tak belek! Harga kat sini ok lah, sebab tak boleh tawar menawarkan.

Pasaraya ni memang agak besar. Apa yang nak dicari semua ada disini..

Pandangan dari pintu masuk.

Inilah lambang pasaraya tersebut.

Selepas habis shopping di Krishna, kami dibawa oleh Hadi ke tempat buatan jajan dan kek lapis.

Kalau korang tanya aku, jawapan aku.. Not Recommended!

Selepas tengok jajan, kami ke Hawaii Bali, supermarket juga. Kat sini beli souvenir boleh la. Aku pulak kat sini sibuk guna wifi free..hehe.. yang bestnya Bali ni, kebanyakan tempat menawarkan wifi free, cuma perlu buat muka tak malu tanya password je. Kebanyakan akan baik hati melayan! Habis di Hawaii Bali kami terus ke agenda makan tengahari. Daripada jam 12.45pm kami sampai ke Restoran masakan Padang jam 1.05pm. Makanan biasalah namapun masakan Padang. Dan seperti biasa aku tetap tak sentuh daging atau ayam..

Ini yang menarik kat restoran ni, Es Teller a.k.a ABC kalau kat sini. Kat Bali ni kat mana-mana ada Es Teller, tapi tak semua mempunyai keenakan yang sama. Yang ni aku suka sebab ada banyak buah-buahan yang fresh, dan ada rasa campuran santan. Ala-ala lemak manis gitu... awesome!

 Ini pun yang aku suka juga. Sambal ikan bilis. Walaupun ikan bilis ni keras, tapi sedap!

 Selepas tu Hadi bawa kami untuk ke Turtle Island yang tak ada dalam package kami. Berasap juga sebab kena bayar Rp150,000 seorang. Mahal tu! Tapi sebab majoriti nak pergi, maka aku dan kakak terpaksa la ikut juga.

 Rasa seronok ke?
 Laut yang agak bergelora, agaknya sebab cuaca kot.

 Bot berhenti tengah laut sebab konon kami boleh beri makan ikan. Taburkan roti bolehlah nampak ikan datang makan. Tapi sebab laut tak jernih maka tak lah nampak sangat.

 Aku ingatkan trip kali ini tak adalah nak menaiki bot, rupanya sekali lagi kena naik bot.. isk isk isk.. selepas ini trip 2014 agak-agaknya naik bot juga ke?

 Masuk-masuk je ke Turtle Farm kami kena paksa bayar donation! Donation pun boleh main paksa-paksa bayar ke? Terus terang aku cakap, tempat ni NOT RECOMMENDED! Sebab layanan langsung tak friendly! Orang yang bawa tour asyik nak cepat je "Siapa yang nak ambil gambar? Cepat! Cepat!" Semua nak rushing! Teruk betul la!

 Tapi sebab dah kena mamak dan berhabis banyak kan.. maka bergambar la dengan melebarkan senyuman...hahaha

 Antara penyu yang ada kat sini. Aku pelik kenapa penyu kena kurung kat dalam tank ni.. takkan pelihara kot! huh?! buat lauk kot! Erk!! tak ada orang nak tanya, sebab orang kat situ cam sombong gila!

 Ni antara penyu yang paling besar sekali! entah-entah penyu ni lagi tua daripada aku kot!

 Hehehe.. masa aku belasan tahun aku pernah cakap kat Mak aku, boleh tak kalau nak bela Iguana seekor? heheh.. mau nak kena bising dengan Mak aku.. hahaha.. semua dok geli geleman dengan Iguana.. hahah.. Comel apa kalau dapat bela seekor kan?

 Selepas trip ke Turtle Island yang bosan gila tu, kami dibawa ke Ulud untuk tengok Masjid yang ada betul-betul bersebelahan dengan Gereja Katolik yang bersebelahan dengan Gereje Protestant yang bersebelahan dengan Kuil Buddha yang bersebelahan dengan Kuil Hindu. Fuhh! Harmoni betul!

