Mula-mula start hari dah pun singgah ke Krishna Supermarket beli baju. Aku dah alang-alang jumpa pun membeli la sekali. Beli untuk anak-anak saudara je cukup lah sebab aku tak ada bajet untuk membeli belah sakan, dan lagipun aku tak suka dan tak pandai membeli.
Belek jangan tak belek! Harga kat sini ok lah, sebab tak boleh tawar menawarkan.
Pasaraya ni memang agak besar. Apa yang nak dicari semua ada disini..
Pandangan dari pintu masuk.
Inilah lambang pasaraya tersebut.
Selepas habis shopping di Krishna, kami dibawa oleh Hadi ke tempat buatan jajan dan kek lapis.
Kalau korang tanya aku, jawapan aku.. Not Recommended!
Selepas tengok jajan, kami ke Hawaii Bali, supermarket juga. Kat sini beli souvenir boleh la. Aku pulak kat sini sibuk guna wifi free..hehe.. yang bestnya Bali ni, kebanyakan tempat menawarkan wifi free, cuma perlu buat muka tak malu tanya password je. Kebanyakan akan baik hati melayan! Habis di Hawaii Bali kami terus ke agenda makan tengahari. Daripada jam 12.45pm kami sampai ke Restoran masakan Padang jam 1.05pm. Makanan biasalah namapun masakan Padang. Dan seperti biasa aku tetap tak sentuh daging atau ayam..
Ini yang menarik kat restoran ni, Es Teller a.k.a ABC kalau kat sini. Kat Bali ni kat mana-mana ada Es Teller, tapi tak semua mempunyai keenakan yang sama. Yang ni aku suka sebab ada banyak buah-buahan yang fresh, dan ada rasa campuran santan. Ala-ala lemak manis gitu... awesome!
Ini pun yang aku suka juga. Sambal ikan bilis. Walaupun ikan bilis ni keras, tapi sedap!
Selepas tu Hadi bawa kami untuk ke Turtle Island yang tak ada dalam package kami. Berasap juga sebab kena bayar Rp150,000 seorang. Mahal tu! Tapi sebab majoriti nak pergi, maka aku dan kakak terpaksa la ikut juga.
Rasa seronok ke?
Laut yang agak bergelora, agaknya sebab cuaca kot.
Bot berhenti tengah laut sebab konon kami boleh beri makan ikan. Taburkan roti bolehlah nampak ikan datang makan. Tapi sebab laut tak jernih maka tak lah nampak sangat.
Aku ingatkan trip kali ini tak adalah nak menaiki bot, rupanya sekali lagi kena naik bot.. isk isk isk.. selepas ini trip 2014 agak-agaknya naik bot juga ke?
Masuk-masuk je ke Turtle Farm kami kena paksa bayar donation! Donation pun boleh main paksa-paksa bayar ke? Terus terang aku cakap, tempat ni NOT RECOMMENDED! Sebab layanan langsung tak friendly! Orang yang bawa tour asyik nak cepat je "Siapa yang nak ambil gambar? Cepat! Cepat!" Semua nak rushing! Teruk betul la!
Tapi sebab dah kena mamak dan berhabis banyak kan.. maka bergambar la dengan melebarkan senyuman...hahaha
Antara penyu yang ada kat sini. Aku pelik kenapa penyu kena kurung kat dalam tank ni.. takkan pelihara kot! huh?! buat lauk kot! Erk!! tak ada orang nak tanya, sebab orang kat situ cam sombong gila!
Ni antara penyu yang paling besar sekali! entah-entah penyu ni lagi tua daripada aku kot!
Hehehe.. masa aku belasan tahun aku pernah cakap kat Mak aku, boleh tak kalau nak bela Iguana seekor? heheh.. mau nak kena bising dengan Mak aku.. hahaha.. semua dok geli geleman dengan Iguana.. hahah.. Comel apa kalau dapat bela seekor kan?
Selepas trip ke Turtle Island yang bosan gila tu, kami dibawa ke Ulud untuk tengok Masjid yang ada betul-betul bersebelahan dengan Gereja Katolik yang bersebelahan dengan Gereje Protestant yang bersebelahan dengan Kuil Buddha yang bersebelahan dengan Kuil Hindu. Fuhh! Harmoni betul!
