Tuesday, March 5, 2013

Bali 2013 - Day 5 (23/02/2013 - Saturday)

Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu.. sampailah kami hari terakhir di Bali.. Penerbangan pulang kami ke LCCT adalah pada jam 9.55pm, so sempat lah berjalan-jalan dan berpoya-poya dulu..hehehe

Aku tak ambil gambar breakfast sebelum ni, so inilah untuk tatapan terakhir. Biasa aku order roti bakar or omelette, tapi pagi tu rasa kenyang sebab semalam melantak bagai, jadi makan la Roti yang mempunyai sos masam. Aku suka part yang ada telur tu..hehe my fav kalau ada telur setiap pagi.. terutama yang separuh masak..heheh

Kakak aku order buah-buah dan pancake..heheh lihatlah pancake dia. Kalau kat rumah aku buat ni mau tak ada yang makan pancake ni..

Lokasi makan dan panorama menghadap kolam renang...

Selepas makan-makan, kami buat keputusan nak jalan-jalan sebentar tengok apa ada disekitar tempat kami. Maklum le selama ni berjalan van tunggu depan hotel setiap pagi angkut kami keluar.. memang tak ada masa langsung nak tengok sekeliling.. Jalan kat Bali ni agak kecil, setiap ada kawasan kosong mesti ada business. Maklum la kawasan kota dan pelancongan pula tu! siapa tak nak lepaskan peluang nak pau pelancong!
Aku dan kakak decides nak habiskan Rp kami dengan pergi buat manicure dan pedicure terakhir. Nak tau apa beza harga puluh-puluh RM dengan harga belas-belas RM... hehehe Rupanya.. buat yang belas-belas ni tak best.. patut la murah..

Kami tak jalan jauh..sampai hujung simpang je.. ada juga restoran halal milik orang Jawa disini..

Dan ada lagi..

Mini market macam 7-eleven tu..

Kat sini mana-mana je ada tempat spa, massage... pilih je la mana-mana.. ada yang mahal ada yang murah, ada yang privasi, ada yang unisex.. ni gambar yang aku ambil dekat-dekat kawasan hotel je.

 Pilih-pilih jangan tak pilih..

 Tengah tengah dok berjalan tu kami berhenti di kedai buat barangan kulit.. hampir je dengan hotel kami. Cik Dah berhenti dan membelek-belek, dan bertanya. Tapi Ja, dia tengok je, tanya harga, tawar sikit, then terus beli! awesome betul! Kulit dibuat daripada domba kata tuan kedai. Maksudnya dibuat daripada kulit biri-biri katanya. Jaminan kedai beg buatan tangan nya takkan menjadi beg menggelupas apabila lama dipakai atau disimpan, Jaminan tuan kedai pasti tahan lama.. dia cakap ye, bukan aku cakap.. hehe

Cik Dah membeli satu, dan kakak aku pun beli satu..hahaha.. tapi beg tu memang cantik pun.. aku cakap kat kakak, kalau nak jual, jualkan je, tapi kalau nak pakai pun ok jugak.

 Selepas membeli beg, kami terus ke hotel untuk ambil barang-barang (packing sejak semalam). Sambil tu snap gambar lobi hotel untuk kali terakhir.. Sebelum jam 11am, Hadi sudah menunggu kami. Kali ni pak Yakiya tiada meneman kerana bermula tugas meneman pelancong baru, kata Hadi.

 Gambar reception counter Hotel Solaris..

 Masa dalam van tu, kami kena berhenti tepi jalan sebab bagi laluan kepada rombongan mengiringi jenazah. Kat kampung-kampung Bali kalau ada kematian ke, keramaian ke, penduduk satu kampung wajib pergi. Kalau tak pergi, kira macam tak bagi muka, confirm kena pulau la selepas tu. Untuk mengiringi ni pun memang ramai ikut sekali, siap bawa barang atas dulang (macam dulang hantaran kat sini tu) junjung atas kepala lagi. Ramai perempuan yg bawa seorang satu dulang, isi dalam dia aku tak pasti. Makanan kot buat persembahan. Sebab masyarakat yang anuti agama hindu rasanya membakar mayat bukan ditanam.

Destinasi pertama kami selepas keluar hotel ialah, melihat pantai Kuta yang teramat popular dikalangan pelancong asing! yeay??! tapi kenapa bawa pergi pantai waktu matahari tegak atas kepala pak Hadi oooiiii?! orang putih memang le dia rasa panas kita ni macam suam-suam kuku je, tapi untuk orang yang sama je garis khatulistiwa macam aku ni, panas tu bahang le...huhu.. pantai ni penuh dengan orang putih je, biasa la berbikini la apa lagi. Main luncur air (surfing) dah jadi suatu kemestian kot. Bali bertuah sebab pantai Kuta ni berbentuk curve, jadi amat selamat dan sesuai untuk surfing. Kat area ni aku dah rasa macam dok negara asing pula, sebab rata-rata kiri kanan semua orang putih! OMG where am I? (hehehe)

Hadi menunjukkan kepada kami kawasan Bali Bombing. Wah! besar juga kawasan liputan bom tu ye.. sebab Hadi ada cerita pada tahun kejadian tu, dia memang dengar gegaran yang cukup kuat sekali dari rumah dia... Whoa! Kami berhenti sebentar mengambil gambar dan melihat senarai nama mereka yang terkorban masa tu. Ramai orang putih la, dan ramai pelancong daripada Australia. Tapi aku rasa la daripada yang Hadi cerita tu, mesti ramai lagi yang terkorban tapi tidak direkodkan termasuklah penduduk tempatan. Mengikut berita yang kita sedia maklum, pengembom tu dah kena tangkap dan sah orang Jemaah Islamiyah. Tapi aku tertanya-tanya la, kenapa islam nak bom kawasan yang majority bukan islam ni ye? Sebab kat mana-mana ada pergi kat Bali ni majority kawasan atau rumah ada patung, ada pemujaan, dan majority tempat mesti ada Pura masing-masing.. Hmm..

Setelah penat menahan silau mataku kerana matahari di Pantai Kuta, kami pergi makan le.. hehehe.. time menjamu selera ni time yang paling ditunggu-tunggu sekali..hehehe.. Tengok tu muka masing-masing, excited gila tu!

Inilah restoran yang kami kunjungi.. Harga boleh tahan juga lah.. tak adalah murah sangat.. tapi...berbaloi!

Ramai yang order ayam Prambanan yang popular kat restoran ni, ala, ayam goreng berempah je

Dan inilah menu untuk aku... Ikan bakar Lalapan (lalapan tu maksudnya macam nasi campur la). Sedap! Ada pulak sambal belacan...pergghhh! awesome!

Haa...yang ni je kureng sikit... Es Teller kat sini tak sedap! korang kalau datang sini order air lain la.. masa aku kat Wong Solo tu aku order air avocado (perggh! sedap!). Es Teller yang ni yang suka tu cuma Nangka je yang lain tak ada rasa.. huhu

Kawan aku ada rekomen jangan lupa makan Bakso kalau datang Bali, dia kata sedap, tapi sebab takut tak kenyang, maka aku pilih nasi la... tak apa lah, nanti balik Malaysia aku makan bakso (bukan penggemar bakso sebenarnya). So, korang boleh lah cuba makan Bakso kalau datang sini nanti.

Masing-masing pagi makan light, masa lunch, lapar gila!

Ingatkan nak solat kat restoran tu je, tapi Hadi kata dia bawa pergi masjid. Masjid tengah bandar, tak ada signboard pula tu, pening kami nak cari masjid kat mana, rupanya sebelah tempat yang Hadi berhentikan kami tu je.. apa la.. Kami solat di tempat yang Hadi panggil "arab street", sebab kat sini ramai penduduk islam yang berketurunan dari tanah arab. Aku tak dapat nama masjid tu, tapi aku dapat snap gambar yang diatas tu saja.

Dah masuk van, dengan perut yang masih lagi kenyang... tertidur dalam van. Rasa macam lama je, tapi sekejap je. Macam Kuantan - Gebeng je rasa aku. Kami ke sukawati. Ni pun sebab kak Liza bising nak pergi ke Sukawati since day 1, tapi Hadi dan Yakiya bilang "nanti dulu Bu'" Hari last pun sebab kak Liza yang ingatkan kalau tak haru langsung tak dapat pergi agaknya.

Kat tepi jalan pun dah ada gerai.. menarik juga Sukawati ni untuk orang yang suka shopping. Tapi aku dah tak ada Rp selain daripada aku dah tak ada barang nak cari.. Tapi barang murah! Patut pergi sini awal-awal..huhu.. patut beli baju kat sini je..huhu.. murah...huhu..

Beg manik ni pun murah kat sini..huhu.. boleh tawar sampai Rp20,000.. handmade pula tu.. pekedai cakap perlukan masa 1 hari boleh siapkan 3 beg (awesome!). Kakak aku beli fridge magnet kat sini, murah! boleh dapat banyak pula tu. Cuma korang jangan miscommunication macam aku la, sampaikan terpaksa juga beli FM extra. Sebab kesian kat Balinese ni, ye la, depa pun bukan orang senang, meniaga sebab mencari sesuap nasi. Tapi memang mencuka la muka dia, aku cuma mampu doakan Allah SWT tenangkan hati kami masing-masing, dan berilah keredhaan dalam hati masing-masing atas apa yang berlaku. InsyaAllah, Allah SWT melindungi dan memelihara hamba-Nya, aaminn!!

