Monday, July 22, 2013

Adilkah?

Idea aku tentang berpersatuan ni memang lain daripada orang lain agaknya, sebab apa yang aku fikir memang tak sama dengan apa yang orang lain fikir. Akukah yang salah? atau mereka yang salah? Tapi mengenangkan aku seorang je, dan mereka ramai, mungkin agaknya aku yang salah..

Ok, kita fikirkan...

Bila sebut tentang persatuan ini, contoh persatuan catur daerah aku ni, aku membayangkan persatuan bukan setakat buat pertandingan catur sahaja, malah lebih lagi daripada tu. Persatuan cari sponsor untuk bantu kembangkan pembangunan catur peringkat daerahnya.

Persatuan tolong kempen catur di setiap sekolah dalam daerah, ada hubungan yang baik dengan cikgu-cikgu catur sekolah serta Pengerusi Teknik catur daerah. Ini adalah untuk menjamin catur tu dapat diselaraskan kepada semua pemain berpotensi yang dikenal pasti sejak daripada peringkat sekolah-sekolah lagi.

Bantuan kepada pemain berpotensi diberikan tanpa mengira latar belakang pemain. Banyak cara untuk membantu selain daripada RM dan mencarikan sponsors. Kudrat serta tenaga juga boleh membantu mencapai matlamat. Ye lah, apa sahaja sukan membabitkan kerjasama. Contoh, wakil persatuan jadi head of delegation untuk bawa sepasukan pemain bermain di luar daerah, jadi tidak perlulah setiap ibubapa pemain mengambil cuti untuk membawa anak masing-masing bermain.

Ya! inilah persatuan yang aku idamkan.. aku juga teringin buat amal melalui persatuan. Teringin juga rasanya catur berkembang sehingga ke peringkat OKU, hingga ke peringkat anak-anak yatim piatu, anak-anak orang susah. Sebab aku tau, ramai orang susah yang tidak berjaya dan kekal susah dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Ini kerana kesusahan yang menimpa menyukarkan mereka untuk mendapatkan nutrisi makanan yang membantu perkembangan otak mereka.

Tapi aku percaya, walaupun mempunyai kurang nutrisi makanan, aku percaya catur mampu membantu mereka untuk berjaya dalam pelajaran dalam peringkat average, keputusan average mereka pasti mampu mengubah pandangan para guru-guru kepada mereka untuk membantu mereka berjaya, siapa yang tak suka kepada pelajar yang sentiasa ingin berusaha untuk berjaya? Pasti ada sahaja tangan yang menghulur bantuan. Dan bila bantuan nutrisi sampai sudah tentu, mereka akan lebih berjaya dalam pelajaran, seterusnya mengubah nasib generasi pada masa itu.

Malangnya, ideology aku ni tidak seperti orang lain. Mustahil agaknya kot. Semua orang kata kena ada duit baru semua akan jadi. Aku tak nafikan duit itu memainkan peranan penting, tapi, usaha tak semestinya memerlukan belanja yang besar. Ada sedikitpun dah mampu menggerakkan cara dan mencapai matlamat. Dan bila bab-bab tanpa kewangan yang banyak ini, sudah semestinya membabitkan kudrat serta tenaga ramai pihak. Tanpa kerjasama yang ramai, usaha tak akan membuahkan hasil.

Itu catur peringkat daerah, peringkat paling tinggi di Malaysia? MCF bagaimana pula? Fungsi mereka ini aku lagi confuse!? MCF sepatutnya cuma menganjurkan kejohanan besar peringkat kebangsaan, membantu program pembangunan persatuan negeri, mengetengahkan pemain diperingkat lebih tinggi, mencari sponsor untuk pemain berpotensi, mempunyai daya usaha melahirkan GM pertama Malaysia. MCF patut berjuang supaya catur dimasukkan dalam SUKMA, kerana catur dipertandingkan di Sukan SEA, sukan ASIA, sukan Universiti Dunia, dan pelbagai jenis sukan lagi.

Tapi lain pula halnya dengan MCF. Segala urusan MCF melibatkan MCF dan para individu, bukan MCF dan persatuan negeri. Pelik kan? Pasal sponsor pula, itu adalah urusan individu, MCF tidak pernah ada daya usaha, yang sering dirungutkan ialah tiada daya upaya untuk mendapatkan sponsors. Pelik kan? MCF seolah berfungsi seperti persatuan kecil, dan hanya buat kerja bila ada para individu menabur wang untuk mewakili Negara menyertai kejohanan.

Lain betul impian catur mereka berbanding impian catur aku.

Aku mengimpikan catur untuk semua orang tanpa mengira latar belakang pemain. Jika pemain berpotensi itu datang daripada keluarga susah, sederhana, maka apalah salahnya pemain ini diketengahkan. Soal duit dan penajaan itu urusan MCF, pemain cuma perlu focus dan menyumbang pingat untuk Negara!

Konsep sekarang adalah lebih kepada, "you pay, you play".

Adilkah, bila dunia hanya untuk mereka yang berharta, kaya-raya? bila yang berada terus-terusan berjaya, manakala yang susah terus-terusan malangnya? Maka apa gunanya jika rata-rata berfikiran apa guna berusaha jika pasti akan gagal? Dalam kotak MCF, catur hanya untuk mereka yang mampu, jika kamu merupakan pemain yang boleh digilap dan berpotensi untuk pergi jauh kedepan, tapi kamu orang susah, maka lupakanlah cita-cita tersebut... Betul ke?

Betapa hancur luluh hati aku bila mengenangkan perkara ini, kerana aku juga bukan daripada keluarga yang senang. Jika scenario catur hari ini, pada zaman aku main catur dulu, pastinya aku bukan NWM atau berdirinya aku seperti hari ini. Aku bersyukur kerana pada zaman aku main catur awal 1990-an dulu, sponsors adalah dengan usaha kerjasama MCF dan persatuan negeri. Aku cuma training dan tunggu sahaja lampu hijau.

Dan aku mengimpikan scenario catur hari ini lebih baik daripada zaman aku dahulu. Tapi... kita semua sedia maklum... (sob..sob..sob..)

No comments:

Post a Comment