Thursday, January 16, 2014

(sigh)

Sejak aku buat keputusan untuk perlahankan rentak catur aku, aku semakin hari, semakin tiada minat dengan chess.. dan aku tau, sooner or later aku akan rasa hollow dalam jiwa aku yang selama ni terisi dengan minat mendalam aku dalam catur. Tapi aku tetap tak mampu untuk meneruskan minat dalam chess.. aku rasa api tu dah nyawa-nyawa ikan untuk terpadam.. (sigh)..

Thursday, November 28, 2013

Time to move on...too?

Tertarik dengan tulisan rakan yang aku panggil "Sifu"...
http://thechessconnections.blogspot.com/2013/11/time-to-move-on.html

aku mempunyai pendapat yang sama dengan Sifu, kami sama-sama meminati catur, its juz something that makes us happy, becoz we are surrounded with friends with the same passion. TETAPI, perjalanan akan terhenti setakat ini sahaja.... Bukan tidak sudi untuk meneruskan, tapi bagi aku, tanggungjawab aku kepada keluarga aku lebih penting untuk meneruskan kelangsungan hidup, dari catur yang cuma sekadar hobi terbaik aku.... buat kesekian kalinya, kali ini aku mengalah.. BIARlah mereka meraikan kemenangan mereka, aku sudah tidak lagi peduli...

Kini, perjalanan aku dalam catur, hanyalah setakat yang aku boleh buat sahaja, dan menabur bakti hanya kepada mereka yang memerlukan khidmat aku sahaja.. yang pastinya aku tidak lagi akan menganjurkan pertandingan dibawah persatuan, aku tidak lagi menganjurkan pertandingan di Kuantan, kecuali ada rakan baik yang memerlukan. Untuk tempoh setahun ini sehingga 2014 aku memperlahankan rentak catur aku, aku hanya akan menghabiskan kelas catur yang masih lagi berbaki (student baru), dan pertandingan yang akan aku buat untuk tempoh ini, hanyalah liga round-robin secara kecil-kecilan untuk pelajar aku sahaja,.. Untuk tempoh setahun ini, Setia Chess Centre masih lagi beroperasi, demi untuk saki baki pelajar sahaja.

Perjalanan selama setahun bagaimana pun akan dipanjangkan sehingga ke Pekan dan Muadzam Shah (jika mereka sudi, aku sedia menabur bakti, menurunkan ilmu). Sekurang-kurangnya bila aku mengundurkan diri kelak, aku sudah berpuas hati dengan apa yang telah aku buat selama ini untuk memperkembangkan catur.

Bergerak di Kuantan demi cinta aku pada catur sejak 2007 penuh dengan pelbagai pahit manis, asam garam kehidupan.. walau apa sekalipun aku redha dengan laluan penuh berliku ini. Dulu aku tertanya-tanya apa salah aku.. kini aku sudah tidak peduli lagi untuk mendengar jawapan dari mereka. Biarlah si luncai dengan labu-labunya..

Namun, jauh disudut hati, harapnya ada yang meneruskan catur di Kuantan tahun depan dan tahun-tahun akan datang selepas ini.. Sekurang-kurangnya berilah aku peluang untuk menjadi peserta pula.. hehehe.. dah lama tak main chess ni, perasaan gian mula datang bertandang.. Kalau mereka boleh bekerjasama menganjurkan catur di sebuah sekolah rendah sebelum cuti sekolah yang lalu, sudah tentunya mereka juga boleh menganjurkan kejohanan lain pula. Dan mereka tidak perlukan aku untuk menjadi arbiter atau menyediakan peralatan pun! Dengar khabar, mereka mampu mengimport arbiter dari KL, juga mampu membayar sejumlah RM yang lumayan (sedangkan khidmat aku RM100 pun sudah melenting berkira, biasalah.. yang suka menjatuhkan sesama sendiri adalah rakan sendiri juga, bukan?). Mereka juga mampu menggunakan pairing system sendiri, aah! pedulikan swiss manager untuk upload results online, guna sahaja swiss perfect, asalkan pertandingan berjalan lancar, tiada masalah akan muncul! Aku tidak marah... sungguh aku tidak marah. Jangan salah anggap tulisan aku ini. Tempoh aku marah sudahpun berlalu, aku tidak mampu untuk marah lagi. Malah aku bersyukur.. Alhamdullillah... aku memandang perkembangan ini sebagai suatu sudut yang positif..

Kepada penggiat catur di Kuantan... teruskan pembangunan catur walau tanpa aku sekali pun.... chayuk2!

Monday, July 22, 2013

Adilkah?

Idea aku tentang berpersatuan ni memang lain daripada orang lain agaknya, sebab apa yang aku fikir memang tak sama dengan apa yang orang lain fikir. Akukah yang salah? atau mereka yang salah? Tapi mengenangkan aku seorang je, dan mereka ramai, mungkin agaknya aku yang salah..

Ok, kita fikirkan...

Bila sebut tentang persatuan ini, contoh persatuan catur daerah aku ni, aku membayangkan persatuan bukan setakat buat pertandingan catur sahaja, malah lebih lagi daripada tu. Persatuan cari sponsor untuk bantu kembangkan pembangunan catur peringkat daerahnya.

Persatuan tolong kempen catur di setiap sekolah dalam daerah, ada hubungan yang baik dengan cikgu-cikgu catur sekolah serta Pengerusi Teknik catur daerah. Ini adalah untuk menjamin catur tu dapat diselaraskan kepada semua pemain berpotensi yang dikenal pasti sejak daripada peringkat sekolah-sekolah lagi.

Bantuan kepada pemain berpotensi diberikan tanpa mengira latar belakang pemain. Banyak cara untuk membantu selain daripada RM dan mencarikan sponsors. Kudrat serta tenaga juga boleh membantu mencapai matlamat. Ye lah, apa sahaja sukan membabitkan kerjasama. Contoh, wakil persatuan jadi head of delegation untuk bawa sepasukan pemain bermain di luar daerah, jadi tidak perlulah setiap ibubapa pemain mengambil cuti untuk membawa anak masing-masing bermain.

Ya! inilah persatuan yang aku idamkan.. aku juga teringin buat amal melalui persatuan. Teringin juga rasanya catur berkembang sehingga ke peringkat OKU, hingga ke peringkat anak-anak yatim piatu, anak-anak orang susah. Sebab aku tau, ramai orang susah yang tidak berjaya dan kekal susah dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Ini kerana kesusahan yang menimpa menyukarkan mereka untuk mendapatkan nutrisi makanan yang membantu perkembangan otak mereka.

Tapi aku percaya, walaupun mempunyai kurang nutrisi makanan, aku percaya catur mampu membantu mereka untuk berjaya dalam pelajaran dalam peringkat average, keputusan average mereka pasti mampu mengubah pandangan para guru-guru kepada mereka untuk membantu mereka berjaya, siapa yang tak suka kepada pelajar yang sentiasa ingin berusaha untuk berjaya? Pasti ada sahaja tangan yang menghulur bantuan. Dan bila bantuan nutrisi sampai sudah tentu, mereka akan lebih berjaya dalam pelajaran, seterusnya mengubah nasib generasi pada masa itu.

Malangnya, ideology aku ni tidak seperti orang lain. Mustahil agaknya kot. Semua orang kata kena ada duit baru semua akan jadi. Aku tak nafikan duit itu memainkan peranan penting, tapi, usaha tak semestinya memerlukan belanja yang besar. Ada sedikitpun dah mampu menggerakkan cara dan mencapai matlamat. Dan bila bab-bab tanpa kewangan yang banyak ini, sudah semestinya membabitkan kudrat serta tenaga ramai pihak. Tanpa kerjasama yang ramai, usaha tak akan membuahkan hasil.

Itu catur peringkat daerah, peringkat paling tinggi di Malaysia? MCF bagaimana pula? Fungsi mereka ini aku lagi confuse!? MCF sepatutnya cuma menganjurkan kejohanan besar peringkat kebangsaan, membantu program pembangunan persatuan negeri, mengetengahkan pemain diperingkat lebih tinggi, mencari sponsor untuk pemain berpotensi, mempunyai daya usaha melahirkan GM pertama Malaysia. MCF patut berjuang supaya catur dimasukkan dalam SUKMA, kerana catur dipertandingkan di Sukan SEA, sukan ASIA, sukan Universiti Dunia, dan pelbagai jenis sukan lagi.

Tapi lain pula halnya dengan MCF. Segala urusan MCF melibatkan MCF dan para individu, bukan MCF dan persatuan negeri. Pelik kan? Pasal sponsor pula, itu adalah urusan individu, MCF tidak pernah ada daya usaha, yang sering dirungutkan ialah tiada daya upaya untuk mendapatkan sponsors. Pelik kan? MCF seolah berfungsi seperti persatuan kecil, dan hanya buat kerja bila ada para individu menabur wang untuk mewakili Negara menyertai kejohanan.

Lain betul impian catur mereka berbanding impian catur aku.

Aku mengimpikan catur untuk semua orang tanpa mengira latar belakang pemain. Jika pemain berpotensi itu datang daripada keluarga susah, sederhana, maka apalah salahnya pemain ini diketengahkan. Soal duit dan penajaan itu urusan MCF, pemain cuma perlu focus dan menyumbang pingat untuk Negara!

Konsep sekarang adalah lebih kepada, "you pay, you play".

Adilkah, bila dunia hanya untuk mereka yang berharta, kaya-raya? bila yang berada terus-terusan berjaya, manakala yang susah terus-terusan malangnya? Maka apa gunanya jika rata-rata berfikiran apa guna berusaha jika pasti akan gagal? Dalam kotak MCF, catur hanya untuk mereka yang mampu, jika kamu merupakan pemain yang boleh digilap dan berpotensi untuk pergi jauh kedepan, tapi kamu orang susah, maka lupakanlah cita-cita tersebut... Betul ke?

Betapa hancur luluh hati aku bila mengenangkan perkara ini, kerana aku juga bukan daripada keluarga yang senang. Jika scenario catur hari ini, pada zaman aku main catur dulu, pastinya aku bukan NWM atau berdirinya aku seperti hari ini. Aku bersyukur kerana pada zaman aku main catur awal 1990-an dulu, sponsors adalah dengan usaha kerjasama MCF dan persatuan negeri. Aku cuma training dan tunggu sahaja lampu hijau.

Dan aku mengimpikan scenario catur hari ini lebih baik daripada zaman aku dahulu. Tapi... kita semua sedia maklum... (sob..sob..sob..)

Thursday, July 4, 2013

Sedih?!

Perlukah aku bersedih?

Daripada dulu lagi aku tahu dan aku sedia maklum aku bukanlah wanita yang jelita. Masa zaman kanak-kanak juga aku tau aku bukanlah kanak-kanak yang comel yang digilai oleh ramai orang. Seingat aku, tiada yang pernah mengagah aku atau mengatakan "comelnya budak ni"..

Usia aku bukannya muda lagi, dah pun lewat 30-an (tersangat lah lewatnya).. Jadi kenapa aku mesti bersedih dan berasa hati bila aku pun sedia maklum yang aku bukanlah jelitawan? Mak aku pun pernah memberitahu yang aku ni hodoh. Tapi agaknya hari ni aku dah penat kot.. penat nak bertarung dan buktikan yang aku boleh buat, buktikan cantik tu belum bermakna boleh buat yang terbaik sebaik aku..

Nak buat macam mana.. dunia ini tak adil bukan? Kecantikan rupa paras selalu diletakkan di tempat pertama! Nak bekerja pun orang pandang cantik. Nak naik pangkat pun orang pandang cantik. Dan berkahwin pun rata-rata pilih yang cantik bagai.. dunia hai dunia..

Kenapa isu ini timbul.. sebab lagi sekali aku dibandingkan dengan orang yang punya kecantikan dan aku tidak.. Cuma bezanya kali ini aku dah penat.. aku dah malas nak fikir..

Sebab kecantikan itu bukan hak aku.. tapi hak Allah SWT. Aku redha dan terima takdirNya seadanya. Kali ini, aku betul-betul pasrah. Pada aku istikharah ialah jalan terbaik untuk panduan terbaik.. tak guna nak fikir pasal isu aku tak cantik ni.. Allah SWT Maha Mengetahui...

Tuesday, July 2, 2013

Menyahut Cabaran 2

Aku tak paham novel melayu, cerita movie or drama melayu. Rasanya dah bosan tahap "gaban" dah ni. Jadi aku ambik keputusan untuk menyahut cabaran no 2 iaitu dengan Menulis Novel aku sendiri.. hahaha.. amacam?

Ni apahal nak menulis ni? Sebab aku dah naik muntah nak baca novel melayu atau tengok drama tv yang adaptasi daripada novel kononnya tu.. huhu.. bukan muntah sebab tak sedap ke apa ke.. muntah sebab AKU TAK PAHAM sebenarnya..

Ok la, minta maaf le kepada pelakon-pelakon, krew-krew sampailah kepada pengarah ke produser ke, juga minta maaf la kepada novelis-novelis kat luar sana. Bukan la nak kata kerja korang tak bagus. Kalau dah best seller tu, dah box office tu maknanya ramai la yang suka. Cuma aku je antara yang tak suka kot. Jangan la nak salahkan aku lak, takkan aku tak ada hak kot nak luah yang aku tak paham..

Daripada novel ke novel yang aku baca, daripada drama ke filem melayu aku tengok, plot konflik ke sama je. Business mestilah projek sana sini. Kalau tak syarikat gilang gemilang tak sah la untuk letak dalam novel. Kereta dalam cerita jangan cakap la, mesti besar bagak. Anjung parking je dah lebih besar daripada rumah aku dah.. Kalau tak dato ke datin ke tan sri ke puan sri ke memang tak sah la. kalau tak bling bling or Kaching tu tak sah la nak buat cerita... TAK PAHAM AKU...

Hero lak handsome nya digambarkan macam tahap dewa la! kalau heroin tu tak jelita tak sah la. Kalau tak berebut hero, berebut heroin lak. Pusing sana pusing sini, pi mai pi mai tang tu jugak! kalau ada watak miskin, life dok umah kat KL cam tak logic je.. aku yang pernah bekerja dan duduk KL pun macam naik semput nak bayar sewa rumah flat, depa leh je buat cerita watak duduk rumah sewa, seorang lak tu, sebilik lak tu... fullamak! apa ke miskinnya.... kalau miskin bercinta dengan si kaya, konflik mestilah parents tak suka. Kalau tak sebab ada orang ke tiga, parents la mesti jadi orang ke tiga... TAK PAHAM AKU..

Pas tu mesti wujud watak orang jahat, yang tersangat jahat. Yang baik, masyaAllah.. baik yang teramat! ada ke orang sebaik itu? Yang pelik tu pelakon kita ni, kalau bawa watak jahat tu real sungguh la! tapi bila watak baik tu macam patung kakunya... amat tidak real. Adakah?... adakah? moral dikalangan pelakon sememang nya begitu! TAK PAHAM AKU..

Kalau dialog lak...jangan nak cakap la.. mesti ulang-ulang.. dah macam dejavu lak. Lepas tu, kalau bercakap tu macam cakap tak serupa bikin la. Kejap macam ni, kejap macam tu. Yang paling kelakar bila tak ada chemistry. Dalam novel kadang-kadang aku persoalkan perkara ni, inikan pulak dalam drama atau filem. Main hentam keromo je depa ni. Aku yang baca or tengok pun tak ada rasa berdebar-debar ke apa ke, macam mana cerita leh ada feeling berdebar-debar kononnya (aiseh!) TAK PAHAM AKU..

Yang paling aku TAK PAHAM adegan or dalam buku novel, pasal pegang-pegang tangan la, peluk la, cium la... eeiii! kalau dalam novel dah kahwin tu aku leh la terima. Tapi kalau dalam novel tu or dalam filem dah sah-sah taraf bukan laki bini, kenapa nak buat adegan pegang sana-sini. Yang paling aku berasap dan sakit hati, bila pegang tangan bukan muhrim, then yang berpegangan wanita tu digambarkan seorang yang pakai tudung! TOLONG lah! aku akan jadi insan teraniaya bila diluar cerita ramai beranggapan mende macam tu dibolehkan..huhuhu

Dan yang paling aku TAK PAHAM. Kenapa bila buat cerita, selalu digambarkan bila berubah pakai tudung ke apa ke, dia akan jadi insan paling extreme dan paling bangang sekali (siap dok sindir dok kutuk-kutuk orang lain yang tak berubah kononnya)... weeiii! tolong la.. islam bukan macam tu la.. takleh ke buat cerita orang yang macam ini ialah yang paling rasional. Dan kalau rasional ke islamik ke semestinya ke suara mesti buat slow motion. Dah jadi slow melow la pula cerita kat tv tu aku tengok...

Tu belum masuk bab-bab pakaian lagi. Kalau watak seksi ke menggoda ke, pelakon kita ni cam suka sangat berlakon. Kalau watak jahat mesti pakai seksi ke? mesti ada tattoo ke? mesti gangster ke? mesti tahap bunuh ke? tangkap khalwat ke? Lepas tu watak hero ke villain ke mesti nak pergi clubbing.. mabuk-mabuk... tukar perempuan sana sini..one night stand la.. merokok la... orang-orang kaya kat Malaysia ni macam tu ke buruk perangai nya? TAK PAHAM AKU..

hehehe.. disebabkan aku TAK PAHAM maka aku pun berhajat nak menulis. Kalau ada publisher nak published maka, giliran korang pula untuk paham ke tak... kalau extreme sangat-sangat pun komen korang, aku tetap akan ambil iktibar. Ye lah, kalau takut dilambung ombak, nak buat apa berumah kat tepi pantai. Ibarat paku dulang paku serpih, taknak le aku mengata orang lain je lebih-lebih.. its time walk-to-walk and talk-to-talk.

Bagi aku masa 60 hari untuk mengarang buku novel pertama aku. Dan selepas itu aku sambung kembali buku chess for beginner aku tu. Kalau menjadi novel pertama aku ni, novel kedua aku dengan plot fantasi akan menyusul (atas permintaan kawan aku).

Sama-sama kita mendoaka azam kedua aku ni berjaya dihasilkan... insyaAllah.. aaminn! Bagi aku, yang penting aku berusaha..

Menyahut Cabaran..

Aku ada beberapa azam yang aku nak buat dalam tempoh sejak aku pulang daripada Bali sehingga Sukan SEA 2015.

Antara azam aku ialah untuk main balik catur, meletakkan diri no 1 Malaysia (dikalangan pencatur wanita je..hehehe), melayakkan diri mewakili Malaysia (walaupun aku tak ada hajat nak wakil pun.... hehehe). Mudahan dengan cara ini aku boleh market kelas catur kendalian aku untuk lebih berkembang mekar (tapi rasanya lepas 2015 aku dah tak minat nak ajar chess or maybe main chess kot, entah la... tengok lah takdir macamana esok-esok).

Sekarang ni aku tambah semangat! Wah! berkobar-kobar ni.. hehehe. Semuanya gara-gara semasa menjenguk Mie kat UMT tempat berlangsung National Closed. Tetiba Mie buka cerita pasal ex-student aku (maaf ye, sekarang ni aku dah tak mengaku dia student dah.. kejayaan dia atau jatuh bangun dia tak ada kena mengena dengan aku dah..Alasan yang mudah : aku tak suka ambil kredit sebab aku dah tak train dia dah, tak adil untuk coach dia kalau aku buat macam tu. Kena hormat juga hasil usaha dan titik peluh orang lain) dah ada coach.

Spontan Mie bertanya "kenal tak dengan coach dia?"

aku jawab "tak tau"

Mie galak bercerita "IM"

aku pun "oh, ye ke" agak kurang berminat untuk ambil tahu.

Mie menyambung "tahu tak mak dia bayar berapa?"

Ikhlas aku jawab "tak tahu" dan serius aku tak berminat untuk tahu pun

Dengan selamba badak Mie cakap "RM5000 sebulan kontrak setahun!"

aku pun terlopong terkejut "biar betul?"

berulang kali aku bertanya perkara yang sama, Rupanya Mie dapat tahu cerita tu daripada Ezmi (rakan baiknya). Ezmi yang memang peramah tu berborak dengan mak budak ni. Kebetulan seperti yang sedia maklum, mak budak ni jenis yang suka bercerita panjang lebar.

Untuk lebih kepastian aku bertanya kepada rakan aku yang bergelar IM tu.. dia mengiyakan, namun tidak mahu menyebut tentang bayaran. Isu sensitif katanya.

Selepas kejadian itu, aku mulanya agak marah, sebab mereka sekeluarga pernah stop kelas chess dengan aku gara-gara tidak puas hati tentang konsep bayaran yang aku kemukakan, mahal la, tak patut la.. bla bla bla.. tetapi beberapa jam selepas kemarahan aku reda, aku mula berfikir secara rasional. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Dia buka mata aku dan minda aku seluasnya untuk lebih berfikir. Agaknya ini petanda daripada Dia supaya aku main balik chess. Buktikan kepada seantero Malaya bahawa aku yang pernah menjadi pemain terbaik, masih lagi terbaik! (chewah! chayuk2!.. alunan muzik 'we r the champion' jadi lagu latar semasa emosi ini dilantunkan.. hahaha)

Terus terang, aku tak marah pun.. aku bertambah gembira.. sekarang aku dah ada agenda baru dalam kepala aku. Agenda untuk mensibukkan diri. Bila aku sibuk, aku tak ada masa untuk fikir tentang perkara remeh temeh yang lain...

Terima kasih kepada mak budak tu, dan terima kasih kepada persatuan (haa.. ada cerita gak pasal ini, nantilah menyusul kemudian)..

Kini....aku menyahut cabaran dalam projek the road to 2015! hahaha... (jangan hangat-hangat tahi ayam dah le.. hahahahahaha)

Thursday, June 6, 2013

Diskriminasi..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TibamasaMelayubersuaratentangdiskriminasi/Article/

Sebelum ini ada juga aku terdengar tentang topic diskriminasi, namun ada masa-masa aku malas hendak menjengah laman suratkhabar dek kerana bosan dengan politik hentam sana sini. Tetapi hari ini aku menjengah juga topic diskriminasi ni.

Seperti biasa aku tak nak kaitkan dengan orang lain, baik la aku kaitkan dengan aku sendiri sebagai contoh. Pada tahun 2000 aku sibuk mencari kerja setelah tamat belajar pada Dec 1999. Akibat penat, aku tangguhkan sebulan untuk bekerja. Mulai Feb 2000 aku mula menghantar resume kesana kesini dan pergi ke mana-mana sahaja ada interview. Selama sebulan wang ringgit habis begitu sahaja. Takdir Allah SWT nak buat macamana... betapa susahnya graduan seperti aku ni nak mencari kerja. Antara factor penyumbang adalah; bangsa, agama, gender, university, dan kelulusan aku.

Aku akui kelulusan aku tidak sebaik mana, namun yang paling aku kesalkan sebab factor aku berbangsa melayu amat menyukarkan. Rata-rata syarikat swasta lebih berminat dengan graduan overseas atau lebih tepat yang berbangsa cina kerana factor bahasa. Menurut mereka kerana cina boleh berbahasa cina jadi amat lah menyenangkan kerana lihatlah sekeliling, ekonomi di mana-mana di Malaysia di kuasai oleh mereka berbangsa cina. Kedua kerana fakto agama, aku pernah berhenti kerana gara-gara tidak dibenarkan solat. Menurut bekas majikan aku dulu, solat aku melambatkan perjalanan, solat aku menyusahkan mereka.

Gender, kerana aku wanita. Sebab itulah aku pesan kepada anak saudara lelaki aku, dia cuma perlu pandai sedikit sahaja, sebab lelaki memang senang untuk dapat kerja. Dan menyandang jawatan tinggi berbanding wanita. Majikan aku sekarang ni, akauntan aku adalah junior aku semasa belajar dulu, kenapa dia senang menduduki jawatan itu, ini adalah kerana dia lelaki. Bila aku bersembang dengan rakan aku tentang junior aku adalah bos aku, terus dia bertanya "Akauntan tu lelaki ke perempuan?".. faham-faham sahaja lah ye..

Lulusan Institut Teknologi MARA atau Universiti Teknologi MARA ni, agak kurang laku sedikit daripada lulusan university lain. Kini aku tak tau lah, sebab masa aku grad dulu, bakal majikan selalu menunjukkan ekspresi wajah setiap kali bila mengetahui aku lulusan UiTM. Pelik agaknya kot. Tambah pula sebab aku fasih berbahasa inggeris. Ye, itulah sahaja kelebihan aku, aku fasih bertutur dalam bahasa inggeris. Mereka amat terkejut kerana aku lebih fasih daripada graduan melayu yang berkelulusan luar Negara.

Kerana kefasihan aku dapatlah aku bekerja dengan gaji cuma RM500 sebulan. Nak buat macamana, daripada tiada kerja dan menganggur tawaran RM500 pun berguna juga untuk aku. Rezeki daripada Allah SWT.

Walaupun aku kurang bernasib baik berbanding rakan lain, tapi ini adalah takdir Allah SWT. Aku tak mungkin menjadi seperti hari ini kalau aku tidak bermula daripada bawah. Bila aku memikirkan bos-bos kat atas aku yang sentiasa bossy dan bercakap tak pandang orang dan langsung tiada budi bicara, betapa beruntungnya aku kerana diberi laluan bekerja dari bawah dan dalam lindungan Allah SWT kerana sentiasa diberi peringatan daripada Nya.. Alhamdullillah..