 Sempatlah derma RM kat masjid ni. Sebab kami dah solat masa makan tengahari tadi, maka tak lah singgah lama kat sini. Untuk pengetahuan korang, tempat solat kat Bali ni bukan macam kat Malaysia, kita ada surau lelaki dan surau perempuan, kat sini musolah nya cuma ada satu je. Jadinya kalau nak solat bercampur lah lelaki perempuan. Sebab tu aku lebih selesa ambil wudhu' dalam bilik air, dan solat dengan memakai tudung sekali. Rasa selamat sikit. Kat masjid je baru ada tempat asing solat lelaki dan perempuan..

 Gambar kenangan di depan masjid.

 Sempat juga tu bergambar di pintu Pura di sana.. Pura kat sana macam pelik la.. seperti dibiarkan berlumut dan sengaja diwarnakan hitam..

 Selepas Ulud, kami menuju ke Uluwatu. Whoa!! Breathtaking! Subhanallah..

 Tidak melepaskan peluang kenangan dengan sesuatu memukau seperti ini..

 Orang sibuk nak turun naik tangga, kami sibuk bergambar sakan.. hahah Untuk masuk ke Pura ini, kami semua dikehendaki memakai tali kuning. Jika ada yang pakai skirt atau seluar pendek akan diberi kain untuk dipakaikan. Kira menghormati Pura la tu... Tapi yang pakai bukaan atas.. aku rasa tak ada kain kot untuk itu...heheh sebab tengok mat saleh selamba je..
 Inilah sejarah Pura Uluwatu yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Sanskrit.

 Kami tak lama kat luar temple, masuk awal dapat cop tempat duduk dulu. Kami memilih duduk di atas, senang boleh tengok view yang lebih luas.

 Tengok Tarian Kecak! Dikatakan tak tengok kecak tak sah kalau datang Bali. Bukan tarian pun kecak tu, lebih kepada lelaki ramai-ramai duduk dan buat bunyi "cak cak cak", sebab tu la dapat nama Kecak. Dalam gambar ni lelaki yang ramai-ramai tu ibarat macam hutan belantara la, yang pakai kostum tu ialah cerita hikayat sanskrit masa aku sekolah dulu kisah Ramayana, Sita. Kalau ikutkan tak adalah apa sangat kat sini, tapi hilang boring gelagat Ramayana dan the geng buat ala makyong bila ada muncul Monyet Putih. Aktif betul monyet ni.. cergas pulak tu.. lompat sana lompat sini. Kacau orang kat sana sini. Aku dah nekad, kalau masa tu kacau aku siap ko monyet, aku confirm keluarkan jurus-jurus menolak... hahahahahahaa

 Ni masa monyet putih tu konon-konon buat huru hara kat bandar tu.. guna api betul, tapi tak bahaya sangat la.. cuma penonton la emo.. kejap kang "awwh" "awwh". Hujan dah start rintik-rintik dah. Habis je show, terus nak blah, tengah melangkah tu aku tengok kakak aku terjatuh ke tangga bawah (se tangga je), aku pun spontan nak tarik dia daripada jatuh, tanpa sedar aku pun tak balance dan terjatuh sekali, masa tu aku tarik Teh sekali, nasib baik Teh tak jatuh. Mat saleh orang Itali depan kami, hulur tangan nak tolong aku.. spontan aku jawab "its ok, its ok" sebenarnya aku tak selesa bersentuhan dengan kaum lelaki.. tapi alasan lawak aku ialah mamat tu dah tua, tak hensem.. kalau hensem aku leh siap pengsan lagi jadi damsel in distress "oh please help me mister... awww" hahaha

 Habis je show kami dibawa makan di Jimbaran. Setakat seafood kat sini... sedap lagi kat Tanjung Lumpur Kuantan.... Not Recommended la makan kat Jimbaran ni. Setakat makan dengan view tengok laut.. hmm.. dah malam-malam tak menikmati pun. Kecuali la kalau kami ni pelancong mat saleh, maybe seronok kot ada irama musik dimain secara live kat restoran tu, tapi sebab kami ni setakat orang Malaysia je.. apalah sangat. Double standard betul kan!?

