Kami menggunakan tukaran wang RM1 = Rp3122 (pada masa kami membuat tukaran di money changer di Kuantan lagi). Jadi basis kepada perbelanjaan atau penawaran harga adalah menggunakan tukaran tersebut.
Bila mood swing aku ni, ada je perkara yang buat aku terasa, buruk betul perangai aku ni kan!?. Pagi-pagi aku agak terasa bila geng2 meninggalkan aku dan kakak aku untuk sarapan pagi. Tak adalah makna nak makan in group ke apa ke. Main tinggal aku macam tu je. Masa mood tak baik tu agak terasa juga la, maklumlah aku dah tak kerja sekali dengan mereka, jadi dalam hati mereka aku ni bukan taraf kawan kot.. agaknya la. Ewah! syahdu la tu pagi-pagi hari.. hahaha.. apa-apa pun aku tetap mendoakan Bali menjanjikan ketenangan minda aku ketika ini. Sambil-sambil itu fikiran menerawang, bagaimana lah budak-budak aku mengharungi hari pertama MSSP di Raub ketika ini.. haraplah ramai yang berjaya ke MSSM aminnn!
Kat Bali ni, patung-patung tu jangan cakap la, memang merata-rata. Kalau tak kuat semangat jangan le datang ke Bali ni.
Destinasi pertama kami dibawa oleh Hadi dan Yakiya ke Desa Tohpati. Kat sini, lain desa (kampung) lain perusahaannya. Kat Tohpati ni majoriti menghasilkan batik Bali. Kat Bali ni aku rasa semua yang dihasilkan ialah handmade. Rajin betulkan!
Batik canting macam ni kita dah biasa tengok betul?
Antara contoh yang dihasilkan.
Kat dalam kedai ialah tempat untuk shopping! Tapi harga boleh tahan juga mahalnya.
Gambar kenangan...hehehe
Batik Bali ni tak sama macam batik kita kat pantai timur ni, corak pun lebih kepada corak objek binatang ke orang ke. Aku tak berapa suka corak sebegitu, jadi batik Bali bukan untuk aku la.. maaf.
Baru teringat nak snap gambar kenderaan yang kami naiki.
Kami dibawa ke Galuh pula. Apa lagi tempat untuk shopping la jawabnya!
Gambar in group. Aku tak masuk dalam gambar ni.. masa ni masih lagi emosi la tu.. (amboih! terasa betul aku ni kan.. elok sangat la tak ada boyfriend lagi, kalau ada penat la dia nak memujuk aku je setiap saat..hahaha.. its good to be alone then!)
Keadaan dalam kedai..
Selesai di Galuh kami ke Desa Celuk pula untuk melihat hasilan Perak yang juga handmade.
Khusyuk tengok tu.. dan akhirnya membeli! (hahah)
Kepada yang gila dengan perak boleh lah ke Bali ni, harga pun boleh tahan juga la, nak kata murah sangat tu tak ada lah tetapi memang murahlah daripada Malaysia.
Ni nama kedai tu.. tapi kat desa Celuk ni, kiri dan kanan jalan memang rata-rata jual silver, singgah dan tawar menawar la.
Selesai di Desa Celuk, kami dibawa ke Desa Batuan.. haa kat sini adalah untuk mereka yang berminat dengan Lukisan.
Rajin betul mereka ni beribadat dan merapat sembah kepada patung-patung tuhan mereka ni. Siap dipakaikan kain pelikat lagi. Agama Hindu kat sini memang lain daripada agama hindu yang kita dok tengok kat India dalam cerita hindustan tu. Aku rasa agama hindu ni agak kuno. Sebab hindu datang kat sini awal dahulu sebelum kedatangan Islam ke semenanjung Tanah Melayu ni. Islam sampai ke sini, tapi entah kenapa (harap ada yang boleh story kat aku) pegangan hindu kat sini cukup kuat menepis dakwah islam kat Bali ni. Penganut Islam ada disini, tapi cuma golongan minoriti sahaja. Itupun kebanyakan mereka adalah daripada Jawa Surabaya.
Asyik tengok lukisan kat sini, memang cantik. Kalau aku ada rumah sendiri suatu hari nanti, sure ada lukisan satu buat hiasan.
Tempat yang kami pergi ni adalah satu kawasan keluarga. Rumah-rumah kecil ini adalah milik individu yang membentuk keluarga besar keturunan ini. Ala macam korang tengok drama cina la kat TV tu, dalam kawasan pagar ada rumah dan rumah dan rumah kan... macam tu lah kat sini.
Agaknya lah.. kalau tak pandai melukis mesti kena buang desa kot.. heheh.. sebab hampir semua dalam kawasan ni ada hasilan lukisan..
Haa.. ni dapur awam keluarga tersebut.. masak pun guna kayu api lagi. "Habis makan jangan lupa cari kayu api!" heheh
Kat mana-mana di Bali ni mesti korang terserempak dengan benda ni. Ini adalah hiasan sembahan kepada tuhan mereka. Bagi selamat rumah kot. Ada yang aku tengok ada pulut la, ada yang cuma bunga-bunga je.
Di setiap desa ada sahaja Pura {temple/kuil). Ada yang pelancong boleh masuk, ada yang tak boleh. Tapi sebab aku tak minat, boleh ke tak boleh ke.. aku sekadar ambil gambar buat tatapan peminat blog ini. Nama aku nak masuk ke dalam... minta maaf la ye..
Agenda utama kami ialah untuk menyaksikan keindahan Gunung Batur. Kat Bali ni masih lagi ada gunung berapi tau.. Sebab tanah gunung berapi maka bumi Bali ni subur.. tanam je la apa sahaja. Padi, strawberry, buahan lain.. semua menjadi!
Kami lunch disini. Letaklah tanda halal ke apa ke, kalau dah hati aku berkata was-was, maka aku adalah vegetarian untuk waktu itu. Nasib baik juga aku ni jenis tak memilih makanan, asalkan dapat alas perut aku dah ok dah.
Makanan dihidang secara bufet, sesuai dengan kehendak pelancong.
Inilah menu aku untuk tengahari ni..
Inilah restoran kunjungan kami. Not recommended! suasana yang amat tidak selesa, makanan yang jelas tidak menyelerakan serta ada bau yang cukup membuat aku loya.
Hujan beb! mana nak tengok gunung macam ni.. kempunan pulak kan.. huhu
Sementara menunggu Supir kami yang tah kat mana berada, kami dok la kat luar restoran tu. Biasalah kat Bali ni, kat mana-mana je ada orang Bali buat biz jual barang. Kalau pandai tawar menawar murah juga. Tapi tolong lah Manira, tawar ialah menurunkan harga bukan menaikkan harga! hahaha
Aksi junjung menjunjung barang ni satu fenomena biasa kat Bali ni.
Selepas Batur kami ke perusahaan kopi.. err.. sebab hujan maka tak dapat nak ambil gambar Luwak atau kita kat sini panggil Musang.
Handmade lagi..
Yang warna gelap tu ialah kopi yang belum bersih lagi (yang baru keluar daripada Luwak... eeeiii... geli geleman den), yang warna cerah tu, ialah yang baru dibersih.
Dah siap bersih apa lagi, goreng la dia..sampai hitam masak.. then tumbuk halus untuk dijadikan kopi. Teringat cerita kakak masa dia kecik dulu, arwah moyang buat Kopi sendiri kat rumah..
Info pasal Kopi Luwak yang mahal tu.. aku tau le binatang ni bab-bab pilih makanan yang terbaik je, makan kopi pun pilih yang terbaik je (agen pengasingan yang lebih baik daripada manusia atau mesin), tetapi kalau dah nama keluar daripada buntut dia... err.. tak payah la. Kalau pun fatwa kata halal, tak apa lah...tidak lah untuk aku..
Menikmati hidangan minuman yang disajikan.. Kopi Luwak kena beli ye.. secawan pun Rp50,000! yang lain dia bagi cuba percuma.
Aku bukan penggemar kopi atau teh, jadi aku mencuba air coklat. Rasanya.. ya Allah.. pekat gila! confirm selepas ini aku akan sakit kepala.
Antara teh dan kopi yang kami minum tadi dijual...
Dan ada vanila juga. Tapi jangan beli kat sini, mahal! Not recommended! Beli kat Bedugul lagi murah Vanilla kat sana. Siapa yang suka masak tu Vanila ni lebih baik rasanya daripada beli esen vanila yang kita biasa guna tu.. heheh Harga kat sini Rp100,000. Kat Bedugul boleh dapat jauh lebih separuh harganya!
Aiseh! lupa nak catit nama buah ni. Rupanya macam buah kundang, tapi rasanya macam tomato. Err... masam. Tapi buah markisa lebih masam...
Dalam perjalanan pulang singgah kedai tepi jalan shopping lagi... Banyak duit betul kawan-kawan aku ni.. asyik jumpa kedai je beli, jumpa kedai je beli...
Perjalanan yang panjang daripada Batur untuk pulang semula, dan dek kerana kepala yang berdenyut dan kaki yang sakit teramat sangat aku request nak buat spa (hehe.. apa guna pergi ke Bali kalau tak cuba spa dia), tapi tempat ni Not Recommended! tak kira la kalau letak bintang seribu pun. Mahal lak tu! Sakit aku tak kurang jugak!
Selepas spa, kami ke Restoran Wong Solo.. kat sini aku yakin sikit tahap halalan toyyiban nya. Tapi walau macamana sekalipun aku tak sentuh daging atau ayam, dapat ikan dan telur pun aku dah puas hati. Tapi masakannya perggghhh!! sedap! untuk orang yang tak gemar masakan Indonesia seperti aku, bila aku puji sedap tu memang sedap la. Kalau korang ke sini, pergilah restoran ni... Recommended!
Balik hotel pun dah malam, jam 1 pagi aku lena.. kita sambung entri selepas ini pula...
No comments:
Post a Comment