Pada hari kedua kami di HCMC, Teh dan Cik Dah bersetuju mengikut kemahuan aku yang dah lama ingin ke Chu Chi Tunnel ini. Aku memang tidak sabar-sabar untuk mengetahui bagaimanalah agaknya tunnel ini, sehingga askar Amerika gagal dalam misi di Vietnam. Tertanya-tanya juga bagaimana dalam serba kedaifan tentera Vietnam begitu cekal mempertahankan bumi tercinta... Semuanya terjawab dalam pengembaraan ke Chu Chi Tunnel.
Kami mengambil khidmat tour agency yang sama iaitu "The Sinh Tourist". Kami menunggu seawal pagi jam 7.30am supaya tidak ketinggalan kali ini. Namun van yang mengambil kami terlambat 15 minit. Yang buat kami bengkek tu sebab masa kami lambat kami kena tinggal, tetapi bila mereka lambat ucapan Sorry sahaja yang diucapkan, dan kami perlu menunjukkan tiket yang dibeli sebelum menaiki van tersebut. Sebaik van berhenti di hotel yang lain untuk mengambil penumpang yang lain - mat saleh, tiada pula permintaan yang orang mat saleh itu perlu menunjukkan tiket! Betul-betul double standard!
Perjalanan ke Chu Chi Tunnel mengambil masa selama dua jam menaiki bas. Kami menoleh ke kiri dan ke kanan tiada seorang pun pelancong yang ikut trip ke Chu Chi ini rakyat Malaysia! Pemandu arah kami ialah lelaki bernama "Ha". Kos untuk trip ini adalah US$5 dan VND 45,000 (dalam RM 6.75) seorang untuk bayaran masuk ke Chu Chi Tunnel.
Sebelum sampai ke Chu Chi Tunnel ni, kami melalui kawasan sawah padi yang subur menghijau..

Sampai sahaja di pintu masuk, kami terkejut dengan buah nangka yang merimbun di dahan-dahan pokok!
Inilah laluan ke Chu Chi Tunnel.. Nampak cantik je ye? itulah juga first impression kami pada ketika itu sehinggalah kami sampai diakhir laluan ini.. (jeng jeng jeng)
Apa ni? kelihatan seperti suatu ruang penyimpanan?
Rupa-rupanya inilah ruang terowong yang digunakan oleh askar Vietcong menentang askar Amerika.. Tengok tu! betul-betul kecil dan sempit. Agaknya kalau saiz badan aku dan Teh ni memang gagal daftar jadi askar nih! Laluan keluar terowong ini dibina berdekatan dengan pokok, ini bagi menghindari lubang terowong ini runtuh dilanggar oleh kereta kebal askar Amerika... Bijak bijak!
Aku mencuba untuk masuk ke dalam terowong ini, tapi.. hmm.. setakat ni je lah.. bimbang pulak tak lepas nak keluar dek kerana berat badan yang agak "sihat" ini.. hehehe Ini merupakan perangkap maut untuk menangkap binatang buruan makanan askar Vietcong dan juga sebagai lubang perangkap maut askar Amerika.. Bijak bijak!
Ini juga merupakan laluan keluar askar Vietcong.
Terpesona semua pelancong-pelancong ini. Untuk pengetahuan trip ke Chu Chi pada hari tersebut, bukan sahaja oleh tour agensi kami, tetapi banyak lagi agensi lain yang membawa pelancong ke sana..
Cik Dah pun tertarik dengan lubang terowong ini.. Elok sikit Cik Dah, jatuh kang tak dapat den nak nolong!
Kami berjalan kaki lagi menuju ke terowong lain pula yang dibina. Pembinaan terowong ini mengambil masa selama 25 tahun. Dan untuk menyudahkannya menyebabkan kematian beribu nyawa tentera. Kagum betul aku dengan kesungguhan arkitek pembinaan terowong ini. Terowong ini sepertimana tembok besar China, mempunyai laluan yang amat panjang, dan tidak semuanya diterokai mahupun oleh orang tempatan sendiri! Namun laluan tarikan pelancongan adalah di Chu Chi Tunnel.
Lagi lubang laluan terowong.
Teh pun turut sama terpesona. Apa taknya jika yang digali merupakan laluan air, terowong terpaksa digali semula. Berbaloi juga ye, berpenat lelah demi negara tercinta, dan hari ini mereka berdiri megah menceritakan kejayaan menumpaskan tentera Amerika yang datang menyibuk di bumi mereka ini!
Ini merupakan patung-patung askar Vietcong.