 Lepas makan, pergilah tengok laut kejap..

 Inilah restoran tersebut yang dipenuhi oleh ramai warga asing.. Kebanyakannya muka-muka yang baru lepas tengok Kecak dance bersama kami sebelum tu.

Makan kat sini tak best.. tu yang aku boleh cakap la.. sebab sebenarnya kami rasa tak bersih. Alas meja kami kotor, siap ada tahi cicak lagi tu.. errrkk! dan bila ada bau colok ni.. aku kureng sikit la..

Ok kita sambung selepas ni pula...

Tuesday, February 26, 2013

Bali 2013 - Day 2 (20/2/2013 - Wednesday)

 Kami menggunakan tukaran wang RM1 = Rp3122 (pada masa kami membuat tukaran di money changer di Kuantan lagi). Jadi basis kepada perbelanjaan atau penawaran harga adalah menggunakan tukaran tersebut.

Bila mood swing aku ni, ada je perkara yang buat aku terasa, buruk betul perangai aku ni kan!?. Pagi-pagi aku agak terasa bila geng2 meninggalkan aku dan kakak aku untuk sarapan pagi. Tak adalah makna nak makan in group ke apa ke. Main tinggal aku macam tu je. Masa mood tak baik tu agak terasa juga la, maklumlah aku dah tak kerja sekali dengan mereka, jadi dalam hati mereka aku ni bukan taraf kawan kot.. agaknya la. Ewah! syahdu la tu pagi-pagi hari.. hahaha.. apa-apa pun aku tetap mendoakan Bali menjanjikan ketenangan minda aku ketika ini. Sambil-sambil itu fikiran menerawang, bagaimana lah budak-budak aku mengharungi hari pertama MSSP di Raub ketika ini.. haraplah ramai yang berjaya ke MSSM aminnn!

Kat Bali ni, patung-patung tu jangan cakap la, memang merata-rata. Kalau tak kuat semangat jangan le datang ke Bali ni.

 Destinasi pertama kami dibawa oleh Hadi dan Yakiya ke Desa Tohpati. Kat sini, lain desa (kampung) lain perusahaannya. Kat Tohpati ni majoriti menghasilkan batik Bali. Kat Bali ni aku rasa semua yang dihasilkan ialah handmade. Rajin betulkan! 

 Batik canting macam ni kita dah biasa tengok betul?

 Antara contoh yang dihasilkan.
 Kat dalam kedai ialah tempat untuk shopping! Tapi harga boleh tahan juga mahalnya.

 Gambar kenangan...hehehe
 Batik Bali ni tak sama macam batik kita kat pantai timur ni, corak pun lebih kepada corak objek binatang ke orang ke. Aku tak berapa suka corak sebegitu, jadi batik Bali bukan untuk aku la.. maaf.
 Baru teringat nak snap gambar kenderaan yang kami naiki.

 Kami dibawa ke Galuh pula. Apa lagi tempat untuk shopping la jawabnya!

 Gambar in group. Aku tak masuk dalam gambar ni.. masa ni masih lagi emosi la tu.. (amboih! terasa betul aku ni kan.. elok sangat la tak ada boyfriend lagi, kalau ada penat la dia nak memujuk aku je setiap saat..hahaha.. its good to be alone then!)

 Keadaan dalam kedai..
 Selesai di Galuh kami ke Desa Celuk pula untuk melihat hasilan Perak yang juga handmade.

 Khusyuk tengok tu.. dan akhirnya membeli! (hahah)

 Kepada yang gila dengan perak boleh lah ke Bali ni, harga pun boleh tahan juga la, nak kata murah sangat tu tak ada lah tetapi memang murahlah daripada Malaysia.

 Ni nama kedai tu.. tapi kat desa Celuk ni, kiri dan kanan jalan memang rata-rata jual silver, singgah dan tawar menawar la.
 Selesai di Desa Celuk, kami dibawa ke Desa Batuan.. haa kat sini adalah untuk mereka yang berminat dengan Lukisan.
 Rajin betul mereka ni beribadat dan merapat sembah kepada patung-patung tuhan mereka ni. Siap dipakaikan kain pelikat lagi. Agama Hindu kat sini memang lain daripada agama hindu yang kita dok tengok kat India dalam cerita hindustan tu. Aku rasa agama hindu ni agak kuno. Sebab hindu datang kat sini awal dahulu sebelum kedatangan Islam ke semenanjung Tanah Melayu ni. Islam sampai ke sini, tapi entah kenapa (harap ada yang boleh story kat aku) pegangan hindu kat sini cukup kuat menepis dakwah islam kat Bali ni. Penganut Islam ada disini, tapi cuma golongan minoriti sahaja. Itupun kebanyakan mereka adalah daripada Jawa Surabaya.
 Asyik tengok lukisan kat sini, memang cantik. Kalau aku ada rumah sendiri suatu hari nanti, sure ada lukisan satu buat hiasan.
 Tempat yang kami pergi ni adalah satu kawasan keluarga. Rumah-rumah kecil ini adalah milik individu yang membentuk keluarga besar keturunan ini. Ala macam korang tengok drama cina la kat TV tu, dalam kawasan pagar ada rumah dan rumah dan rumah kan... macam tu lah kat sini.

 Agaknya lah.. kalau tak pandai melukis mesti kena buang desa kot.. heheh.. sebab hampir semua dalam kawasan ni ada hasilan lukisan..

 Haa.. ni dapur awam keluarga tersebut.. masak pun guna kayu api lagi. "Habis makan jangan lupa cari kayu api!" heheh
 Kat mana-mana di Bali ni mesti korang terserempak dengan benda ni. Ini adalah hiasan sembahan kepada tuhan mereka. Bagi selamat rumah kot. Ada yang aku tengok ada pulut la, ada yang cuma bunga-bunga je.

 Di setiap desa ada sahaja Pura {temple/kuil). Ada yang pelancong boleh masuk, ada yang tak boleh. Tapi sebab aku tak minat, boleh ke tak boleh ke.. aku sekadar ambil gambar buat tatapan peminat blog ini. Nama aku nak masuk ke dalam... minta maaf la ye..

 Agenda utama kami ialah untuk menyaksikan keindahan Gunung Batur. Kat Bali ni masih lagi ada gunung berapi tau.. Sebab tanah gunung berapi maka bumi Bali ni subur.. tanam je la apa sahaja. Padi, strawberry, buahan lain.. semua menjadi!

 Kami lunch disini. Letaklah tanda halal ke apa ke, kalau dah hati aku berkata was-was, maka aku adalah vegetarian untuk waktu itu. Nasib baik juga aku ni jenis tak memilih makanan, asalkan dapat alas perut aku dah ok dah.
 Makanan dihidang secara bufet, sesuai dengan kehendak pelancong.

 Inilah menu aku untuk tengahari ni..

 Inilah restoran kunjungan kami. Not recommended! suasana yang amat tidak selesa, makanan yang jelas tidak menyelerakan serta ada bau yang cukup membuat aku loya.
 Hujan beb! mana nak tengok gunung macam ni.. kempunan pulak kan.. huhu

 Sementara menunggu Supir kami yang tah kat mana berada, kami dok la kat luar restoran tu. Biasalah kat Bali ni, kat mana-mana je ada orang Bali buat biz jual barang. Kalau pandai tawar menawar murah juga. Tapi tolong lah Manira, tawar ialah menurunkan harga bukan menaikkan harga! hahaha

 Aksi junjung menjunjung barang ni satu fenomena biasa kat Bali ni.

 Selepas Batur kami ke perusahaan kopi.. err.. sebab hujan maka tak dapat nak ambil gambar Luwak atau kita kat sini panggil Musang.

 Handmade lagi..
 Yang warna gelap tu ialah kopi yang belum bersih lagi (yang baru keluar daripada Luwak... eeeiii... geli geleman den), yang warna cerah tu, ialah yang baru dibersih.

