Thursday, February 28, 2013

Bali 2013 - Day 4 (22/2/2013 - Friday)

Hari ni, hari paling seronok berjalan di Bali! Korang tengoklah sendiri gambar-gambar kat bawah ni...

Pagi-pagi dah gerak ke Factory Outlet Brasco. Asalnya ada yang nak tengok handbag..

Inilah nama tempat tu..
Tapi yang dibeli ialah baju-baju... baju cantik. Kalau kat Msia dapat dalam RM70-89, kat sini bole dapat dlm RM50. Kira murah la tu..

selepas puas shopping, kami mengarah ke Bedugul. Kearah utara sikit, kawasan tanah tinggi. Disebabkan hari nak tengok gunung Batur tu kempunan, kat Bedugul ni tengok daripada jauh la.. nampak la sipi sipi... tu sipi sipi tu..nampak tak? kalau tak nampak, korang tau dialog cerita P.Ramlee kan...hehehe

Kat sini alhamdullillah.. ada muslim meniaga, jadi rasa yakin sikit la.. bukan apa, kalau kedai islam tu terjamin sikit kebersihannya.. maksud aku anjing-free la... kat Bali ni anjing tu macam kucing la.. berjalan tanpa tuan. Tak adalah banyak mana.. tapi cukup lah untuk buat aku terkejut! opocot! :D ada satu perkara yang buat aku hairan, dan tak ada orang boleh jawab soalan aku lagi, kucing tak ada kat Bali ke? Aku tak nampak walau seekor kucing pun.
Kat sini kalau korang nak cari rempah ratus, harga cukup murah. Siap boleh tawar menawar lagi tu. Nak cari vanilla, kat sini nampak lagi fresh, basah lagi, korang kena keringkan sendiri kat Msia untuk bagi tahan lama. Teh beli Roselle kering, dia kata buat minum dengan air untuk kurangkan darah tinggi.

Singgah juga di kedai ni, beli la beg kecil sekadar sumbangan kepada mangsa bom Bali tu. Ada banyak juga barang lain berupa cenderamata yang boleh ditawar dengan harga yang murah kat Bedugul ni, pergi je mana-mana kedai. Trip yang berbaloi!

Kat sini popular dengan buah-buahan. Tanah tinggi, pastinya sesuai untuk bercucuk tanam. Macam Cameron Highlands la.. popular dengan strawberry, kat Bedugul ni ada strawberry juga. Tapi kalau bukan kawasan bukit pun kalau dah jenis suka bertanam tu, tanam aje kan! Sebab kat sini padi ditanam walaupun tanah padi tu macam sekangkang kera je.. ada yang tepi rumah, ada yang lereng bukit... Aku rasa penanaman padi depa ni cukup untuk tampung penduduk di Bali ni agaknya..

Walaupun kat sini ada banyak gerai tepi jalan milik orang islam, tapi sebab ikut package, maka kami kena juga makan kat restoran yang ramai mat salleh makan ni..huhu... vegetarian lagi la aku jawabnya. Yang korang nampak satay tu.. tu bukan ayam, tapi satay ikan. Rasa macam otak-otak. Dan otak-otak Msia lebih sedap!
Antara hidangan bufet..

Inilah nama restoran tu..

Lepas makan kami menuju ke Masjid untuk solat zohor. Tengok tu, nak ke Masjid kena naik tangga tu..

Cantik kan?

Bawah kawasan masjid ni banyak rumah-rumah orang islam. Rumah kecil je, tapi bila tengok budak-budak happy je main-main kat bawah tu, maknanya selesa la tu agaknya..

Inilah masjid tempat kami solat, masih lagi dalam renovation, dan masih tunggu dana untuk tambah lagi renovation..

Selepas solat kami ke Tasik Beratan yang popular Pura Ulun Danu yang bentuk pagoda tu.

Cantik betul kan.. kalau ada macam ni sebelah rumah aku, hari-hari aku berlatih catur kat sini je.. hehehe

Gambar kenangan di Tasik Beratan.

Kalau ada dulang ni, dah cantik dah gambar ni.. hahaha. Macam waiter bawa hidangan Pagoda.. "err..permisi bu' hidangan pagoda ini halal bu'? bisa dimakan?" hahaha

Selesai di sini, kami dibawa ke Tanah Lot... nama macam tanah kosong untuk disewa je kan....hahaha. Tapi tempat Mak aii! cantik!!!

Ada banyak gambar yang aku snap kat sini, tapi gambar ni nampak cantik sikit. Opps.. aku tak snap gambar ni, Pak Yakiya yang snap.. alasan: sebab aku gayat!

Gambar belakang ni cantik. Masa kami sibuk tengok view kat sini nampak ada krew pengambaran drama daripada Msia buat drama kat sini.. hahah.. aku tak tengok drama melayu, jadinya aku tak kenal pelakon drama tersebut. Pelakon baru kot. Kat sini pun ada pengantin ambil gambar album kahwin. Fuuhhhh! kalau korang nak ambik gambar kahwin.. datang sini la.. cantik siut!

Sebab kamera biasa je jadi korang tak nampak la, sebab gambar yang aku snap tu gambar orang shooting drama tu dan shooting photo kahwin.

Kat sini tak boleh ambil gambar sorang-sorang, sebab ramai tunggu turn nak ambil gambar kat sini. Permandangan cantik kat belakang tu. Korang nampak pulau yang kecil tu? kat situ ada tempat pemujaan juga, sebab dikatakan mata air kat dalam gua dalam pulau kecil tu boleh menyembuhkan apa sahaja sakit... kepercayaan orang sini ye..bukan aku. Harap maklum!

Inilah pulau kecil tu. Air tengah pasang sikit, tapi masih lagi boleh jalan kaki ke seberang sana.

Kalau korang tak bawa kamera tapi nak rakam gambar kat sini, korang boleh bayar je pada orang tempatan yang ambil khidmat phography. Kos dalam Rp15,000 je. Gambar cantik.. cuma.. cuma.. hmm... nampak macam dalam studio je..Kalau tak caya tanya Kak Liza, tanya Ja atau tanya Teh..


Setelah penat berjalan, apa lagi.. spa le! Kali ni kami ke The Body Spa. Kami dapat pamplet spa ni masa kat airport. Sementara tunggu passport kena cop masa tu la membelek pamplet yang kat sebelah tempat kami beratur je. Cuba kat sini la pulak. Harga RM75, untuk beauty massage, pada aku oklah sebab buat 2 jam dan memang best! berbaloi2! Tempat ni aku recommend!

Selepas best dapat massage.. kita makan dulu.. makan di Restoran Padang sebab dah lewat sangat dah, kedai pun dah banyak yang tutup.

Lepas makan kami balik ke Hotel. Aku turun ke lobby untuk chatting whatsapp dengan keluarga, dan ada yang turun untuk guna hotel punya komputer, ber facebook. Dan ada yang mandi-manda di Kolam Hotel. Menikmati malam terakhir di Hotel sebelum berangkat pulang esok..

1 comment: