Ibarat novel siri Laksamana Sunan "mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah" Perjalanan ini harus ku teruskan selagi hayat dikandung badan..
Thursday, March 31, 2011
Pendapat aku tentang Hikayat Merong Mahawangsa
Isnin - 28/3/2011. Penat tu memang la penat badan, sebab kerja tidak henti-henti lepas balik daripada KL, tapi entah la kenapa, setelah timbang tara (kebetulan memang free daripada sebarang aktiviti), aku nekad ke Berjaya Megamall Kuantan membeli tiket wayang di GSC. Sebab dah niat nak tengok wayang, maka aku memilih jam 8pm menonton "Hikayat Merong Mahawangsa". Yelah, kalau bukan orang macam aku, siapa lagi yang akan menyokong industri filem melayu (chewah!!). Lagipun takkan aku nak ketinggalan menonton cerita yang dikatakan hebat karangan Yusry ini yang menelan belanja berjuta-juta RM (kalau ada sumbangan kat pembangunan catur Malaysia, best juga kan hehehe) ................................................................................................................................................................. Dalam panggung no. 4 ini, aku lah orang yang pertama masuk kedalam. Ingatkan aku lah satu-satunya penonton. Rupanya ada lagi sebaik cerita telah 5 minit bermula. Penonton tidaklah seramai mana. Agaknya ramai telah berpusu-pusu semasa cerita ini mula-mula ditayangkan (agaknya lah). Aku je yang baru nak tengok hari tu.. Permulaan cerita memang memukau. "Canggih!" tu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku. Teknik intro mengingatkan aku pada cerita-cerita epik orang putih. Tapi, alahai.. sayang betul lah, suara intro tak sesuai lah (terlalu leweh je bunyinya). Aku rasa lebih sesuai kalau suara itu kedengaran dengan lebih karismatik, hmm.. macam suara siapa ye di Malaysia ini. Ha.. suara Ahmad Tamimi Siregar ke, atau suara Abdullah Omar ke.. Maaf ye kepada yang empunya suara. Aku tiada niat lain, teguran aku kepada pemilik HMM ini ialah supaya lepas ini cerita yang dihasilkan akan bertambah baik. ................................................................................................................................................................... Tidak sampai sepuluh minit aku dah mula terasa mengantuk. Menguap aku. Memang tak boleh nak tahan-tahan dah. Dalam kepala aku, "boringnya!". Mahunya tidak! Dialog yang diucapkan memang tak kena. Minta maaf ye, aku ulangi lagi, apa yang aku tulis adalah dengan hasrat supaya filem-filem yang lebih baik akan dihasilkan kelak. Dan lagipun, apa yang bakal aku tulis adalah cetusan hati nurani aku ketika itu. Ok, aku imbas kembali. Mula-mula adegan konon-kononnya di Goa. Putera raja Roman ni dan krew-krew berlabuh di Goa. Masa kat Goa ini mereka meminta tolong orang kat sana (lakonan Mano Maniam) untuk memandu arah ke Langkasuka (tempat pertemuan untuk berkahwin dengan Puteri dari China). Tutur kata si Marcus dan Lycius pada aku kenalah dalam inggeris klasik, bukan moden, nama pun cerita epik. Aku tak adalah bermaksud pertuturan dalam slanga Roman pula kan, sedangkan cerita Gladiator pun mempertuturkan bahasa Inggeris. ................................................................................................................................................................... Hero - si Merong ni, yang seawal cerita di gambarkan seperti seorang "playboy" (macam tak kena je?)membuat aku tertanya-tanya, cerita asal hikayat memang Merong digambarkan sebegini ke? Aku bukanlah pembaca buku HMM ni, tetapi sebagai seorang yang suka tengok filem, aku nak lah hero digambarkan sebagai seorang yang macho, penuh karisma, dan sebagai seorang yang dipaparkan Melayu, alangkah molek kalau tingkah dan laku disusun kemas dan teratur tetapi setia dan berani. Si Merong yang kononnya telah mencemar nama baik puteri raja India ini, dikehendaki berlawan secara kalah mati dengan abang si Puteri.Tetapi seperti yang dijangka, biasalah hero menang. Cuma hero taklah hebat sangat. Nak menang pun kira "sakit" juga lah. ................................................................................................................................................................ Tetapi siapa pula Mano Maniam ni? Orang besar di Goa ke? dia pula memandai-mandai "menjodohkan" Merong untuk membawa putera roman ini ke Langkasuka. Jika Merong enggan, dia akan memanggil orang-orang Goa untuk menangkap Merong. Tetapi, yang tak bestnya. Sebaik sahaja si Merong ni buka mulut, aku macam "oh please!! find me other actor!". Aku rasa Stephen ni tak pandai kot berlakon. Sebab tiada penghayatan kepada setiap sebutan perkataan yang diluahkan. Itu bahasa inggeris, jadi kengkawan, bayangkan bila dia bertutur dalam bahasa melayu. Kalau ye pun tak paham bahasa melayu stephen, tolonglah menjiwai watak sikit. Buat-buatle paham kau cakap apa. .............................................................................................................................................................. Masa atas kapal, si Merong ni berpantun la pulak.. "Sampai masa tibanya waktu, Redup hati kamu berdua Bila dua jasad bersatu Hidup mati jadi bersama" Fuh! memang sedap pantun ni aku tak nafikan. Terasa syahdu jugak la. Aku dok bayang mak si Merong ni mesti seorang ibu mithali, prihatin, yang banyak membentuk karekter si Merong. Seolah-olah Merong ni membesar dengan panduan yang dilatih oleh ibunya. Dan bila pantun ini didengarkan, aku membayangkan mesti akan ada cerita-cerita cinta antara Merong dan heroin (hmm siapalah agaknya). Kengkawan tak rasa macam tu ke? ................................................................................................................................................................. Borak-borak atas kapal antara Merong dan Marcus, pasal Marcus kalau boleh tak nak kawin lagi bla bla bla dan adegan-adegan berlawan, kira oklah juga. Cuma bab yang si Merong ni ada bawa macam botol / bekas di lilitan pinggang, membuat aku tertunggu-tunggu juga, apa agaknya benda itu? Cerita HMM ni ada magic juga ke? Masa melalui kawasan yang dikatakan "worst than pirates" tu aku tak paham. Kawasan apa tu? Kawasan si Geruda ke? Sebab adegan tu berhenti setakat itu sahaja. Tiada penerangan tentangnya (elok juga kalau macam cerita pirates of the carribean tu ada penceritaan pasal lanun kapal Black Pearl, then lepas tu ada budak lelaki hanyut atas papan dan diselamatkan oleh budak perempuan tu). ............................................................................................................................................................... Sampai di Langkasuka, mereka ini disambut oleh Laksamana china ni. Aku rasa la, zaman-zaman dulu, cuma beberapa kerat je orang China yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Tetapi, rombongan China ni, macam semua boleh bertutur dalam bahasa inggeris je. Si Laksamana ini, kalau nak cakap inggeris dengan Marcus ke dengan Merong ke, ok lah, aku boleh terima. Ni sampai nak bagi arahan kat orang sendiri pun cakap inggeris, amboih! Dah la tu, fasih yang amat pulak tu! Kalau nak buat adegan sesama sendiri bercakap inggeris aku boleh terima lagi, macam cerita The First Olimpik pasal orang greek tu masa sesama dia bertutur dalam bahasa inggeris, dan bila jumpa atlit-atlit america buat la muka tak paham bahasa inggeris. Rupa-rupanya, yang dia cakap sesama dia tu konon-kononnya cakap greek la tu. Tapi diceritakan cakap bahasa inggeris untuk kita penonton paham dialog itu. Pasal adegan cakap Mandarin tu. Tolong la, kalau Merong cakap ada pelat tu, ok la. Tetapi Laksamana tu pun ada pelat juga, dah macam mana? ............................................................................................................................................................... Pasal adegan Marcus bertemu Meng Li Hua tu, yang ni aku puji Yusry. Adegan ni kena. Kalau dua-dua ni jatuh hati pun aku paham la kenapa. Sebab sebagai penonton aku boleh rasa chemistry bila dua-dua mempunyai minat yang sama untuk meneroka dunia dan tak nak terikat kepada kehidupan istana jika berkahwin. ...................................................................................................................................................................... Cuma masa adegan berlawan tentera Geruda dan orang-orang china beserta Merong, agak kurang menarik. Hero nampak tak "fit" untuk adegan berlawan (bagi aku Jehan Miskin, walaupun tiada dialong, tetapi dia berlawan lagi kemas daripada Merong. Dia lagi "fit"untuk jadi Hero!) Boring tul bila dapat hero yang menjadi lagenda epik tapi lembik! Oklah, puteri china kena culik dek gerombolan Geruda. (macam kes lanun somalia pula yang menculik tahanan dan kapal Malaysia untuk minta wang tebusan). ............................................................................................................................................................... Masa watak Kesum ni muncul, aku tidaklah tergelak macam penonton yang lain. Cuma aku agak terkejut, kenapa nak dibuat watak Kesum merupa Gandalf the Gray? Dah le rambut palsu tu nampak keras macam penyapu je. Aku tak nampak di mana kekuatan watak ini, adakah hanya sekadar tempelan sebab menyelamatkan Merong? memang ada disebut firasat tentang Merong, tetapi dialog ini kurang jelas, tiada penerangan. Tak silap aku lah, Taji dan Kamawas ada menyebut perihal tempoh 2 purnama untuk China membayar wang tebusan. 2 purnama tu kira dua bulan lah kan? Kira magik la ni sebab Merong sembuh dalam beberapa hari sahaja. Dan kira hebat juga lah si Merong ni sebab berguru dalam tempoh sekejap sahaja sudah boleh mencabar (walaupun tiada adegan cabar-mencabar, paham-paham je lah sendiri) ketua suku-suku yang lain untuk bertarung dan kemudian menjadi raja membentuk kerajaan Langkasuka. Aku tak berapa suka adegan yang lompat sana lompat sini ni. ................................................................................................................................................................ Laksamana china datang ke Langkasuka, jumpa dengan Merong. Ajak Merong ke Geruda untuk selamatkan Puteri. Merong setuju dan bawa pahlawan terbaik Langkasuka untuk turut sekali. Turut sama dalam misi ini ialah Marcus (pun sembuh sekejap je selepas kena tikam dengan parang atas kapal oleh Kamawas). Dalam misi ke Geruda ini, Merong pun membuka botol / bekas yang dia selalu bawa tu. Hahaha.. rupanya, untuk buat magik cermin bagi silau pada lanun Geruda. Kalau setakat magik cermin ni, tak payah lah sampai simpan dalam botol, takkan dalam kepala tak boleh ingat kot! Walaupun myth buster kata mustahil untuk buat reflection macam tu, tetapi aku puji idea KRU ini, untuk dia fikir cara menang lawan dengan lanun Geruda yang lebih ramai, memang betullah Yusry KRU ini penuh dengan idea-idea untuk buat filem!. ........................................................................................................................................................... Aku simpati betul lah dengan orang-orang Geruda ni, betul-betul kurus, kedi, kalau ada yang gemuk, buncit pula tu. Tetapi aku rasa, kalau nak cari pelakon tambahan seramai ini, dan buat kat Malaysia pula tu, mana nak cari yang ada kualiti rupa macam lanun. Dengan yang ada ni pun dapat di buat cerita HMM. Dalam banyak-banyak pelakon, aku rasa orang yang tepat KRU ambil ialah si Khir Rahman tu. Aku betul-betul puji lah. Dia memang pandai berlakon. Macam Saleh Kamil pun ada. Walaupun watak puteri china tu kaku semacam je, tetapi ada Kamawas memang menjadilah jahat dia tu.. hahaha...Masa di Geruda, walaupun Kamawas sudah tidak kebal lagi, tetapi memang hebat lah. Semua kalah lawan dengan dia. Bagilah Laksamana tu ke, si Marcus ke. Aku dah agak, mesti nak juga si Merong berlawan. Merong pun "sakit" juga berlawan dengan Kamawas. Tapi aku nak tergelak juga lah bila dia menyebut dengan agak angkuh terhadap Kamawas, yang buat Kamawas berkata, "takutnya aku". Mana aku tak tergelak, macam cerita hindustan la pulak!. Lawan pun tak seberapa nak bagi warning kat orang! Tapi seperti biasa, hero lah menang. .............................................................................................................................................................. Dalam adegan hero dan Taji (Taji berada dibelakang Merong mengacu untuk membunuh Merong jika China dan Roman mara kedepan). Merong yang cedera ditikam parang pada masa itu, nekad membenam parang untuk tujuan mematikan musuh Taji. Macam cerita Hero (Cerita lakonan Jet Li yang mengambil latar konspirasi untuk membunuh maharaja Qin) pula, ala adegan Maggie Cheung dan Tony Leung tu lah. Cuma part yang buat aku konpius ialah, ada bait-bait pantun yang sering diutarakan oleh Merong (yang mak dia bagi tu lah). Pantun tu bukan untuk cintan-cintun ke? Tetiba pula pantun ni mak Merong bagi untuk suruh bunuh diri sekali dengan musuh? pening-pening. Akhirnya Merong mati macam tu je? Apa yang lagendanya kalau macam tu? Alahai... ..................................................................................................................................................................... Untuk orang yang selektif macam aku ni, aku tetap akan tonton lagi filem-filem KRU sebab aku tau Yusry akan bagi aku cerita-cerita yang lain daripada pengarah Malaysia yang lain. Dan aku menyokong industri filem Malaysia untuk lebih berkembang setanding dengan dunia luar (sebab tu lah aku beli juga tiket wayang walau sesibuk manapun aku). Tetapi, lain kali buat lah lebih baik lagi, bagi orang macam aku ni teruja daripada awal sampai akhir. ..................................................................................................................................................................... Kepada Kengkawan yang belum tonton HMM ni, pergilah tonton, dan saksikanlah sendiri HMM. Kalau nak tengok teknik CGI yang lebih canggih daripada filem Malaysia yang lain, HMM lah yang sesuai. Kepada yang tak puas hati dengan komen aku tu, pergilah tengok dan bagi lah komen korang pulak kat blog korang (hehehe).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment