Sampai sahaja di BTS, (solat dilakukan di stesen ERL BTS ini) kami menaiki ERL yang terletak disana (agak lama juga menunggu ketibaan ERL ini). Daripada ERL, kami berhenti di stesen Salak Tinggi. Daripada stesen ini, kami menaiki shuttle bas menuju ke LCC Terminal untuk menaiki penerbangan Air Asia AK884 kami menuju ke Ho Chi Minh City. Oleh kerana penerbangan kami jam 7pm, maka sebaik kami sampai di LCCT jam 3.30 - 3.45pm, kami terus ke makan tengahari di Marrybrown restoran. Apa lagi, kerja-kerja bersembang dan lepak melepak lah kami di situ sementara menunggu jam 5pm sebelum daftar masuk penerbangan.
Sebaik di kaunter daftar masuk, kami diberitahu, tiket 2 orang lagi yang sepatutnya bertolak bersama-sama kami tetapi membatalkan hasrat untuk pergi, rupanya boleh diganti dengan orang lain. Aiseh! rugi! kalau tidak pasti aku mengajak rakan-rakan pejabat atau kakak aku untuk turut serta sekali dalam pengembaraan kami meredah HCMC (chewah! hahaha). Oleh kerana penerbangan KL - HCMC ini, berat beg kami tidak boleh melebihi 15 kg secara keseluruhan maka beg Teh terpaksa dijadikan hand luggage, kerana berat beg aku dan Cik Dah sudahpun melebihi. Tapi tak apa Teh, sebab permulaan ini, beg masih lagi ringan jadi amat senang dibawa ke mana-mana.. hehehe
Ini gambar yang di ambil semasa didalam tren ERL. Memang selesa berbanding LRT yang aku biasa naik. Perjalanan ke Salak Tinggi dari BTS tidak lah jauh mana, cuma beberapa minit sahaja.
Perasaan bercampur baur ketika ini. Pada masa yang sama kami gembira untuk pengembaraan pertama menjelajah negara orang, dan pada masa yang sama juga kami agak was was dengan kebolehan kami berdikari serta ada sedikit seram sejuk bila memikirkan yang kami menaiki kapal terbang. Bermacam-macam benda yang bermain difikiran pada ketika itu.. Mana taknya, kali terakhir aku menaiki kapal terbang ialah pada tahun 1996 iaitu 15 tahun dahulu untuk perlawanan catur yang di adakan di Armenia.
Gambar di ruang menunggu pintu gate dibuka untuk menaiki kapal terbang. Aku membayangkan LCCT seperti juga KLIA dimana aku menaiki kapal terbang terus mengikut lorong-lorong yang disediakan. Tetapi, rupanya LCCT lain. Bergerak keluar dari pintu gate sahaja, kami berjalan kaki menuju ke Air Asia yang berdiri gah berberapa jarak didepan kami. Pengalaman menaiki tangga kapal terbang seperti ini pernah aku alami sewaktu aku menaiki kapal terbang MAS yang kecil dari Kuantan - KL, dan kapal terbang kecil dari Sao Paolo ke Guarapuava suatu ketika dulu.
Aku masuk dahulu, jadi seperti biasa aku suka memilih tempat duduk yang dekat dengan tingkap. Aku suka melihat pemandangan bawah ketika berlepas. Berbeza dengan MAS, Kapal terbang Air Asia mempunyai jarak tempat duduk antara depan dan belakang yang agak sempit sedikit. Aku rasa amat sukar untuk membuat pergerakan, mujur lah penerbangan ini memakan masa hanya 1 jam 50 minit. Jika sekiranya penerbangan memakan masa berjam-jam, aku tak tau lah berapa lama aku boleh menahan kesakitan kaki aku yang acap kali kejang jika kurang bergerak. Tapi yang bestnya aku ni, duduklah kat mana sekali pun, walau tak seselesa mana sekali pun, aku tetap akan tidur kalau aku tak boleh nak buat apa-apa. Sebaik sahaja penerbangan berlepas, aku terus sahaja tertidur.
Teh duduk ditengah-tengah manakala Cik Dah disebelah kanan sekali.
Sedar sahaja dari tidur, maka kami pun mendarat di HCMC airport. Jam ditangan kami menunjukkan jam 8pm tetapi sebenarnya di HCMC, beza waktu Malaysia dan Vietnam ialah sebanyak 1 jam sahaja. Sebab baru jam 7pm disana, sebab itulah masih lagi ada cahaya matahari pada masa itu.
Ehem! sebaik sampai di Airport, aku terus menuju ke tempat untuk charter teksi. Ada sedikit kekeliruan. Aku ada bertanya kepada Leen tentang hotel yang pernah diduduki beliau semasa di HCMC, beliau menjawab Pink Saigon. Aku ingat cuma ada satu je Pink Saigon. Mak aaii! ada sampai 4 Pink Saigon rupanya. Teksi yang kami bawa menuju ke Pink Saigon 3. Hotel agak selesa, tetapi kami tidak lama di hotel, sebaik meletak barang kami terus booking City Tour dengan pihak hotel, dan terus bertanya alamat restoran halal yang terdekat. Receptionist hotel memberi alamat restoran VN Halal.
Ini antara hidangan yang dimakan di restoran ini. Ini sebenarnya "Clear Mee". Rupanya lebih kepada Soohun yang biasa kita guna untuk memasak bersama sayur pucuk dan sayur petola. Rasanya biasa sahaja. Sama seperti menjamu selera di Malaysia. Restoran halal adalah kebanyakannya milik keturunan melayu-champa. Jadi masakan lebih merupa kepada masakan Malaysia. Jika anda ingin mencari keunikan makanan halal vietnam, amat sukar untuk didapati di sini.
Selesai makan jam 10pm, kami bertanya kepada pengusaha restoran, dimana kami boleh mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Pengusaha restoran bertanya di mana letaknya hotel kami. Menyebut sahaja nama Pink Saigon, pengusaha restoran memberitahu yang hotel kami cuma terletak dibelakang restoran sahaja. Biar betul?! Naik teksi ke restoran rasa punya lah jauhnya. Kami berjalan kaki seperti mana yang diberitahu oleh pengusaha restoran tersebut. Rupanya, inilah Pink Saigon hotel yang dimaksudkan oleh Leen selama ini. Isk..isk.. isk.. kesilapan teknik lagi!.
Kami seterusnya membuat arrangement dengan hotel Pink Saigon 2 ini untuk memindah barang-barang kami dari Pink Saigon 3 ke Pink Saigon 2. Bukan percuma ye untuk memindah barang-barang kami, ada kos juga dikenakan. Kami perlu membayar sebanyak VND 400,000 iaitu kira-kira RM60. Tapi memandang kami jimat kos teksi untuk ke pasar Ben Thanh maka kami bersetuju membayar kos pindah dan menginap di Pink Saigon 2.
Penyambut tetamu yang bernama Hue memang cukup peramah, dan banyak membantu dalam proses pertukaran hotel kami. Dan beliau turut sekali bersama-sama kami ke hotel Pink Saigon 3 untuk proses pertukaran ini.
Inilah bilik kami. Disebabkan aku sudah biasa dengan katil aku seorang, maka aku yang tidur ditilam extra di sebelah katil saiz King ini. Aku bab-bab tidur ni bukanlah masalah negara, hahaha.. dapat bantal je, maka lena lah aku.
Dimana-mana tempat penginapan sekali pun selain keselesaan katil dan bilik, bilik air ialah perkara utama yang dititik beratkan. Bilik air hotel ini amat bersih dan selesa. Jadi memang tiada masalah. Kalau ada perkara seperti leaking tu, kami buat aduan je terus maintenance hotel datang baiki, memang efficient tul!
Kelihatan Teh dan Cik Dah kepenatan dan keletihan. Tapi letih sekejap je ni, gagah jugak untuk merayau-rayau di malam hari di Vietnam tu.. hahaha
Kelihatan Teh dan Cik Dah kepenatan dan keletihan. Tapi letih sekejap je ni, gagah jugak untuk merayau-rayau di malam hari di Vietnam tu.. hahaha
Pemandangan pintu hotel di siang hari.
No comments:
Post a Comment