Perhatikan selipar yang dipakai oleh askar Vietcong ini. Ianya dibuat daripada tayar-tayar kenderaan! Bijak bijak. Sampai keperluan pemakaian kaki pun diambil kira juga untuk peperangan.
Asyik tengok terowong je, jom kita masuk terowong. Ada papan tanda amaran sebelum memasuki terowong, contoh, jika ada penyakit sesak nafas, atau sakit jantung, atau klaustrofobia, jangan lah masuk kedalam terowong ini. Pada pintu yang mula-mula kelihatan ramai yang berpusu-pusu untuk memasuki terowong ini (pada mula-mula la)
Perhatikan selipar yang dipakai oleh askar Vietcong ini. Ianya dibuat daripada tayar-tayar kenderaan! Bijak bijak. Sampai keperluan pemakaian kaki pun diambil kira juga untuk peperangan.
Ini merupakan lubang udara. Bijak bukan? bagaimana mereka hidup dalam terowong sempit ini, rupanya ada dibina lubang udara yang seakan-akan busut semut untuk mengelirukan askar Amerika.
Kami mencuba juga untuk memasuki terowong sempit ini. Tapi kemudian aku dengan berat hati mengalah tak sampai beberapa minit..huhuhu. Memang sedih sebab aku teringin nak mencuba, tetapi apakan daya. Dengan keadaan dalam terowong yang panas, sempit (berjalan seperti itik), gelap, aku terasa sesak sedaya upaya mencari udara untuk bernafas. Lantas aku memberitau kepada Teh dan Cik Dah yang berada dibelakang untuk berundur. Agak kesian juga, kerana bila seorang berundur orang lain yang dibelakang-belakang pun turut sama mesti berundur. Sebenarnya laluan yang boleh dimasuki pelancong ini tidaklah sepanjang masa, cuma memakan masa selama 5 minit sahaja perjalanan didalam terowong.. (huhuhu.. sedihnya!)
Agaknya di sepanjang laluan jalan ini juga ada laluan terowong, siapa tahu?
Kereta kebal tentera Amerika yang tersadai di Chu Chi Tunnel akibat di letupkan oleh askar Vietcong.
Asyik gambar Cik Dah dan Teh je ni.. mana gambar aku.. huhuhu
Ini merupakan senjata berasaskan alam sekitar untuk menumpaskan askar Amerika. Alam semulajadi banyak membantu.
Ini lagi salah satu perangkap. Besi tajam untuk setiap perangkap ini adalah dihasilkan dari bahan kitar semula bom askar Amerika. Bijak bijak!
Orang yang buat demo perangkap-perangkap maut ini adalah merupakan jurupandu arah rakyat jepun, khusus untuk tour rakyat jepun. Kami yang tak paham bahasa jepun ini pun boleh terpesona dengan penerangan orang jepun ini, sebab beliau begitu sungguh-sungguh bercerita dengan menunjukkan aksi sekali!
Kami berjalan ke terowong dimana senjata askar vietcong dihasilkan.. jom!
Yang ditunjukkan oleh orang vietnam ini adalah periuk api. Dalam periuk api itu diletakkan sepohon pokok bagi tujuan mengelirukan askar Amerika.
Ini pula adalah patung askar vietcong sedang mengkitar semula bom Amerika. Tugas yang berisiko tinggi ini (bom yang dikerat ini boleh meletup) dilakukan dengan penuh dedikasi. Sepanjang mereka mengerat bom ni, air di alirkan bagi mengelakkan bom ini panas seterusnya meletup. Fuh! bahaya tu! Bom yang di kitar semula ini, dihasilkan pula bom-bom yang lebih kecil dan dibuat juga periuk api untuk serangan terhadap askar Amerika.
Dan seperti biasa, dimana-mana terowong akan ada sambungan ke terowong yang lain..
Setelah selesai di Terowong, kami berehat sebentar di Lapang Sasar menembak ini. Nak menembak? jom!
Inilah tempat lapang sasar tersebut. Hajat nak ambik gambar lagi dekat, tetapi tak tahan dengan dentuman bunyi senapang yang cukup kuat dan berdesing di telinga aku!
Cenderamata yang dijual
Kami kemudian dijamu dengan makanan ruji askar Vietcong semasa perang. Iaitu ubi kayu yang dicicah dengan garam bercampur kacang dan sedikit cili. Ubi ini dimasak untuk makanan askar, dan dimasak juga dibawah tanah. Untuk mengelak asap masakan dikesan oleh askar Amerika, Vietcong dengan bijaknya membuat laluan asap yang bergerak jauh dari dapur memasak! Canggih!
Gambar kenangan sebelum berangkat pulang..

No comments:
Post a Comment