Tuesday, March 8, 2011

Ho Chi Minh City - 7 Mac 2011

7hb ni dah kira hari terakhir kami kat HCMH ni.. Rancangan asal kami hendak menghabiskan jam-jam terakhir di pasar Ben Thanh sebelum bertolak ke lapangan terbang, namun kami membatalkan hasrat pada malam sebelumnya, dengan usaha terakhir mencari batu aked permintaan abang Yi.
Masa naik teksi ni, aku terbau sesuatu yang agak familiar, dan terpandang daun pandan di bawah tempat duduk pemandu. Hah! daun pandan pun agak popular di kalangan orang-orang vietnam di sini.
Kami sampai jua ke pasar borong untuk peminat-peminat batu aked ini. Tempat ini agak jauh juga kerana untuk sampai ke sini, tambang teksi adalah sebanyak 80,000 VND, iaitu kira-kira RM 13-14. Terdapat banyak jenis-jenis batu permata dijual sini. Untuk orang yang tidak mahir langsung pasal batu-batu permata ini, aku agak rambang mata dan keliru untuk memilih. Mujur ada Cik Dah menolong dan pemandu arah kami, Tina (keturunan melayu-champa).
Menurut Tina, tempat ini agak popular dikalangan peminat-peminat batu-batu permata. Harga yang ditawarkan agak berpatutan juga, dan menurut kata Tina, kalau di Malaysia harga boleh mencecah sehingga jumlah RM200! (wow!)
Ini antara batu permata yang disaji untuk pandangan mata peminat.
Namun yang aku pilih adalah batu yang berwarna gelap. Pada aku gelap akan lebih disukai. Harap Abang Yi suka dengan pilihan aku ni (penat ooi.. nak memilih yang terbaik).
Ingatkan tujuan ke pasar borong permata ini ialah untuk mencari batu aked aku, tak sangka pulak, Cik Dah dan Teh boleh sangkut kat batu jade! hahaha.. tu tengah pilih sakan la tu..
Ini antara pilihan Cik Dah, agak menarik juga.. namun aku bukan peminat batu jade, jadi aku tidak lah galak memilih dan membeli. Tapi tumpang sekaki lah dek kerana curious juga kenapa ada yang boleh tergila-gilakan batu-batu seperti ini.
Di sebelah kanan ialah Tina, pemandu arah kami dan merangkap penterjemah bahasa. Kat pasar borong ini, kalau tak ada Tina ni susah juga, sebab orang-orang vietnam kat belah sini tak pandai berbahasa inggeris. Segala urusan tawar menawar diserahkan kepada Tina untuk selesaikan bagi pihak kami.
Ini ialah jalan kat pasar borong batu-batu di sini. Agak kurang moden bukan? namun di sepanjang-panjang jalan ini, penjual batu-batu permata berada di mana-mana sahaja!
Ini antara gerai batu-batu permata di sepanjang jalan ini. (Maaf semua, saya lupa untuk menyalin nama jalan ini kedalam buku nota yang dibawa, akibatnya saya terlupa)
Selepas selesai urusan batu-batu permata, kami ke Pasar An Dong pula. Pasar ini lebih besar daripada Pasar Ben Thanh. Rata-rata peniaga disini menjalankan perniagaan secara borong! Kami ke sini pun kerana Cik Dah, dia terlupa untuk membeli baju untuk anak buah perempuannya!
Tanpa kami ketahui, di pasar ini, kebanyakan peniaga adalah berketurunan cina. Kalau tau awal-awal boleh mintak pertolongan Teh untuk urusan tawar menawar.. hahaha
Ini adalah pemandangan dari kedai baju kanak-kanak yang Cik Dah sibuk memilih!
Saya agak tertarik dengan kedai yang menjual baju-baju dari broked cina ini. Kerana di Malaysia harga memang tak kurang dari RM50. Tapi disini, harga separuh murah!
Wow! cantik! sayang beg aku dah tak muat lagi nak letak barang, kalau tidak, aku pasti membeli untuk Syamimi dan Naufal... huhuhu
Oleh kerana pasar ini agak besar, maka tangga bergerak disediakan untuk kemudahan pengunjung. Tengoklah muka gembira Cik Dah setelah apa dihajat tercapai.. hahaha
Inilah Pasar An Dong!
Bangunan ini memang agak besar!
Dan dalam bangunan yang sama ada Cesar Hotel!Setelah selesai urusan, kami ke Ben Thanh pula kerana hendak mengambil kain yang ditempah oleh Teh. Aku dan Teh membuat sehelai baju Vietnam. Baju aku ok je, tapi baju teh tidak mengikut ukuran dia. Yang menariknya, tujuan kami buat ialah sekadar testing, betul ke seperti yang di war-warkan oleh semua pelancong Malaysia yang baju ditempah boleh siap sehari? Tapi memang betul! Aku akui sangat-sangat! Baju aku memang siap sehari seperti yang dijanjikan! Apa kata tukang jahit kita kat Malaysia ni?
Pemandangan Pasar Ben Thanh
Sebagai ucapan terima kasih kerana perjalanan aku yang cukup bermakna (misi tercapai), maka aku membelanja semua termasuk Tina minum air jus di gerai ini di Ben Thanh. Jus di gerai ini memang betul-betul sedap, dan paling best sebab ianya asli!
Mengambil gambar kenangan hotel yang kami singgah menginap sepanjang-panjang di HCMC.
Penyambut tetamu yang agak peramah tiada pada hari terakhir kami (Hue namanya), tapi ambil je la gambar dengan minah sorang ni.
Yang mamat sorang ni, nama David, memang agak peramah. Dia terlalu peramah untuk mempraktikkan bahasa Inggerisnya walaupun agak berterabur dan sukar difahami, tapi kami terhibur dengan lagak beliau!
Inilah aku dengan bagasi kami yang agak sarat! termasuk beg LV yang aku beli untuk letak tambahan barang yang dibeli! hahahaAku betul-betul ingat tiket penerbangan pulang kami ialah jam 7.10pm (ntah mana aku dapat idea tu pun aku tak tau),mujur kami buat keputusan untuk lapangan terbang seawal jam 2pm dari hotel (phew!)kerana rupanya penerbangan pulang kami ialah jam 4.10pm! Di lapangan terbang kami survey harga-harga barang jade yang dijual.... mak ooi! mahalnya!
Kelihatan Cik Dah berposing. Aku memang suka mengambil gambar, dan bereksperimentasi dengan kamera, tapi agak sayang kerana tiada yang boleh mengambil gambar aku disana.. huhuhu.. jadi ambil je lah gambar orang lain..
Kedai menjual gambar cenderamata di lapangan terbang 
Kedai menjual batu-baru permata 
Gelang-gelang jade
Kedai cenderamata lagi
Ini merupakan Mee Segera Vietnam, menarik kan? kerana berbentuk topi yang dipakai kebanyakan wanita vietnam
Ada juga beg yang digilai Cik Dah dijual di sini.
Ini merupakan cenderamata yang kami beli sebelum ini di Pasar Malam. Harga di lapangan terbang ini, berkali kali ganda lebih mahal daripada yang kami beli.
Termasuklah beg yang digilai Cik Dah ini
Dan juga barang cenderamata yang aku beli untuk anak murid catur aku
Cuma yang aku beli ada lebih dari satu zip!
Berposing aja dua orang minah ni.. hahaha
Tempat menunggu
Hehehe... bukan MAS la..
Gambar dalam kapal terbang Air Asia AK883 bersama Teh..
Dan aku dengan wajah gembira sakan...
Mengucapkan selamat tinggal kepada Ho Chi Minh CIty!
Bye-bye
Tempat duduk dua yang tidak diisi oleh dua orang yang sepatut pergi bersama kami, di baring dengan agak selesa oleh mamat ni. Kami agak jeles kerana dibelakang kami ada kanak-kanak yang tidak henti-henti menangis... 
Touch down!
The eagle has landed! 
Kami mendarat di LCCT KL dalam jam 7pm
Dan matahari baru sahaja hendak melabuhkan tirainya untuk hari itu..

1 comment: