Ini gambar sewaktu kami memasuki bot. Oleh kerana kami sampai dalam waktu jam 10 atau 11am di Ben Tre, Mekong cuaca agak panas dan matahari menyinari sebahagian kiri bot tersebut. Ramai pelancong memilih untuk duduk di sebelah kanan, mengakibatkan pemandu bot menjeling semacam. Pemandu arah kami membuat pengumuman "sila penuhkan bahagian kiri bot kerana bot agak senget dan tidak stabil". Hehehe.. agak lucu juga kerana yang memberatkan bot adalah mat saleh -mat saleh yang berbadan agak besar.. Semasa diatas bos kami berkenalan dengan keluarga keturunan India rakyat Malaysia yang membawa sekeluarga bercuti, termasuk dua anak lelaki yang fasih berbahasa Mandarin.
Ini gambar yang aku tangkap sendiri. Dahi berkerut tu kerana kepanasan matahari pada masa tu.
Lelaki dengan mikrofon itulah pemandu arah kami, namanya ialah Thinh. Dia lah yang paling tidak disukai oleh Cik Dah, dan memang Cik Dah membebel kat mamat ni.. hahaha. Si Thinh ini agak pemalas juga sebagai pemandu arah. Beliau akan terus keluar dari bot tanpa menghulur bantuan kepada pelancong seperti kami, dan berjalan agak laju meninggalkan pelancong-pelancong lain dibelakang. Kami tak tau pandangan orang lain bagaimana, tapi nyata kami kurang menggemari mamat ini! Bayangkan aku yang kesakitan kaki terpaksa juga berjalan memecut kelajuan sama seperti dia! (siut tul!)
Sungai Mekong ini memang agak besar. Kawasan yang kami lawati hanyalah Ben Tre (sebahagian daripada Delta Mekong). Ianya mengalir sepanjang-panjang Kemboja sehinggalah ke Vietnam. Air sungai pada waktu pagi adalah air pasang, manakala pada waktu petang air mula surut. Sungai agak bergelora pada waktu ini, dan amat deras sekali. Mengingatkan aku betapa kecilnya sungai pahang...
Antara rumah-rumah yang memproses ternakan ikan sangkar di sini.
Mendung tidak bererti hujan?! Atau berarak mendung kelabu?!
Teh agak pelik kenapa tiada jaket keselamatan untuk kami semasa diatas bot, kerana trip dia ke Pulau Pangkor ada jaket yang mesti dipakai. Tapi disini, jaket disediakan diatas siling bot yang pada pengamatan kami hanya lah sekadar hiasan semata-mata (isk.. isk.. isk.. kalau bot tenggelam ini macamana lah agaknya ye?)
Inilah rupa bot yang kami naiki.
Dapat juga meminta tolong rakan Malaysia berketurunan India untuk mengambil gambar kami bertiga.
Destinasi pertama kami ialah melihat pembuatan bagaimana Madu lebah terhasil. Senang aje rupanya kan?
Dan inilah sarang lebah yang di saring untuk madunya.
Pokok-pokok nipah ini bertaburan merata-rata sepanjang-panjang pesisir sungai Mekong ini. Agaknya inilah cara terbaik untuk menahan hakisan?
Perjalanan di Mekong ini banyak mengimbau kenangan silam semasa kanak-kanak aku. Kerana perjalanan kami saling tak tumpah seperti balik kampung sebelah mak. Pokok-pokok yang ada sama seperti di kampung, dan perjalanan naik sampan atau bot untuk keseberang sungai betul-betul nostalgia...
Ini merupakan cara pembuatan menghasilkan "rice paper" makanan yang agak popular dan tradisi di Vietnam ini. Alat memerah beras ini, mengingatkan aku pada Makcik Lijah - jiran rumah kami semasa di Alor Akar Kuantan yang cukup rajin membuat Laksam. Laksam beliau betul-betul asli dan the best! Aku pernah mencuba alat ini semasa kecil menyaksikan pembuatan Laksamnya. Alat ini agak berat, namun paling efektif!
Dan inilah "rice paper" yang dihasilkan. Rice paper ini dikukus untuk mendapat bentuk bulat, dan kemudian di jemur untuk dikeringkan, selepas itu ianya akan samaada di goreng atau dibakar bagi mendapat hasil yang diingini. Ada pelbagai perisa "rice paper" ini, ada jenis durian, pandan mahupun yang ori.
Inilah produk rice paper yang dijual untuk pelancong. Harga yang ditawarkan ialah RM3-3.50 untuk satu bekas plastik. Rasa yang rangup mengingatkan kami kepada kuih kapit yang terdapat di Malaysia.
Aku tak pasti ini pokok apa.. kalau tidak durian maka pokok manggis lah ni..
Sama juga dengan pokok ini...
Macam kat Malaysia je kan?
Ini pula ialah pokok ciku.
Gerai menjual cenderamata yang dihasilkan menggunakan kelapa (sabut kelapa, tempurung kelapa).
Khusyuk betul membeli?
Kami tidak dapat menjamu selera tengahari kerana makanan yang disediakan tidak halal. Jadi kami mengambil peluang untuk jalan-jalan disekitar dan mengambil gambar. Kalaupun makanan yang disediakan ialah ikan, tetapi anda dinasihat jangan lah mencuba jika yang menjual bukan islam. Kerana minyak yang digunakan untuk memasak ialah dari minyak Babi (uwek!). Di Vietnam ini, masih ramai rakyat yang miskin, jadi babi adalah pilihan makanan yang cukup senang dan mudah didapati.
Pada ketika gambar ini diambil, angin bertiup agak kuat, jadi Cik Dah agak takut-takut untuk bergerak lebih jauh kearah bot..
Wow! Besar betul buah nangka ini! Tidak pernah lagi aku nampak sebanyak ini di dahan yang sama...
Aku rasa la, ini mesti rumah "kecik" ni.. hehehe
Tertanya juga tiada kanak-kanak kah bermain di sungai ini. Tup! tiba-tiba muncul budak-budak ini bermain air di tepi-tepi sungai. Mungkin cuaca agak panas untuk ramai kanak-kanak bermain.
Banyak bot-bot disini di cat dengan gambar mata. Mengikut dongeng tempatan, mata dilukis unutk menakutkan buaya di sungai ini. Hmm.. siapa yang bijak sekarang ini, buaya kah atau manusia? (hahaha)
Antara bot-bot yang melabuh tirai di tengah sungai Mekong.
Ada dikalangan penduduk tempatan mengambil kesempatan air pasang untuk memasang pukat mengelilingi kayu yang dipancang ke dasar sungai bagi memerangkap ikan. Hasil akan dikutip apabila air surut. Agak susah payah dan memenatkan cara mereka mencari rezeki...
Pemandangan di sepanjang laluan susur kecil sungai Ben Tre Mekong ini, menuju ke destinasi kami yang seterusnya.
Pada pokok nipah ini, ada sejenis buah yang besar berbentuk seperti buah nona dan berwarna coklat gelap terhasil. Menurut kata Cik Dah, rasanya buah tersebut agak sedap juga.
Di ladang madu, kami dihidangkan dengan teh bercampur madu dengan perahan limau buatan tempatan.
Kecil je cawannya..
Eh! orang vietnam mana pulak ni?
Masa ini kami menaiki kereta kuda padi, jadi keadaan memang tidak stabil... (hahaha sampai senget-senget topi tu aku pakai)
Posing maut la ni.. hahaha
Inilah kereta kuda padi yang kami naiki.
Dan dipandu oleh wanita Vietnam. Kami diberitahu, mereka yang miskin ini dibantu oleh kerajaan melalui usaha pelancongan bagi mencari rezeki.
Sepanjang perjalanan kami selepas menaiki kereta kuda padi, kami melalui batu-bata ini.
"selamat datang ke sungai mekong" hehehe.. ye kot! hahaha Aku tak paham apa yang ditulis ini.. hentam sahaja lah..
Di dusun buah-buahan ini, inilah yang disaji kepada kami..
Dan sambil menjamu selera kami dihidangkan dengan lagu-lagu rakyat bahasa vietnam bersama alat-alat musik tradisional yang agak unik.
Kelihatan penyanyi menyanyikan lagu, pada aku bunyi musik lebih kepada opera cina...
Setelah selesai, kami dibawa menaiki sampai sebelum menuju ke bot untuk membawa kami pulang. Hanya 4 orang sahaja dibenarkan menaiki sampan ini dalam satu-satu masa.
Gambar ketika sampan sedang didayungkan... dan bersama-sama kami ialah mat saleh dari perancis yang betul-betul ceria sepanjang diatas sampan.
Hehehe.. ada juga gambar aku ye..
Ini hasil courtesy mamat perancis ni.. pandai juga dia snap!
Dan siapa sangka tulang 4 kerat wanita inilah yang mendayung sampan, sesekali terdengar bunyi keluhan kepenatan mendayung.. "haih.."
Gambar pemandangan sepanjang kami menyusuri sungai kecil ini..
Kerana kesiankan wanita vietnam ini, mat saleh tersebut tolong mendayung, dan Cik Dah pun turut sama terpaksa.. hehehe.. tak apa CIk Dah.. buat amal jariah tu.. Sekali sekala aku pun turut sama mendayung.. ambil feel.. pengalaman mendayung kali pertama. Ye lah.. masa balik kampung bukan aku pun yang mendayung.. sebab aku masih lagi budak-budak masa tu.. hehehe (pada ketika ini, Teh sudah pun "keras" diatas sampan ini, fobia tenggelam nih)
Inilah bentuk pukat untuk memerangkap ikan, yang hanya akan diperiksa bila air surut.
Berjaya juga kami mendayung dan mengejar sampan didepan kami.. hehehe.. Go Go Go..!!
Penat ye.. hehehe!
Si Thinh ni membuat demo bagaimana memisahkan kelapa dari sabutnya. Menggunakan cagak seperti ini mengingatkan aku semasa zaman kanak-kanak aku melihat abang Long aku pernah menggunakannya.. teringat mak aku pernah menjerit serun dengan mata pisau yang tajam digunakan.
Proses pembuatan gula-gula kelapa. Teh membeli untuk dibawa pulang kerana ia datang dalam berbagai perisa, tetapi, aku dan cik Dah tidak la.. kerana aku agak geli dengan proses yang hanya menggunakan tangan semata-mata (tiada sarung tangan digunakan). Sorry Teh, tapi itulah yang kami rasa..
Disini juga terdapat minyak kelapa dara. Mengikut kata warga malaysia keturunan india ini, bau minyak ini sahaja sudah menunjukkan keasliannya! Harga nya agak murah juga dalam RM10.50-12.00. Berbaloi kata Cik Dah!
Sebelum kami menaiki bas untuk pulang, ada juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan ular sawa ini. Aku teringin bergambar, tapi apakan daya, siapalah yang sudi untuk mengambil gambar ku ini.. huhuhu.. namun aku sempat merasa kulit ular sawa.. aku bayangkan kulitnya mesti melekit rupanya tidak.. memang sesuai la kalau ada yang buat beg atau kasut..
Ini merupakan kubur orang Vietnam. Seperti mana badan orang VIetnam yang agak kecil, maka kuburnya pun agak kecil juga, tetapi yang membezakan antara kubur Vietnam dan kubur orang cina ialah, pada kubur vietnam ini ada bumbung pula sebagai teduhan agaknya.
