Tuesday, July 2, 2013

Menyahut Cabaran 2

Aku tak paham novel melayu, cerita movie or drama melayu. Rasanya dah bosan tahap "gaban" dah ni. Jadi aku ambik keputusan untuk menyahut cabaran no 2 iaitu dengan Menulis Novel aku sendiri.. hahaha.. amacam?

Ni apahal nak menulis ni? Sebab aku dah naik muntah nak baca novel melayu atau tengok drama tv yang adaptasi daripada novel kononnya tu.. huhu.. bukan muntah sebab tak sedap ke apa ke.. muntah sebab AKU TAK PAHAM sebenarnya..

Ok la, minta maaf le kepada pelakon-pelakon, krew-krew sampailah kepada pengarah ke produser ke, juga minta maaf la kepada novelis-novelis kat luar sana. Bukan la nak kata kerja korang tak bagus. Kalau dah best seller tu, dah box office tu maknanya ramai la yang suka. Cuma aku je antara yang tak suka kot. Jangan la nak salahkan aku lak, takkan aku tak ada hak kot nak luah yang aku tak paham..

Daripada novel ke novel yang aku baca, daripada drama ke filem melayu aku tengok, plot konflik ke sama je. Business mestilah projek sana sini. Kalau tak syarikat gilang gemilang tak sah la untuk letak dalam novel. Kereta dalam cerita jangan cakap la, mesti besar bagak. Anjung parking je dah lebih besar daripada rumah aku dah.. Kalau tak dato ke datin ke tan sri ke puan sri ke memang tak sah la. kalau tak bling bling or Kaching tu tak sah la nak buat cerita... TAK PAHAM AKU...

Hero lak handsome nya digambarkan macam tahap dewa la! kalau heroin tu tak jelita tak sah la. Kalau tak berebut hero, berebut heroin lak. Pusing sana pusing sini, pi mai pi mai tang tu jugak! kalau ada watak miskin, life dok umah kat KL cam tak logic je.. aku yang pernah bekerja dan duduk KL pun macam naik semput nak bayar sewa rumah flat, depa leh je buat cerita watak duduk rumah sewa, seorang lak tu, sebilik lak tu... fullamak! apa ke miskinnya.... kalau miskin bercinta dengan si kaya, konflik mestilah parents tak suka. Kalau tak sebab ada orang ke tiga, parents la mesti jadi orang ke tiga... TAK PAHAM AKU..

Pas tu mesti wujud watak orang jahat, yang tersangat jahat. Yang baik, masyaAllah.. baik yang teramat! ada ke orang sebaik itu? Yang pelik tu pelakon kita ni, kalau bawa watak jahat tu real sungguh la! tapi bila watak baik tu macam patung kakunya... amat tidak real. Adakah?... adakah? moral dikalangan pelakon sememang nya begitu! TAK PAHAM AKU..

Kalau dialog lak...jangan nak cakap la.. mesti ulang-ulang.. dah macam dejavu lak. Lepas tu, kalau bercakap tu macam cakap tak serupa bikin la. Kejap macam ni, kejap macam tu. Yang paling kelakar bila tak ada chemistry. Dalam novel kadang-kadang aku persoalkan perkara ni, inikan pulak dalam drama atau filem. Main hentam keromo je depa ni. Aku yang baca or tengok pun tak ada rasa berdebar-debar ke apa ke, macam mana cerita leh ada feeling berdebar-debar kononnya (aiseh!) TAK PAHAM AKU..

Yang paling aku TAK PAHAM adegan or dalam buku novel, pasal pegang-pegang tangan la, peluk la, cium la... eeiii! kalau dalam novel dah kahwin tu aku leh la terima. Tapi kalau dalam novel tu or dalam filem dah sah-sah taraf bukan laki bini, kenapa nak buat adegan pegang sana-sini. Yang paling aku berasap dan sakit hati, bila pegang tangan bukan muhrim, then yang berpegangan wanita tu digambarkan seorang yang pakai tudung! TOLONG lah! aku akan jadi insan teraniaya bila diluar cerita ramai beranggapan mende macam tu dibolehkan..huhuhu

Dan yang paling aku TAK PAHAM. Kenapa bila buat cerita, selalu digambarkan bila berubah pakai tudung ke apa ke, dia akan jadi insan paling extreme dan paling bangang sekali (siap dok sindir dok kutuk-kutuk orang lain yang tak berubah kononnya)... weeiii! tolong la.. islam bukan macam tu la.. takleh ke buat cerita orang yang macam ini ialah yang paling rasional. Dan kalau rasional ke islamik ke semestinya ke suara mesti buat slow motion. Dah jadi slow melow la pula cerita kat tv tu aku tengok...

Tu belum masuk bab-bab pakaian lagi. Kalau watak seksi ke menggoda ke, pelakon kita ni cam suka sangat berlakon. Kalau watak jahat mesti pakai seksi ke? mesti ada tattoo ke? mesti gangster ke? mesti tahap bunuh ke? tangkap khalwat ke? Lepas tu watak hero ke villain ke mesti nak pergi clubbing.. mabuk-mabuk... tukar perempuan sana sini..one night stand la.. merokok la... orang-orang kaya kat Malaysia ni macam tu ke buruk perangai nya? TAK PAHAM AKU..

hehehe.. disebabkan aku TAK PAHAM maka aku pun berhajat nak menulis. Kalau ada publisher nak published maka, giliran korang pula untuk paham ke tak... kalau extreme sangat-sangat pun komen korang, aku tetap akan ambil iktibar. Ye lah, kalau takut dilambung ombak, nak buat apa berumah kat tepi pantai. Ibarat paku dulang paku serpih, taknak le aku mengata orang lain je lebih-lebih.. its time walk-to-walk and talk-to-talk.

Bagi aku masa 60 hari untuk mengarang buku novel pertama aku. Dan selepas itu aku sambung kembali buku chess for beginner aku tu. Kalau menjadi novel pertama aku ni, novel kedua aku dengan plot fantasi akan menyusul (atas permintaan kawan aku).

Sama-sama kita mendoaka azam kedua aku ni berjaya dihasilkan... insyaAllah.. aaminn! Bagi aku, yang penting aku berusaha..

No comments:

Post a Comment