Thursday, March 31, 2011

Pendapat aku tentang Hikayat Merong Mahawangsa

Isnin - 28/3/2011. Penat tu memang la penat badan, sebab kerja tidak henti-henti lepas balik daripada KL, tapi entah la kenapa, setelah timbang tara (kebetulan memang free daripada sebarang aktiviti), aku nekad ke Berjaya Megamall Kuantan membeli tiket wayang di GSC. Sebab dah niat nak tengok wayang, maka aku memilih jam 8pm menonton "Hikayat Merong Mahawangsa". Yelah, kalau bukan orang macam aku, siapa lagi yang akan menyokong industri filem melayu (chewah!!). Lagipun takkan aku nak ketinggalan menonton cerita yang dikatakan hebat karangan Yusry ini yang menelan belanja berjuta-juta RM (kalau ada sumbangan kat pembangunan catur Malaysia, best juga kan hehehe) ................................................................................................................................................................. Dalam panggung no. 4 ini, aku lah orang yang pertama masuk kedalam. Ingatkan aku lah satu-satunya penonton. Rupanya ada lagi sebaik cerita telah 5 minit bermula. Penonton tidaklah seramai mana. Agaknya ramai telah berpusu-pusu semasa cerita ini mula-mula ditayangkan (agaknya lah). Aku je yang baru nak tengok hari tu.. Permulaan cerita memang memukau. "Canggih!" tu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku. Teknik intro mengingatkan aku pada cerita-cerita epik orang putih. Tapi, alahai.. sayang betul lah, suara intro tak sesuai lah (terlalu leweh je bunyinya). Aku rasa lebih sesuai kalau suara itu kedengaran dengan lebih karismatik, hmm.. macam suara siapa ye di Malaysia ini. Ha.. suara Ahmad Tamimi Siregar ke, atau suara Abdullah Omar ke.. Maaf ye kepada yang empunya suara. Aku tiada niat lain, teguran aku kepada pemilik HMM ini ialah supaya lepas ini cerita yang dihasilkan akan bertambah baik. ................................................................................................................................................................... Tidak sampai sepuluh minit aku dah mula terasa mengantuk. Menguap aku. Memang tak boleh nak tahan-tahan dah. Dalam kepala aku, "boringnya!". Mahunya tidak! Dialog yang diucapkan memang tak kena. Minta maaf ye, aku ulangi lagi, apa yang aku tulis adalah dengan hasrat supaya filem-filem yang lebih baik akan dihasilkan kelak. Dan lagipun, apa yang bakal aku tulis adalah cetusan hati nurani aku ketika itu. Ok, aku imbas kembali. Mula-mula adegan konon-kononnya di Goa. Putera raja Roman ni dan krew-krew berlabuh di Goa. Masa kat Goa ini mereka meminta tolong orang kat sana (lakonan Mano Maniam) untuk memandu arah ke Langkasuka (tempat pertemuan untuk berkahwin dengan Puteri dari China). Tutur kata si Marcus dan Lycius pada aku kenalah dalam inggeris klasik, bukan moden, nama pun cerita epik. Aku tak adalah bermaksud pertuturan dalam slanga Roman pula kan, sedangkan cerita Gladiator pun mempertuturkan bahasa Inggeris. ................................................................................................................................................................... Hero - si Merong ni, yang seawal cerita di gambarkan seperti seorang "playboy" (macam tak kena je?)membuat aku tertanya-tanya, cerita asal hikayat memang Merong digambarkan sebegini ke? Aku bukanlah pembaca buku HMM ni, tetapi sebagai seorang yang suka tengok filem, aku nak lah hero digambarkan sebagai seorang yang macho, penuh karisma, dan sebagai seorang yang dipaparkan Melayu, alangkah molek kalau tingkah dan laku disusun kemas dan teratur tetapi setia dan berani. Si Merong yang kononnya telah mencemar nama baik puteri raja India ini, dikehendaki berlawan secara kalah mati dengan abang si Puteri.Tetapi seperti yang dijangka, biasalah hero menang. Cuma hero taklah hebat sangat. Nak menang pun kira "sakit" juga lah. ................................................................................................................................................................ Tetapi siapa pula Mano Maniam ni? Orang besar di Goa ke? dia pula memandai-mandai "menjodohkan" Merong untuk membawa putera roman ini ke Langkasuka. Jika Merong enggan, dia akan memanggil orang-orang Goa untuk menangkap Merong. Tetapi, yang tak bestnya. Sebaik sahaja si Merong ni buka mulut, aku macam "oh please!! find me other actor!". Aku rasa Stephen ni tak pandai kot berlakon. Sebab tiada penghayatan kepada setiap sebutan perkataan yang diluahkan. Itu bahasa inggeris, jadi kengkawan, bayangkan bila dia bertutur dalam bahasa melayu. Kalau ye pun tak paham bahasa melayu stephen, tolonglah menjiwai watak sikit. Buat-buatle paham kau cakap apa. .............................................................................................................................................................. Masa atas kapal, si Merong ni berpantun la pulak.. "Sampai masa tibanya waktu, Redup hati kamu berdua Bila dua jasad bersatu Hidup mati jadi bersama" Fuh! memang sedap pantun ni aku tak nafikan. Terasa syahdu jugak la. Aku dok bayang mak si Merong ni mesti seorang ibu mithali, prihatin, yang banyak membentuk karekter si Merong. Seolah-olah Merong ni membesar dengan panduan yang dilatih oleh ibunya. Dan bila pantun ini didengarkan, aku membayangkan mesti akan ada cerita-cerita cinta antara Merong dan heroin (hmm siapalah agaknya). Kengkawan tak rasa macam tu ke? ................................................................................................................................................................. Borak-borak atas kapal antara Merong dan Marcus, pasal Marcus kalau boleh tak nak kawin lagi bla bla bla dan adegan-adegan berlawan, kira oklah juga. Cuma bab yang si Merong ni ada bawa macam botol / bekas di lilitan pinggang, membuat aku tertunggu-tunggu juga, apa agaknya benda itu? Cerita HMM ni ada magic juga ke? Masa melalui kawasan yang dikatakan "worst than pirates" tu aku tak paham. Kawasan apa tu? Kawasan si Geruda ke? Sebab adegan tu berhenti setakat itu sahaja. Tiada penerangan tentangnya (elok juga kalau macam cerita pirates of the carribean tu ada penceritaan pasal lanun kapal Black Pearl, then lepas tu ada budak lelaki hanyut atas papan dan diselamatkan oleh budak perempuan tu). ............................................................................................................................................................... Sampai di Langkasuka, mereka ini disambut oleh Laksamana china ni. Aku rasa la, zaman-zaman dulu, cuma beberapa kerat je orang China yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Tetapi, rombongan China ni, macam semua boleh bertutur dalam bahasa inggeris je. Si Laksamana ini, kalau nak cakap inggeris dengan Marcus ke dengan Merong ke, ok lah, aku boleh terima. Ni sampai nak bagi arahan kat orang sendiri pun cakap inggeris, amboih! Dah la tu, fasih yang amat pulak tu! Kalau nak buat adegan sesama sendiri bercakap inggeris aku boleh terima lagi, macam cerita The First Olimpik pasal orang greek tu masa sesama dia bertutur dalam bahasa inggeris, dan bila jumpa atlit-atlit america buat la muka tak paham bahasa inggeris. Rupa-rupanya, yang dia cakap sesama dia tu konon-kononnya cakap greek la tu. Tapi diceritakan cakap bahasa inggeris untuk kita penonton paham dialog itu. Pasal adegan cakap Mandarin tu. Tolong la, kalau Merong cakap ada pelat tu, ok la. Tetapi Laksamana tu pun ada pelat juga, dah macam mana? ............................................................................................................................................................... Pasal adegan Marcus bertemu Meng Li Hua tu, yang ni aku puji Yusry. Adegan ni kena. Kalau dua-dua ni jatuh hati pun aku paham la kenapa. Sebab sebagai penonton aku boleh rasa chemistry bila dua-dua mempunyai minat yang sama untuk meneroka dunia dan tak nak terikat kepada kehidupan istana jika berkahwin. ...................................................................................................................................................................... Cuma masa adegan berlawan tentera Geruda dan orang-orang china beserta Merong, agak kurang menarik. Hero nampak tak "fit" untuk adegan berlawan (bagi aku Jehan Miskin, walaupun tiada dialong, tetapi dia berlawan lagi kemas daripada Merong. Dia lagi "fit"untuk jadi Hero!) Boring tul bila dapat hero yang menjadi lagenda epik tapi lembik! Oklah, puteri china kena culik dek gerombolan Geruda. (macam kes lanun somalia pula yang menculik tahanan dan kapal Malaysia untuk minta wang tebusan). ............................................................................................................................................................... Masa watak Kesum ni muncul, aku tidaklah tergelak macam penonton yang lain. Cuma aku agak terkejut, kenapa nak dibuat watak Kesum merupa Gandalf the Gray? Dah le rambut palsu tu nampak keras macam penyapu je. Aku tak nampak di mana kekuatan watak ini, adakah hanya sekadar tempelan sebab menyelamatkan Merong? memang ada disebut firasat tentang Merong, tetapi dialog ini kurang jelas, tiada penerangan. Tak silap aku lah, Taji dan Kamawas ada menyebut perihal tempoh 2 purnama untuk China membayar wang tebusan. 2 purnama tu kira dua bulan lah kan? Kira magik la ni sebab Merong sembuh dalam beberapa hari sahaja. Dan kira hebat juga lah si Merong ni sebab berguru dalam tempoh sekejap sahaja sudah boleh mencabar (walaupun tiada adegan cabar-mencabar, paham-paham je lah sendiri) ketua suku-suku yang lain untuk bertarung dan kemudian menjadi raja membentuk kerajaan Langkasuka. Aku tak berapa suka adegan yang lompat sana lompat sini ni. ................................................................................................................................................................ Laksamana china datang ke Langkasuka, jumpa dengan Merong. Ajak Merong ke Geruda untuk selamatkan Puteri. Merong setuju dan bawa pahlawan terbaik Langkasuka untuk turut sekali. Turut sama dalam misi ini ialah Marcus (pun sembuh sekejap je selepas kena tikam dengan parang atas kapal oleh Kamawas). Dalam misi ke Geruda ini, Merong pun membuka botol / bekas yang dia selalu bawa tu. Hahaha.. rupanya, untuk buat magik cermin bagi silau pada lanun Geruda. Kalau setakat magik cermin ni, tak payah lah sampai simpan dalam botol, takkan dalam kepala tak boleh ingat kot! Walaupun myth buster kata mustahil untuk buat reflection macam tu, tetapi aku puji idea KRU ini, untuk dia fikir cara menang lawan dengan lanun Geruda yang lebih ramai, memang betullah Yusry KRU ini penuh dengan idea-idea untuk buat filem!. ........................................................................................................................................................... Aku simpati betul lah dengan orang-orang Geruda ni, betul-betul kurus, kedi, kalau ada yang gemuk, buncit pula tu. Tetapi aku rasa, kalau nak cari pelakon tambahan seramai ini, dan buat kat Malaysia pula tu, mana nak cari yang ada kualiti rupa macam lanun. Dengan yang ada ni pun dapat di buat cerita HMM. Dalam banyak-banyak pelakon, aku rasa orang yang tepat KRU ambil ialah si Khir Rahman tu. Aku betul-betul puji lah. Dia memang pandai berlakon. Macam Saleh Kamil pun ada. Walaupun watak puteri china tu kaku semacam je, tetapi ada Kamawas memang menjadilah jahat dia tu.. hahaha...Masa di Geruda, walaupun Kamawas sudah tidak kebal lagi, tetapi memang hebat lah. Semua kalah lawan dengan dia. Bagilah Laksamana tu ke, si Marcus ke. Aku dah agak, mesti nak juga si Merong berlawan. Merong pun "sakit" juga berlawan dengan Kamawas. Tapi aku nak tergelak juga lah bila dia menyebut dengan agak angkuh terhadap Kamawas, yang buat Kamawas berkata, "takutnya aku". Mana aku tak tergelak, macam cerita hindustan la pulak!. Lawan pun tak seberapa nak bagi warning kat orang! Tapi seperti biasa, hero lah menang. .............................................................................................................................................................. Dalam adegan hero dan Taji (Taji berada dibelakang Merong mengacu untuk membunuh Merong jika China dan Roman mara kedepan). Merong yang cedera ditikam parang pada masa itu, nekad membenam parang untuk tujuan mematikan musuh Taji. Macam cerita Hero (Cerita lakonan Jet Li yang mengambil latar konspirasi untuk membunuh maharaja Qin) pula, ala adegan Maggie Cheung dan Tony Leung tu lah. Cuma part yang buat aku konpius ialah, ada bait-bait pantun yang sering diutarakan oleh Merong (yang mak dia bagi tu lah). Pantun tu bukan untuk cintan-cintun ke? Tetiba pula pantun ni mak Merong bagi untuk suruh bunuh diri sekali dengan musuh? pening-pening. Akhirnya Merong mati macam tu je? Apa yang lagendanya kalau macam tu? Alahai... ..................................................................................................................................................................... Untuk orang yang selektif macam aku ni, aku tetap akan tonton lagi filem-filem KRU sebab aku tau Yusry akan bagi aku cerita-cerita yang lain daripada pengarah Malaysia yang lain. Dan aku menyokong industri filem Malaysia untuk lebih berkembang setanding dengan dunia luar (sebab tu lah aku beli juga tiket wayang walau sesibuk manapun aku). Tetapi, lain kali buat lah lebih baik lagi, bagi orang macam aku ni teruja daripada awal sampai akhir. ..................................................................................................................................................................... Kepada Kengkawan yang belum tonton HMM ni, pergilah tonton, dan saksikanlah sendiri HMM. Kalau nak tengok teknik CGI yang lebih canggih daripada filem Malaysia yang lain, HMM lah yang sesuai. Kepada yang tak puas hati dengan komen aku tu, pergilah tengok dan bagi lah komen korang pulak kat blog korang (hehehe).

Tuesday, March 22, 2011

Kenangan di HCMC..

Lepas sahaja balik daripada HCMC, aku bertolak pula ke KL atas urusan kerja-kerja catur aku (jadi arbiter kejohanan catur Tertutup Kebangsaan.. hehehe jadi chief tu!). Maklum le, dah berhabis duit di HCMC kena lah cari duit tambahan untuk tampung belanja-belanja nak teruskan perjalanan hidup sebelum dapat gaji ini.. hehehe Walaupun dalam kesibukan dengan catur, tetapi HCMC tetap terpahat dalam ingatan... Tengok motorsikal di sini, teringat motorsikal di HCMC. Rata-rata penduduk HCMC lebih memilih untuk membawa motorsikal berbanding kereta. Ingatkan harga motorsikal di Vietnam lebih kurang je dengan Malaysia, tapi mak aii! jauh beza! Menurut orang di sana, harga di Vietnam untuk sebiji motor paling mahal (yang paling mahal ye!) berharga dalam RM2400! (Murah tu!). Ada juga yang aku tengok kat sana, basikal bermotor. Ala, macam basikal tetapi ada function untuk bergerak macam motorsikal. Teh ada berkata, kat Malaysia tak ada basikal macam ni, kalau ada mungkin sudah dibeli oleh Teh agaknya :-) Baru-baru ini ada terbaca pasal basikal bermotor ini, rupa-rupanya kerajaan Malaysia belum lagi memberi kelulusan untuk menerima basikal motor ini untuk digunakan di Malaysia.
Teringat pula akan wayar berselirat di sepanjang-panjang tiang-tiang elektrik di HCMC. Pergh!! macam nak buat tenun kain je wayar-wayar tu! Kalau tengok-tengok memang ngeri, ye lah mana ada macam itu kat Malaysia ni.
Paling tidak dilupakan kenangan tawar menawar harga barang yang di beli.. hahaha Kalau ada kesempatan lagi, memang aku ingin pergi buat kali kedua ke sana! Confirm kali ini, memang aku akan bershopping sakan! hahaha

Sunday, March 13, 2011

Kos-Kos Dari Kuantan - Ho Chi Minh City.

Pastinya ramai yang ingin ke HCMC selepas ini setelah cerita aku ke HCMC ini disiarkan.. hehehe. Oklah, aku senaraikan kos-kos asas untuk kesana, semasa disana dan perjalanan pulang dari sana. Kos-kos untuk membeli belah tu, terpulanglah kepada individu masing-masing..hehehe.

1. Pasport = RM100 (aku ambil yang paling minimum)
2. Tiket bas Kuantan-KL, dan KL - Kuantan = RM 44 (aku naik bas je, kalau naik kereta tu kos lain la pula)
3. Tiket LRT = RM1.90
4. Tiket ERL & Shuttle bas = RM10.90
5. Makan di Marrybrown = RM 12.00
6. Teksi ke Hotel Pink Saigon = RM 24 - 25 (US$8)
7. Makan di VN Halal Restoran = RM 13
8. Trip City Tour = RM 22.50 - 24 (US$7.50)
9. Makan di VN Halal Restoran = RM 15
10. Air mineral = RM2.25
11. Trip Chu Chi Tunnel = RM 15 - 16 (US$5)
12. Teksi untuk makan di restoran halal lain = RM3
13. Makan di Ridwane Restoran = RM30
14. Trip Mekong Delta = RM 33 - 34 (US$11)
15. Teksi dari The Sinh Tourist ke Hotel = RM 3
16. Makan malam pesan dari Zaidah = RM 9
17. Makan tengahari = RM 9
18. Makanan sewaktu di airport = RM 6.75
19. Buah Ciku untuk dibawa pulang = RM 6.75
20. Teksi ke tempat borong batu permata = RM 4.20
21. Teksi ke tempat borong baju = RM 1
22. Teksi pulang ke hotel = RM 8
23. Minum jus pisang, jus ciku, jus avocado = RM 12
24. Teksi ke Lapangan Terbang = RM 8
25. Makan di Marrybrown LCCT = RM 10
26. Teksi ke Bukit Jalil = RM 33.90
27. Tiket Air Asia = RM 162.90 (semasa promosi)
28. Tambahan berat barang-barang = RM 17
29. Hotel Pink Saigon 2 = RM 115
30. Kos pindah hotel = RM 20

Jumlah keseluruhan = RM 703.90

Untuk pengetahuan, belanja yang dikemukakan ialah untuk aku seorang sahaja, tetapi kami pergi bertiga. Kira memang jimat kalau beramai-ramai. Dan perbelanjaan ini adalah tidak termasuk membeli belah disana. Kalau ada rancangan hendak membeli belah, bawalah minimum RM 3000 atau US$500. Dan belilah berat kilo yang lebih dari 30kg untuk tiket Air Asia. Tetapi kalau sekadar nak berjalan-jalan macam aku, kurang dari RM1000 pun dah memadai.

Jika dihitung amat kurang aku makan disana, ini kerana aku sudahpun membawa bekal dari Kuantan. Mee segera, biskut dan coklat memang membantu menghilangkan lapar aku. Air pula, memang aku ada bawa air dalam beg, dan ada air yang didapati percuma sewaktu mengikuti Trip. Mujur aku bukan jenis mesti makan nasi, dah biasa sewaktu travel chess zaman-zaman remaja aku memang tidak memilih pasal makan, janji kenyang cukup la. Sebab itu, makan pagi dengan mee segera aku tak ada masalah, dan semasa perjalanan trip aku mengalas perut dengan biskut dan sekali sekala makan coklat buat tambah tenaga.

Jika anda selama ini seperti aku yang kepingin untuk mengembara seperti ini, buat lah macam apa yang kami buat, kami membeli tiket promosi sejak tahun lepas lagi (bulan mei), untuk trip tahun ini. Ada antara kami menggunakan duit kutu untuk melancong, aku pula menggunakan duit hasil kerja keras aku menjadi jurulatih dan arbiter catur. Aku ada masa tak sampai setahun untuk mengumpul duit untuk trip ini. Dan pada aku, memang berbaloi-baloi!! hehehe (rasa macam nak pergi lagi!)

Teksi LCCT

Ni nak cerita sedikit ni pasal teksi di LCCT. Perjalanan balik kami ke Kuantan, oleh kerana beg-beg kami terlalu berat, kami pun membuat keputusan menaiki Teksi daripada LCCT ke Bukit Jalil.
Kami membayar tiket untuk menaiki teksi ini, kerana pada pandangan kami dengan nilai RM74, kami fikir sudah tentu muat beg-beg kami. Setelah menunggu queue bila tiba masa untuk kami menaiki teksi, si pemandu teksi ni pun mengangkat la beg Cik Dah memasuki bonet kereta, ok la, selepas itu mengangkat beg aku pula untuk memasuki bonet (dalam senario angkat mengangkat ini, tiada se patah perkataan pun keluar tentang "banyaknya beg kami"). Dua beg sahaja yang muat bonet belakang. Baki beg kami yang lain sudah tentu muat di tempat duduk belakang.

Yang buat kami rasa kelakar tetapi angin satu badan ialah, setelah 2 beg diisi di bonet belakang, pemandu teksi itu mengatakan, "tidak boleh letak beg di tempat duduk belakang ni", aku pun.. "huh!?" "kenapa pulak?" aku betul-betul bingung, masa orang putih naik dengan berbeg-beg tidak ada pun masalah berkenaan tidak boleh meletakkan beg di tempat duduk!. Aku terasa betul-betul double standard di bumi sendiri! (mamat teksi ni pun satu lah, kalau ye pun jangan lah beria-ria mengangkat beg kami, kalau dah tau daripada satu trolley ada banyak beg!)

Kalau ye pun tak boleh, mengapa semasa kami membeli tiket teksi, dan minah kat kaunter yang menjual tiket itu melihat beg-beg kami kata sahajalah pada masa itu, memang tidak boleh membeli tiket teksi biasa! kata sahajalah yang undang-undang JPJ melarang beg diletakkan di tempat duduk! tidaklah menjadi satu cerita untuk kami berpatah balik ke dalam LCCT untuk menukar tiket! menyusahkan orang betul!

Kalau daripada awal-awal lagi kami diberitahu, tidaklah angin satu badan malam tu.. wang bukan masalah kalau sudah begitu peraturan yang dinyatakan. Sebagai rakyat Malaysia yang selama ini berhemah dan mematuhi undang-undang, kami tiada masalah untuk mengikut peraturan!

Kami menukar tiket menaiki Teksi yang lebih besar yang berharga RM101.80 untuk ke Bukit Jalil. Harga agak mahal untuk destinasi yang tidaklah sejauh mana daripada LCCT. Untuk rate ini, aku rasa pihak pentadbiran Teksi LCCT sahaja yang boleh menjawabnya... Memang muat semua beg-beg kami di ruang bonet belakang kereta. Teh duduk didepan, dan aku dan Cik Dah agak selesa dengan ruang yang luas di belakang.

Hati kami masih lagi panas bila teringatkan insiden ini..dugaan..dugaan..dugaan..!!

Wednesday, March 9, 2011

Ho Chi Minh - 3/3/2011 Pengembaraan Bermula...

Kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional di Terminal Makmur Kuantan jam 9am. Sampai sahaja Terminal Bas Bukit Jalil jam 1 tengahari, kami bergegas ke LRT stesen di situ. Menaiki LRT. Aku membeli tiket ke KL sentral. Tetapi, apabila perjalanan tren bermula, aku melihat kepada nama Bandar Tasik Selatan, terus aku membuat keputusan untuk kami berhenti disitu. Kesilapan teknik, aku tak perasan yang ikut BTS lebih dekat dan senang daripada berpusu-pusu di KL sentral.

Sampai sahaja di BTS, (solat dilakukan di stesen ERL BTS ini) kami menaiki ERL yang terletak disana (agak lama juga menunggu ketibaan ERL ini). Daripada ERL, kami berhenti di stesen Salak Tinggi. Daripada stesen ini, kami menaiki shuttle bas menuju ke LCC Terminal untuk menaiki penerbangan Air Asia AK884 kami menuju ke Ho Chi Minh City. Oleh kerana penerbangan kami jam 7pm, maka sebaik kami sampai di LCCT jam 3.30 - 3.45pm, kami terus ke makan tengahari di Marrybrown restoran. Apa lagi, kerja-kerja bersembang dan lepak melepak lah kami di situ sementara menunggu jam 5pm sebelum daftar masuk penerbangan.

Sebaik di kaunter daftar masuk, kami diberitahu, tiket 2 orang lagi yang sepatutnya bertolak bersama-sama kami tetapi membatalkan hasrat untuk pergi, rupanya boleh diganti dengan orang lain. Aiseh! rugi! kalau tidak pasti aku mengajak rakan-rakan pejabat atau kakak aku untuk turut serta sekali dalam pengembaraan kami meredah HCMC (chewah! hahaha). Oleh kerana penerbangan KL - HCMC ini, berat beg kami tidak boleh melebihi 15 kg secara keseluruhan maka beg Teh terpaksa dijadikan hand luggage, kerana berat beg aku dan Cik Dah sudahpun melebihi. Tapi tak apa Teh, sebab permulaan ini, beg masih lagi ringan jadi amat senang dibawa ke mana-mana.. hehehe


Ini gambar yang di ambil semasa didalam tren ERL. Memang selesa berbanding LRT yang aku biasa naik. Perjalanan ke Salak Tinggi dari BTS tidak lah jauh mana, cuma beberapa minit sahaja.


Perasaan bercampur baur ketika ini. Pada masa yang sama kami gembira untuk pengembaraan pertama menjelajah negara orang, dan pada masa yang sama juga kami agak was was dengan kebolehan kami berdikari serta ada sedikit seram sejuk bila memikirkan yang kami menaiki kapal terbang. Bermacam-macam benda yang bermain difikiran pada ketika itu.. Mana taknya, kali terakhir aku menaiki kapal terbang ialah pada tahun 1996 iaitu 15 tahun dahulu untuk perlawanan catur yang di adakan di Armenia.


Gambar di ruang menunggu pintu gate dibuka untuk menaiki kapal terbang. Aku membayangkan LCCT seperti juga KLIA dimana aku menaiki kapal terbang terus mengikut lorong-lorong yang disediakan. Tetapi, rupanya LCCT lain. Bergerak keluar dari pintu gate sahaja, kami berjalan kaki menuju ke Air Asia yang berdiri gah berberapa jarak didepan kami. Pengalaman menaiki tangga kapal terbang seperti ini pernah aku alami sewaktu aku menaiki kapal terbang MAS yang kecil dari Kuantan - KL, dan kapal terbang kecil dari Sao Paolo ke Guarapuava suatu ketika dulu.


Aku masuk dahulu, jadi seperti biasa aku suka memilih tempat duduk yang dekat dengan tingkap. Aku suka melihat pemandangan bawah ketika berlepas. Berbeza dengan MAS, Kapal terbang Air Asia mempunyai jarak tempat duduk antara depan dan belakang yang agak sempit sedikit. Aku rasa amat sukar untuk membuat pergerakan, mujur lah penerbangan ini memakan masa hanya 1 jam 50 minit. Jika sekiranya penerbangan memakan masa berjam-jam, aku tak tau lah berapa lama aku boleh menahan kesakitan kaki aku yang acap kali kejang jika kurang bergerak. Tapi yang bestnya aku ni, duduklah kat mana sekali pun, walau tak seselesa mana sekali pun, aku tetap akan tidur kalau aku tak boleh nak buat apa-apa. Sebaik sahaja penerbangan berlepas, aku terus sahaja tertidur.

Teh duduk ditengah-tengah manakala Cik Dah disebelah kanan sekali.


Sedar sahaja dari tidur, maka kami pun mendarat di HCMC airport. Jam ditangan kami menunjukkan jam 8pm tetapi sebenarnya di HCMC, beza waktu Malaysia dan Vietnam ialah sebanyak 1 jam sahaja. Sebab baru jam 7pm disana, sebab itulah masih lagi ada cahaya matahari pada masa itu.

Ehem! sebaik sampai di Airport, aku terus menuju ke tempat untuk charter teksi. Ada sedikit kekeliruan. Aku ada bertanya kepada Leen tentang hotel yang pernah diduduki beliau semasa di HCMC, beliau menjawab Pink Saigon. Aku ingat cuma ada satu je Pink Saigon. Mak aaii! ada sampai 4 Pink Saigon rupanya. Teksi yang kami bawa menuju ke Pink Saigon 3. Hotel agak selesa, tetapi kami tidak lama di hotel, sebaik meletak barang kami terus booking City Tour dengan pihak hotel, dan terus bertanya alamat restoran halal yang terdekat. Receptionist hotel memberi alamat restoran VN Halal.


Ini antara hidangan yang dimakan di restoran ini. Ini sebenarnya "Clear Mee". Rupanya lebih kepada Soohun yang biasa kita guna untuk memasak bersama sayur pucuk dan sayur petola. Rasanya biasa sahaja. Sama seperti menjamu selera di Malaysia. Restoran halal adalah kebanyakannya milik keturunan melayu-champa. Jadi masakan lebih merupa kepada masakan Malaysia. Jika anda ingin mencari keunikan makanan halal vietnam, amat sukar untuk didapati di sini.
Selesai makan jam 10pm, kami bertanya kepada pengusaha restoran, dimana kami boleh mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Pengusaha restoran bertanya di mana letaknya hotel kami. Menyebut sahaja nama Pink Saigon, pengusaha restoran memberitahu yang hotel kami cuma terletak dibelakang restoran sahaja. Biar betul?! Naik teksi ke restoran rasa punya lah jauhnya. Kami berjalan kaki seperti mana yang diberitahu oleh pengusaha restoran tersebut. Rupanya, inilah Pink Saigon hotel yang dimaksudkan oleh Leen selama ini. Isk..isk.. isk.. kesilapan teknik lagi!.
Kami seterusnya membuat arrangement dengan hotel Pink Saigon 2 ini untuk memindah barang-barang kami dari Pink Saigon 3 ke Pink Saigon 2. Bukan percuma ye untuk memindah barang-barang kami, ada kos juga dikenakan. Kami perlu membayar sebanyak VND 400,000 iaitu kira-kira RM60. Tapi memandang kami jimat kos teksi untuk ke pasar Ben Thanh maka kami bersetuju membayar kos pindah dan menginap di Pink Saigon 2.
Penyambut tetamu yang bernama Hue memang cukup peramah, dan banyak membantu dalam proses pertukaran hotel kami. Dan beliau turut sekali bersama-sama kami ke hotel Pink Saigon 3 untuk proses pertukaran ini.

Inilah Pink Saigon 2 tempat kami menginap. Di sekitar hotel ini terdapat banyak hotel-hotel lain, dan disebelah hotel ini sendiri ada hotel bertaraf 3 - 4 bintang hotel!.

Inilah bilik kami. Disebabkan aku sudah biasa dengan katil aku seorang, maka aku yang tidur ditilam extra di sebelah katil saiz King ini. Aku bab-bab tidur ni bukanlah masalah negara, hahaha.. dapat bantal je, maka lena lah aku.
Dimana-mana tempat penginapan sekali pun selain keselesaan katil dan bilik, bilik air ialah perkara utama yang dititik beratkan. Bilik air hotel ini amat bersih dan selesa. Jadi memang tiada masalah. Kalau ada perkara seperti leaking tu, kami buat aduan je terus maintenance hotel datang baiki, memang efficient tul!


Kelihatan Teh dan Cik Dah kepenatan dan keletihan. Tapi letih sekejap je ni, gagah jugak untuk merayau-rayau di malam hari di Vietnam tu.. hahaha
Pemandangan pintu hotel di siang hari.

Jalan untuk ke hotel. Pandang terus ke depan, itulah pasar Ben Thanh. Di sepanjang-panjang Ben Thanh pada malam harinya ialah Pasar Malam. Dekat bukan? Jika anda kaki shopping, saya memang rekomen anda duduk di hotel ini dan memborong sesuka hati setiap hari.. hahaha.
Jadi tidak hairanlah maka kami amat berpuas hati dengan keputusan berpindah ke hotel ini (yeay!)

Ho Chi Minh - 4/3/2011 City Tour

Hari pertama kami di HCMC, kami mengikuti tour agensi yang direkomen oleh hotel Pink Saigon 3, iaitu "The Sinh Tourist". Kami membayar VND 450,000 untuk bertiga, iaitu lebih kurang RM25-27 seorang.

Pada mulanya idea untuk melihat-lihat bandar ialah secara sendirian meredah kota HCMC, tetapi oleh kerana ini merupakan kali pertama kami menjejak kaki ke negara orang secara sendirian (inilah kali pertama aku ke negara orang secara sendiri, sebelum ini aku ke negara orang atas urusan catur, dan segala urusan pengangkutan, penginapan diuruskan oleh pengurus aku, kini aku perlu menguruskan sendiri), maka keputusan yang terbaik ialah menggunakan khidmat tour agensi. Lagipun lebih jimat daripada mengikut tour dari agensi di Malaysia.

Ada salah faham pada pagi hari 4/3/2011. Kami yang bersiap awal jam 7.30am, tiba di lobi hotel dan diberitahu oleh orang hotel bas tour kami akan tiba jam 8.30am. Jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di Pasar Ben Thanh yang berhampiran. Sebaik jam 8.30am kami dihotel, kami diberitau yang bas kami sudah pun berlepas. Dengan agak kelam kabut kami perlu mengejar bas tour kami. Kami menaiki teksi untuk ke pejabat The Sinh Tourist ni. Tetapi agak malang juga bagi kami, kerana pemandu teksi ini tidak tau berbahasa inggeris. Lalu dia menghantar kami ke pejabat The Sinh yang salah. Orang pejabat itu kemudian menyuruh aku menaiki teksi menuju ke pejabat yang lagi satu! Aku yang memang bengang ketika itu, dengan kurang sabarnya, lantas aku buat bising-bising kat minah kat kaunter itu, demanding bas tour ambil kami di pejabat yang lagi satu ini. Aku bising-bising dengan mengatakan sudah dua kali kami menaiki teksi dan dibawa ke tempat yang salah (hehehe.. cerita kena ada tokoh tambah sikit lah baru ada kick). Tak lama selepas itu, bas tour pun datang mengambil kami untuk sehari city tour..

Jurupandu arah kami bernama Huy, dari usia beliau yang agak tua, aku mengagak pasti dia fasih berbahasa inggeris, namun sangkaan aku silap. Memang memenatkan kerana aku perlu memahami sebutir-sebutir tutur kata yang keluar dari mulut beliau.


Tempat pertama yang kami tujui ialah pasar Cho Lon yang terletak di Chinatown.
Kami cuma ada masa 40 minit sahaja untuk membeli belah di pasar ini. Kami hanya berhenti dikedai ini dan membuat urusan tawar menawar disini.
Bergambar kenangan di hadapan Pasar Cho Lon
Seronok yang amat setelah membeli belah, memang takkan melepaskan peluang bergambar!
Ini pula destinasi kami yang kedua, kuil yang terletak dikawasan chinatown.
Kuil yang dibina seawal kurun ke-19 oleh orang daripada China yang melarikan diri ke Vietnam.
Kepenatan, kerana agak kurang menarik di kuil ini.

Ada banyak sudut kawasan kuil ini, dan setiap sudut ada je ruang untuk memuja, dan berdoa.

Destinasi kami yang seterusnya ialah Pagoda agama buddha.

Pokok ini terlalu unik untuk dilepaskan dari kamera aku! (cak!)

Para penganut Buddha merata-rata di sekitar pagoda ini, hinggakan dibawah pokok dengan papan tanda "toilet" pun boleh dibuat tempat tafakur...
Waktu tengahari kami dibawa ke pejabat The Sinh Tourist untuk rehat tengahari sebelum menyambung tour kami. Dikawasan pejabat ni iaitu di jalan De Tham, agak ramai pelancong keturunan kaukasian. Kami merayau-rayau dikawasan sekitar, dan tiada satu pun restoran halal terdapat dikawasan ini. Tetapi kami menemankan Teh makan makanan Vege di salah satu restoran disini. Sepanjang merayau-rayau disekitar kawasan ni, mata aku terpaku kepada kedai membuat suit ini. Aku terfikir, kalau baju biasa boleh disiapkan dalam masa sehari, takkan blazer mengambil masa yang lama?hmmm.. aku bertanya berapa harga untuk membuat blazer sahaja, dan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk disiapkan? heheheh.. dengan kos US$33 dan dalam masa 2 hari tempoh untuk disiapkan. Tak sabar rasanya untuk melihat hasilnya nanti....

Destinasi kami yang seterusnya selepas tengahari ialah bangunan Independence Palace. Bangunan yang pernah dihuni oleh presiden Vietnam ini, mempunyai banyak bilik. Ibarat melawat White House la ni..
Gambar dihadapan Istana.

Memahami apa yang diperkatakan oleh jurupandu kami, Mr Huy.

Aku ambil gambar ini, sebab aku tertarik dengan kerusi lama ini. Kerusi ini sudah wujud sejak bangunan ini mula-mula dibina. Warna hijau masih lagi kekal pada kerusi lama ini.

Ini merupakan bilik makan merai tetamu.

Ini pula bilik juga untuk merai tetamu.. fuh! penat turun naik tangga tengok bilik je ni..

Ini pula merupakan bilik hiburan untuk wanita pertama meraikan para isteri tetamu-tetamu.

Ini merupakan bilik judi meraikan tetamu. Ada meja billiard, meja poker, dan juga meja mahjong. Hmm.. mana meja chess ni? bukan ke menteri-menteri patut sebagai orang intelek patut main permainan minda?.. hmm...

Pemandangan dari tingkat paling atas istana ini.

Haa.. ini pula di tingkat paling bawah (basement). Bilik ini adalah bilik merangka strategi perang oleh presiden pada masa itu.
Kelihatan banyak peta-peta disini...
Disebelah bilik strategi ada bilik pengkeranian. Lihatlah mesin taip lama ini. Antik!
Gambar dari bahagian belakang Istana.
Berposing di bahagian sisi Istana.

Hai Cik Dah, bila masa tukar kerja jadi tukang kebun Istana nih?

Kalau ye pun, buat le macam Teh ni, tak payah nak tolak-tolak pun, angkat je.. hahaha

Destinasi kami seterusnya ialah ke Notre Damne Cathedral. Gereja ini merupakan hasil binaan lama Perancis. Err... Cik Dah ni kat Vietnam ke kat Eropah ni? konfius nih!

Ini merupakan tempat kedua terakhir kami singgah. Pejabat pos!

Jam dinding di Pejabat Pos ini sahaja sudah menunjukkan yang bangunan ini memang sudah lama wujud.
Gambar Ho Chi Minh ada di papar di dinding Pejabat pos ini. Perhatikan seni binaan lama ini, cukup unik sekali dengan tiang-tiang yang didirikan sebegitu.

Aku tertarik dengan gambar Tintin ini. Untuk pengetahuan umum, kartun Tintin merupakan kartun yang aku suka baca semasa kecil dahulu. Aku cukup menggemari pengembaraan Tintin. Daripada buku-buku Tintin inilah aku menanam hasrat untuk mengembara ke serata tempat..

Atlas dunia di dinding pejabat pos..

Barangan cenderamata dijual di pejabat pos ini..

Haa... cenderamata ini menarik. Ukiran pepatung yang boleh diimbangi dengan satu jari sahaja. Teh membeli satu untuk anaknya.

Macam balance akaun je ni kan... hahaha
Haa... baru jumpa ATM machine HSBC bank...

Kami seterusnya ke destinasi akhir iaitu War Remnant Museum.

Museum ini lebih kepada mengingati perang Vietnam - Amerika.

Haa.. ni kapal terbang Amerika yang sesat kat Vietnam lah ni..
Sekitar sejarah perang Vietnam.

Khusyuk membaca perihal perang Vietnam - Amerika ini.
Bukan kami sahaja yang khusyuk, pelancong lain pun begitu juga.

Kesan perang hasil bom Oren yang dilepaskan oleh Pihak Amerika ke bumi Vietnam. Aku memang syahdu semasa kat muzium ni.

Mana tidaknya, kesan bom oren ini masih lagi dirasai oleh rakyat Vietnam sehingga hari ini.

Bom - bom yang diguna oleh pihak Amerika.

Senjata-senjata canggih Amerika.

Bom-bom dan periuk api semasa perang.

Kecanggihan tentera Amerika melalui senjata-senjata perang memang tidak disangkal.

Ini pula merupakan tempat seksaan tentera Amerika terhadap askar Vietnam ataupun orang awam yang ditawan.
Ini merupakan alat untuk menyeksa banduan.

Yang paling aku tak tahan sekali ialah bilik kurungan yang cuma muat-muat badan manusia sahaja. Banduan akan diseksa dengan tidak boleh bergerak dalam bilik kurungan ini, dan akan di cucuk-cucuk badan seperti binatang.
Ini merupakan satu lagi bentuk kekejaman Amerika.

Jangan jadi tipah tertipu ye! Cik Dah tu posing je lebih dihadapan restoran yang terletak disebelah muzium ini....