Pastinya ramai yang ingin ke HCMC selepas ini setelah cerita aku ke HCMC ini disiarkan.. hehehe. Oklah, aku senaraikan kos-kos asas untuk kesana, semasa disana dan perjalanan pulang dari sana. Kos-kos untuk membeli belah tu, terpulanglah kepada individu masing-masing..hehehe.
1. Pasport = RM100 (aku ambil yang paling minimum)
2. Tiket bas Kuantan-KL, dan KL - Kuantan = RM 44 (aku naik bas je, kalau naik kereta tu kos lain la pula)
3. Tiket LRT = RM1.90
4. Tiket ERL & Shuttle bas = RM10.90
5. Makan di Marrybrown = RM 12.00
6. Teksi ke Hotel Pink Saigon = RM 24 - 25 (US$8)
7. Makan di VN Halal Restoran = RM 13
8. Trip City Tour = RM 22.50 - 24 (US$7.50)
9. Makan di VN Halal Restoran = RM 15
10. Air mineral = RM2.25
11. Trip Chu Chi Tunnel = RM 15 - 16 (US$5)
12. Teksi untuk makan di restoran halal lain = RM3
13. Makan di Ridwane Restoran = RM30
14. Trip Mekong Delta = RM 33 - 34 (US$11)
15. Teksi dari The Sinh Tourist ke Hotel = RM 3
16. Makan malam pesan dari Zaidah = RM 9
17. Makan tengahari = RM 9
18. Makanan sewaktu di airport = RM 6.75
19. Buah Ciku untuk dibawa pulang = RM 6.75
20. Teksi ke tempat borong batu permata = RM 4.20
21. Teksi ke tempat borong baju = RM 1
22. Teksi pulang ke hotel = RM 8
23. Minum jus pisang, jus ciku, jus avocado = RM 12
24. Teksi ke Lapangan Terbang = RM 8
25. Makan di Marrybrown LCCT = RM 10
26. Teksi ke Bukit Jalil = RM 33.90
27. Tiket Air Asia = RM 162.90 (semasa promosi)
28. Tambahan berat barang-barang = RM 17
29. Hotel Pink Saigon 2 = RM 115
30. Kos pindah hotel = RM 20
Jumlah keseluruhan = RM 703.90
Untuk pengetahuan, belanja yang dikemukakan ialah untuk aku seorang sahaja, tetapi kami pergi bertiga. Kira memang jimat kalau beramai-ramai. Dan perbelanjaan ini adalah tidak termasuk membeli belah disana. Kalau ada rancangan hendak membeli belah, bawalah minimum RM 3000 atau US$500. Dan belilah berat kilo yang lebih dari 30kg untuk tiket Air Asia. Tetapi kalau sekadar nak berjalan-jalan macam aku, kurang dari RM1000 pun dah memadai.
Jika dihitung amat kurang aku makan disana, ini kerana aku sudahpun membawa bekal dari Kuantan. Mee segera, biskut dan coklat memang membantu menghilangkan lapar aku. Air pula, memang aku ada bawa air dalam beg, dan ada air yang didapati percuma sewaktu mengikuti Trip. Mujur aku bukan jenis mesti makan nasi, dah biasa sewaktu travel chess zaman-zaman remaja aku memang tidak memilih pasal makan, janji kenyang cukup la. Sebab itu, makan pagi dengan mee segera aku tak ada masalah, dan semasa perjalanan trip aku mengalas perut dengan biskut dan sekali sekala makan coklat buat tambah tenaga.
Jika anda selama ini seperti aku yang kepingin untuk mengembara seperti ini, buat lah macam apa yang kami buat, kami membeli tiket promosi sejak tahun lepas lagi (bulan mei), untuk trip tahun ini. Ada antara kami menggunakan duit kutu untuk melancong, aku pula menggunakan duit hasil kerja keras aku menjadi jurulatih dan arbiter catur. Aku ada masa tak sampai setahun untuk mengumpul duit untuk trip ini. Dan pada aku, memang berbaloi-baloi!! hehehe (rasa macam nak pergi lagi!)
No comments:
Post a Comment