Dan tidak kempunan kami kerana seperti yang dijanjikan jam 7.30pm makanan kami pun sampai lah.. Kami memilih Chicken Noodle (kebiasaan di Vietnam Beef Noodle). Kalau melihat kepada rupanya tidaklah menarik mana, tetapi rasanya memang enak! Siapa sangka mee kosong hanya berbekalkan isi ayam, daun selasih, daun selum, bunga kantan dan bawang goreng boleh menjadi sesedap ini. Fuh!! sedap gila!! (jangan jeles yes.. hahaha)
Ini merupakan pulut yang menjadi kegemaran Teh. Aku dan Cik Dah tidaklah merasa pulut ini, memang agak terliur juga kerana kelihatan agak sedap, dan memang sedap seperti kata Teh. Rasanya agak manis, bercampur kelapa parut serta santan dan ada sejenis sekaya yang agak manis. Err.. agak-agak ada tak orang boleh meniru makanan ini, untuk orang yang gila manisan seperti aku ini, aku agak teringin untuk merasa..
Kami sebenarnya mencari-cari baju T yang menggambarkan Vietnam. Aku agak selektif sedikit kerana aku mencari yang unik. Dan kebetulan kami nampak T-shirt ini. Aku tidak membelinya, Teh dan Cik Dah yang membeli. Baju T ini menceritakan segalanya tentang trafik di HCMC.. (trafik di HCMC memang mengerikan)
Pemandangan pasar malam (night market) di sekitar Ben Thanh. Pasar ini beroperasi setelah Ben Thanh ditutup pada 7pm. Malam ini agak ramai sedikit. Dan rata-rata yang mengunjungi pasar ini adalah kebanyakan rakyat asia tenggara seperti kami. Amat jarang untuk melihat warga orang putih dikawasan ini. Orang putih agaknya bukan kaki shopping seperti kami.. mereka lebih suka kepada sight seeing dan minum-minum bersantai di Bar (agaknya lah)
Ini lah baju T yang menangkap amatan aku! dan inilah yang aku beli untuk anak sedara aku, Iqbal (cuma warna yang aku pilih adalah warna biru). Baju T tanpa ada gambar manusia dan hanya peta Vietnam memang cukup unik sekali!
Minah ini merupakan orang yang menjual Baju berjenama seperti Abercrombie & Fish, Tommy Hilfiger. Ada juga orang lain yang menjual baju-baju seperti dia, tetapi kami berkenan membeli disini kerana dia menawarkan potongan harga yang lebih menarik daripada peniaga lain!. Bayangkan aku membeli baju Tommy Hilfiger dan baju Ambercrombie & Fish (memang lah bukan ori, tetapi kualiti kain yang menarik perhatian aku) daripadanya dengan nilai RM24-25 sahaja! murah bukan?!
Ini antara baju-baju yang dijual di kedai minah ni.. (aiseh! sorry la, aku betul-betul terlupa namanya)
Ini pula merupakan kedai baju-baju kurung bersulam manik yang terdapat di satu kedai milik orang vietnam keturunan melayu-champa. Memang agak banyak baju kurung, jubah dan telekung dijual di HCMC ini. Disini agak ramai orang islam keturunan melayu champa. Ramai orang kita suka membeli dengan orang melayu-champa ini, sebab kefasihan mereka dalam bahasa melayu. Dan disebabkan ramai orang kita yang kaki shopping disini, maka orang vietnam lain pun boleh juga berbahasa melayu.. aiseh! susah betul nak bincang pasal penawaran harga sesama kami kerana apa yang kami tuturkan boleh difahami.. Baju-baju kurung sulam agak murah juga, antara RM50-60 boleh didapati disini (bergantung kepada kualiti dan jenis kain).
Inilah beg sulam / jahit tangan (menurut peniaga vietnam semua dijual adalah buatan tangan, entah buatan tangan yang mana satu aku pun kurang pasti, kalau guna mesin dikira buatan tangan juga ke?) yang menjadi kegilaan Cik Dah. Aku tak tau berapa banyak yang dia beli, tapi memang nyata banyak yang diborong. Aku cuma membeli 2 beg sahaja sekadar saja-saja (mana tau kak Ngah aku dan Kak De aku berkehendakkan satu). Teh membeli 5 beg rasanya, aku pun kurang pasti, kerana kami berdua memang tidak berhabis sebanyak Cik Dah dalam hal ini.
Antara peniaga keturunan melayu-champa.
Antara kristal-kristal yang turut dijual disini.
Pemandangan jalan malam hari di Vietnam. Gambar ini disnap tak jauh dari pasar malam.
Ini pula gerai yang menjual beg-beg berjenama. Aku dan Teh menyebut-nyebut beg jenama LV. Hahaha.. Teh akhirnya membeli beg tangan buat ibu yang tersayang! Aku mencuba tawar menawar beg baju LV ini, tetapi tidak berjaya mendapat harga yang aku inginkan.. Tetapi di kedai yang satu lagi aku berjaya. Daripada hanya dengan niat nak test market, terpaksa lah membeli sebab sudah berjaya mendapat harga yang aku mahu!.. huhuhu.. Tetapi elok juga aku membeli beg lagi satu kerana beg yang aku bawa memang tak muat barang pun!
Inilah Zaidah yang berniaga kain di pasar malam ini. Cik Dah dan Teh membeli disinilah. Kerana harga yang ditawarkan berpatutan, dan yang menariknya beliau bukan sahaja fasih berbahasa melayu tetapi membuat bermacam-macam perniagaan di sini. Antaranya khidmat Tour dalam bentuk muslim package dengan jaminan hotel penginapan dan makanan Halal. Bisnes beliau merupakan bisnes keluarga (kakak Zaidah iaitu Tina - sila lihat posting entry 7/3/2011). Aku sudah boleh menjadi Tour Agent kalau ada sesiapa yang berhasrat hendak ke HCMC, dan package yang aku tawarkan agak murah dan berpatutan berbanding orang lain.. hahaha..
Dari hari pertama aku terpandangkan buah ini, aku memang berazam untuk makan juga. Malam terakhir ini aku berjaya memujuk Cik Dah untuk membeli sekali. Aku selalu mendengar akan kelazatan durian vietnam ini..
Urusan membeli buah ini aku serahkan kepada Cik Dah kerana tangan aku sudah penuh dan kaki aku sudah sakit, jadi aku bertugas menjaga barang-barang yang diborong oleh Cik Dah. Kami membeli pun kerana Zaidah menawarkan diri untuk menolong kami menterjemah bahasa.. hehehe.. Durian kami beli dan makan di HCMC, dan Zaidah membantu kami membeli Ciku untuk dibawa pulang ke Kuantan. Jus Ciku yang kami minum memang sedap, jadi sudah tentu buah ciku juga sedap kan? Dan melihat kepada saiz ciku disini, memang lebih besar daripada ciku di Malaysia.
Ini merupakan gerai dimana kami menghabiskan masa membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Aku membeli beg kecil berzip dan fridge magnet untuk anak-anak murid aku. Dan kami bertiga membeli pouch beg sebagai cenderahati untuk rakan-rakan pejabat kami!
Di tempat ini juga Teh dan Cik Dah membelek dan membeli beg-beg berbunga Vietnam ini. Memang agak rambang mata juga kerana terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik!
Cantik bukan?!
Macam lagak bos je... Sambil duduk pun boleh membeli juga ye Teh.. hahaha
Dan inilah minah dua beradik yang memberi harga berpatutan untuk shopping cenderamata kami.. hahaha.. dan aku lah kepala yang suka tawar menawar harga berselang seli dengan Cik Dah di sepanjang kami di HCMC ini.
Dan balik sahaja daripada Pasar Malam, aku sudah tidak dapat menahan diri daripada makan Durian ini.. wah! memang best! rasa lemak manis, dengan isi lembut dan penuh! Perghh!! tidak dapat dibayangkan kecuali lidah sendiri merasa!
Pada malam itu kami masing-masing mengemas barang untuk memeriksa muat atau tidak dan berapa berat yang boleh kami bawa pulang. Di hotel kami menginap ada disediakan penimbang beg untuk penginap menimbang bagasi masing-masing. Berat beg yang aku bayar adalah untuk 25 kg (Teh pun sama), namun syukur barang-barang kami cuma sekitar 18-20 kg sahaja. Tetapi Cik Dah melebihi berat yang di bayar apabila begnya berat 31kg! iaitu 1 kilo lebih! Tapi jangan bimbang Cik Dah, sebab berat keseluruhan kami ialah 80kg, masih lagi bole membeli beg lain dan membeli belah kali terakhir sebelum pulang esok.. hahaha..
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Assalamualaikum, seronok membaca blog sis. Ingin bertanya berapa RM cenderahati beg berzip, fridge magnet serta pouch?
ReplyDeleteOh ya! Bagaimana pula dengan harga bagasi LV yg berjaya ditawarkan?
Delete