 Dah siap bersih apa lagi, goreng la dia..sampai hitam masak.. then tumbuk halus untuk dijadikan kopi. Teringat cerita kakak masa dia kecik dulu, arwah moyang buat Kopi sendiri kat rumah..

 Info pasal Kopi Luwak yang mahal tu.. aku tau le binatang ni bab-bab pilih makanan yang terbaik je, makan kopi pun pilih yang terbaik je (agen pengasingan yang lebih baik daripada manusia atau mesin), tetapi kalau dah nama keluar daripada buntut dia... err.. tak payah la. Kalau pun fatwa kata halal, tak apa lah...tidak lah untuk aku..
 Menikmati hidangan minuman yang disajikan.. Kopi Luwak kena beli ye.. secawan pun Rp50,000! yang lain dia bagi cuba percuma.
 Aku bukan penggemar kopi atau teh, jadi aku mencuba air coklat. Rasanya.. ya Allah.. pekat gila! confirm selepas ini aku akan sakit kepala.

 Antara teh dan kopi yang kami minum tadi dijual...

 Dan ada vanila juga. Tapi jangan beli kat sini, mahal! Not recommended! Beli kat Bedugul lagi murah Vanilla kat sana. Siapa yang suka masak tu Vanila ni lebih baik rasanya daripada beli esen vanila yang kita biasa guna tu.. heheh Harga kat sini Rp100,000. Kat Bedugul boleh dapat jauh lebih separuh harganya!

Aiseh! lupa nak catit nama buah ni. Rupanya macam buah kundang, tapi rasanya macam tomato. Err... masam. Tapi buah markisa lebih masam...

 Dalam perjalanan pulang singgah kedai tepi jalan shopping lagi... Banyak duit betul kawan-kawan aku ni.. asyik jumpa kedai je beli, jumpa kedai je beli...

 Perjalanan yang panjang daripada Batur untuk pulang semula, dan dek kerana kepala yang berdenyut dan kaki yang sakit teramat sangat aku request nak buat spa (hehe.. apa guna pergi ke Bali kalau tak cuba spa dia), tapi tempat ni Not Recommended! tak kira la kalau letak bintang seribu pun. Mahal lak tu! Sakit aku tak kurang jugak!

Selepas spa, kami ke Restoran Wong Solo.. kat sini aku yakin sikit tahap halalan toyyiban nya. Tapi walau macamana sekalipun aku tak sentuh daging atau ayam, dapat ikan dan telur pun aku dah puas hati. Tapi masakannya perggghhh!! sedap! untuk orang yang tak gemar masakan Indonesia seperti aku, bila aku puji sedap tu memang sedap la. Kalau korang ke sini, pergilah restoran ni... Recommended!

Balik hotel pun dah malam, jam 1 pagi aku lena.. kita sambung entri selepas ini pula...

Bali 2013 - Day 1 (19/2/2013)


Penerbangan kami petang, jadi kami semua bertolak daripada Kuantan ke LCCT pada hari yang sama juga. Kali ini aku tak memandu kereta, sebaliknya atas desakan maka aku setuju naik Toyota Alphard yang disewa oleh kami ramai-ramai dengan syarat mesti singgah Shah Alam dulu untuk urusan kerja aku...hehehe

 Kami sewa perkhidmatan BR Tours, pemandu yang memandu tu memang bawa laju kenderaan, bayangkan sebelum tengahari kami dah pun sampai ke KL (awesome betulkan!). Oleh kerana dia ada urusan berkenaan visa pelanggan, maka dia drop kami off untuk lunch di KLCC. Apa lagi, merayaplah kami di KLCC. Ingatkan nak makan tengahari dengan kawan baik aku Muz (kami dah 25 tahun berkawan), tapi dia pula ada mesyuarat. Tapi sebelum aku gerak ke Shah Alam sempat juga jumpa dengan Muz sekejap sambil dia bagi panduan untuk melancong ke Bali.. Thanks Muz!