Sempatlah derma RM kat masjid ni. Sebab kami dah solat masa makan tengahari tadi, maka tak lah singgah lama kat sini. Untuk pengetahuan korang, tempat solat kat Bali ni bukan macam kat Malaysia, kita ada surau lelaki dan surau perempuan, kat sini musolah nya cuma ada satu je. Jadinya kalau nak solat bercampur lah lelaki perempuan. Sebab tu aku lebih selesa ambil wudhu' dalam bilik air, dan solat dengan memakai tudung sekali. Rasa selamat sikit. Kat masjid je baru ada tempat asing solat lelaki dan perempuan..
Gambar kenangan di depan masjid.
Sempat juga tu bergambar di pintu Pura di sana.. Pura kat sana macam pelik la.. seperti dibiarkan berlumut dan sengaja diwarnakan hitam..
Selepas Ulud, kami menuju ke Uluwatu. Whoa!! Breathtaking! Subhanallah..
Tidak melepaskan peluang kenangan dengan sesuatu memukau seperti ini..
Orang sibuk nak turun naik tangga, kami sibuk bergambar sakan.. hahah Untuk masuk ke Pura ini, kami semua dikehendaki memakai tali kuning. Jika ada yang pakai skirt atau seluar pendek akan diberi kain untuk dipakaikan. Kira menghormati Pura la tu... Tapi yang pakai bukaan atas.. aku rasa tak ada kain kot untuk itu...heheh sebab tengok mat saleh selamba je..
Inilah sejarah Pura Uluwatu yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Sanskrit.
Kami tak lama kat luar temple, masuk awal dapat cop tempat duduk dulu. Kami memilih duduk di atas, senang boleh tengok view yang lebih luas.
Tengok Tarian Kecak! Dikatakan tak tengok kecak tak sah kalau datang Bali. Bukan tarian pun kecak tu, lebih kepada lelaki ramai-ramai duduk dan buat bunyi "cak cak cak", sebab tu la dapat nama Kecak. Dalam gambar ni lelaki yang ramai-ramai tu ibarat macam hutan belantara la, yang pakai kostum tu ialah cerita hikayat sanskrit masa aku sekolah dulu kisah Ramayana, Sita. Kalau ikutkan tak adalah apa sangat kat sini, tapi hilang boring gelagat Ramayana dan the geng buat ala makyong bila ada muncul Monyet Putih. Aktif betul monyet ni.. cergas pulak tu.. lompat sana lompat sini. Kacau orang kat sana sini. Aku dah nekad, kalau masa tu kacau aku siap ko monyet, aku confirm keluarkan jurus-jurus menolak... hahahahahahaa
Ni masa monyet putih tu konon-konon buat huru hara kat bandar tu.. guna api betul, tapi tak bahaya sangat la.. cuma penonton la emo.. kejap kang "awwh" "awwh". Hujan dah start rintik-rintik dah. Habis je show, terus nak blah, tengah melangkah tu aku tengok kakak aku terjatuh ke tangga bawah (se tangga je), aku pun spontan nak tarik dia daripada jatuh, tanpa sedar aku pun tak balance dan terjatuh sekali, masa tu aku tarik Teh sekali, nasib baik Teh tak jatuh. Mat saleh orang Itali depan kami, hulur tangan nak tolong aku.. spontan aku jawab "its ok, its ok" sebenarnya aku tak selesa bersentuhan dengan kaum lelaki.. tapi alasan lawak aku ialah mamat tu dah tua, tak hensem.. kalau hensem aku leh siap pengsan lagi jadi damsel in distress "oh please help me mister... awww" hahaha
Habis je show kami dibawa makan di Jimbaran. Setakat seafood kat sini... sedap lagi kat Tanjung Lumpur Kuantan.... Not Recommended la makan kat Jimbaran ni. Setakat makan dengan view tengok laut.. hmm.. dah malam-malam tak menikmati pun. Kecuali la kalau kami ni pelancong mat saleh, maybe seronok kot ada irama musik dimain secara live kat restoran tu, tapi sebab kami ni setakat orang Malaysia je.. apalah sangat. Double standard betul kan!?
Lepas makan, pergilah tengok laut kejap..
Inilah restoran tersebut yang dipenuhi oleh ramai warga asing.. Kebanyakannya muka-muka yang baru lepas tengok Kecak dance bersama kami sebelum tu.
Makan kat sini tak best.. tu yang aku boleh cakap la.. sebab sebenarnya kami rasa tak bersih. Alas meja kami kotor, siap ada tahi cicak lagi tu.. errrkk! dan bila ada bau colok ni.. aku kureng sikit la..
Ok kita sambung selepas ni pula...
No comments:
Post a Comment