Reka bentuk binaan bangunan dan rumah-rumah orang-orang vietnam cukup berbeza. Kalau di Malaysia kita gah dengan rumah-rumah besar, sebesar kawasan yang ada.. tetapi di Vietnam, rumah-rumah atau bangunan-bangunan akan dibina secara kurus meninggi tidak kira lah sekira ada kawasan sebesar padang bola pun! Aku tak paham kenapa... agaknya rakyat Vietnam sudah biasa dengan tempat-tempat sempit, jadi untuk menghuni bangunan kecil sebegini bukanlah masalah bagi mereka. Tapi bagi aku.. mau sesak nafas kalau KMC ni sekurus ini.. hahaha
Ini merupakan pejabat Tour Agensi yang kami gunakan sepanjang berjalan-jalan di HCMC. Nama agensi ini ialah The Sinh Tourist. Harga tour yang kami bayar agak mahal sedikit berbanding dengan tour yang lain, tapi untuk orang baru seperti kami, melihat kepada bangunan yang agak gah ini, kami fikir, kami agak selamat sepanjang tour. Namun jika sekiranya anda ingin mencuba tour ini, carilah tour yang lain. Jurupandu arah yang disediakan oleh tour agensi ini, memberi layanan double standard kepada kami dari asia tenggara, namun layanan bermutu diberikan kepada mat mat saleh! Dan lagi satu, aku amat sukar memahami apa yang dipertuturkan kerana slanga vietnam cukup pekat dalam bahasa inggeris mereka!
Gambar ini aku ambil dari sebuah kedai aku menempah blazer. Blazer yang mengambil masa dua hari untuk disiapkan ini memang memuaskan hati aku. Walaupun agak was-was pada mulanya, tetapi kini aku yakin untuk menempah lebih dari satu jika aku berkunjung lagi ke sana! Harga pun berpatutan mengikut kualiti kain. Kalau disini blazer yang aku beli berharga RM180, di HCMC aku boleh mendapat dengan harga RM100!
Gambar ini aku ambil dari sebuah kedai aku menempah blazer. Blazer yang mengambil masa dua hari untuk disiapkan ini memang memuaskan hati aku. Walaupun agak was-was pada mulanya, tetapi kini aku yakin untuk menempah lebih dari satu jika aku berkunjung lagi ke sana! Harga pun berpatutan mengikut kualiti kain. Kalau disini blazer yang aku beli berharga RM180, di HCMC aku boleh mendapat dengan harga RM100!
Aku dah lama teringin mengambil gambar wayar-wayar letrik yang berselirat ini. Perggh!! dasyat bukan?! Boleh buat tenun kain ni..!
Fuyoo!! gerun aku menengoknya... seolah-olah kalau tidak bernasib baik boleh kena kejutan letrik ni!
Ini pula pemandangan trafik di HCMC. Ada beberapa tempat je yang ada lampu isyarat yang mesti dipatuhi. Tetapi dijalan-jalan biasa yang lain, kenderaan bersimpang siur ikut suka hati je!. Di Vietnam had laju yang mesti dipatuhi mestilah tidak melebih 80kmsj!
Pergh!! kebal betul penunggang motosikal di HCMC ni! suka-suka hati je bawa motor. Buat U-Turn lah, membelok tanpa bagi signal lah. Yang mengagumkan tu, tiada satu pun kemalangan yang aku saksikan depan mata! betul-betul cekap pemandu disini. Tetapi bunyi hon memang akan selalu kedengaran. Kalau di Malaysia tu bunyi hon adalah ibarat "woi! tak reti bawak ke! tepi la oooiii!!!" macam tulah lebih kurang. Tetapi di HCMC, bunyi hon adalah ibarat "tumpang lalu encik, tumpang lalu"
Setelah penat berjalan di Delta Mekong, dan singgah mengambil baju blazer aku. Kami menaiki teksi untuk pulang ke Hotel. Aku terus ke hotel, manakala Teh dan Cik Dah ke pasar Ben Thanh menghantar baju Teh untuk dibaiki...Pada sebelah malamnya kami bersukaria tawar menawar harga di pasar malam pula... hehehe
No comments:
Post a Comment