Sampai Shah Alam aku sempurnakan urusan jumpa Farouqi selesaikan urusan sistem barter kami (hehehe). Tak lama di Shah Alam, kemudian kami terus bergerak ke LCCT. Sampai di LCCT memang awal juga, sempat lah untuk beli apa yang patut sebelum terbang.

Alamak! bila check-in bagasi kami berat la pula! aku tengok beg masing-masing memang tak padan dengan kilo yang dibeli. Lepas ni kengkawan, masing-masing beli kilo sendiri ye untuk flight pergi ni. Tak pasal-pasal daripada kena bayar RM105 untuk berat yang lebih, beg aku dan beg kakak aku jadi hand luggage.. Aku ok je, tak adalah nak masam mencuka sebab dah niat nak bercuti, nak cari mood yang hilang, Ya Allah SWT leraikan kekusutan dihati ini.. aminn!

Sampai je kat ruang menunggu, tunggu punya tunggu, alih-alih flight kami delayed la pula! aiseh! why oh why! ditangguh ke jam 8 malam ( memang cuaca agak mendung dan hujan yang tak mengizinkan penerbangan kali ini).

Sampai masa perut pun berbunyi lah... Tapi yang ada tukang jaga beg cuma aku dan kakak aku je.. Oiittt! mana yang lain ni pergi, ingat aku ni tukang jaga ka!? ok.. sabar.. Allah SWT suka pada hambaNya yang penyabar... aminn!! Tak lama selepas tu Kak Liza pun muncul. Aku cakap kat dia nak ke tandas sebentar dengan kakak aku dan minta dia tolong jaga beg sekejap. Tapi nak berlama-lama memang tak boleh, jadi kesian sebab kak Liza seorang je jaga beg. Sempat la beli roti dan air (yang mahal) buat alas perut. Sambil makan aku sms kat Cik Dah and the geng yang merayau tak reti nak balik dah ambik giliran jaga beg. Isk isk isk...!

Tepat jam 8 malam kami pun dapat lah naik Air Asia.. 

 Kami beli siap-siap makanan dalam penerbangan, sebab sampai Bali dah malam, takut kebulur.. heheh. Aku order nasi ayam... dan apa yang aku dapat ialah Nasi dan Ayam. Sungguh tidak menyelerakan! Not recommended!
 Kakak aku order Chicken Black Pepper, rasanya lebih baik la daripada Nasi dan Ayam aku punya tu.

Sampai sahaja di Ngurah Rai Airport di Denpasar Bali (penerbangan mengambil masa selama 3 jam), kami disambut oleh supir kami Pak Yakiya. Kami dah tempah agensi di sana yang boleh accomodate pelancongan kami kali ni. Maaf ye, kali ni bukan aku yang booking, Cik Dah yang buat kerja tu semua (kudos to her).

Kami menginap di Solaris Hotel di Kuta. Sampai sahaja di hotel, dapat lah merasa welcome drink. Dapat juga la menghirup air guava.

 Inilah bilik kami! bersih dan selesa. Alhamdullillah.. syukur! sampai je dah pun jam 12 tengahmalam, time nak masuk bilik, mandi, solat, aku tidur jam 2.30 pagi sudahnya... tapi lena.. Alhamdullillah... dalam solat sempat lagi berdoa tu, let it be a better day tomorrow.. aminnn!

Destinasi 2013 - Bali

Kita tinggalkan cerita pasal Medan (sebab dah lama tak update2. Daripada asal internet slow, sampaila terlalu busy..lama2 langsung tak update).. #peace#

Asalnya memang tak ada mood nak ke Bali. Terlalu banyak bermain emosi untuk hal lain yang terjadi, mood nak merehatkan minda langsung tiada.. tapi dek sebab tiket dah lama beli, kakak pun ajak juga pergi, dah alang-alang... maka berangkatlah kami ke Bali pada 19hb Februari 2013.

Mendoakan fikiran tenang sepanjang di Bali... Ya Allah, lerailah kekusutan ini.. aminnn!