Kat sini telekung solat dipanggil mekana. Aku tak tertarik untuk membeli sebab mekana kat sini warna warni. Macam pelik pula nak bawa solat macam tu, terasa colourful la pula dan menarik perhatian orang lain je. Harga kena pandai tawar lah kat sini.. kedai sebelah-sebelah je, tapi harga lain-lain..

Yes, selepas meninjau-ninjau deretan kedai tepi jalan tadi, sampai juga kami ke Pasar Sukawati ni.. Ala, macam Pasar Payang kat Terengganu tu lah.

Beli jangan tak beli. Tawar menawar nak beli T-shirt je..

Cantik juga corak ni kan.. hehehe walaupun aku tak membeli, tapi seronok juga bila tolong kawan buat penawaran harga. Haha..paling seronok bila the deal is sealed! hahaha

Kami masuk sekejap je kat tingkat atas pasar ni, Sebab panas gila! sesak pula tu, rasa macam ada mangsa bakal kena timbus dengan kain baju je..hahaha

Aku snap daripada atas gambar ni..

Tengok tu, sempit gila! Tapi murah gila!

Ramai yang buat sales barangan masing-masing, selepas ada antara kami yang mula membeli. $$Kaching$$

Masuk van, aku terlelap lagi, aiseh! aku dah kronik penat ni.. Hadi bawa kami ke pantai dimana orang Bali suka pergi. Kalau Kuta Beach tu belah timur, maka pantai ni belah kanan la. Namanya pantai Sanur. Ni baru rasa macam kat Bali je, sebab ramai penduduk Bali. Tapi aku tak nak lama kat sini, sebab aku rasa macam tak bersih je. Bila aku tengok anjing pun dok masuk dalam air mandi sekali...oh tidakkk! Ada juga orang putih kat sini, tapi orang putih kat sini bukan pelancong, aku rasa dah menetap kat Bali kot, sebab siap bawa anjing lagi jalan-jalan kat sini.

Kami makan malam awal sedikit daripada hari sebelumnya. dalam jam 6pm. Kat mana lagi tempat yang paling baik untuk akhiri perjalanan kami, kalau bukan makan di Wong Solo. Restoran yang kami kunjungi dah menduduki tempat teratas dalam list kami..

Lauk-pauk ok, cuma mungkin sebab aku banyak tidur kot, jadi tak terasa la lapar. Dan hakikatnya, kebanyakan kami masih lagi kenyang kerana kesedapan makan tengahari tadi. Tapi kami makan juga di Wong Solo ni takut kelaparan nak tunggu penerbangan pulang jam 9.55pm nanti. Sedap tu memang la sedap, tapi penuh perut oo... mana-mana lauk yang lebih dan belum terusik, kami tapau dan sedekah pada anak-anak Hadi.


 Hadi terus bawa kami ke airport Ngurah Rai selepas dinner. Kami sampai je disambut oleh Dodi, anak Bambang tuan punya travel tu. Bagus depa ni jaga hati pelanggan.. Sampai ke kat airport, kami ingatkan macam di LCCT, rupanya bukan. Masuk je gate, dah terus kena scan barang.... then check-in dulu sebelum bayar airport tax...laaaa... tak sempat nak adjust bag or barang (nasib baik aku dah buat siap-siap masa aku singgah tukar pakaian di toilet pertama aku jumpa kat Airport tu).

 Tak membeli, sekadar menengok harga yang ditawarkan di airport je. Mahal! tersangat mahal! Kat luar boleh beli 10 biji dengan harga yang sama!

Basikal ni pula dibeli dengan harga berkali ganda murah di luar. Aku tau le sebab ada kalangan kami yang shopping barang-barang ni.. hehehe

Sepanjang nak menuju ke gate 3, kami singgah di kedai-kedai kat aiport ni lah, dengan membayang kan gate tu jauh daripada kedai (macam kat LCCT la), rupanya sejengkal je daripada kedai yang kami dok intai-intai tu.. hahaha.. lawak la pulak. Dah le tak ada kerusi, tunggu dengan berdiri atau bersila la atas lantai sehingga dipanggil masuk ke dalam. Sambil tu, kami ambil peluang menghabiskan Rp kami disini. Heheh aktiviti biasa ialah membeli air minuman. Kat airport ni tengok tempat nak beli air ye, tak semua tempat tawarkan harga yang sama.. kalau tak pasal-pasal kang dapat harga mahal. Tak percaya? tanya Teh (hehehe).

Akhirnya selepas penat berdiri, bersila, ber window shopping. Penerbangan Air Asia dipanggil masuk. Masa masuk kat dalam ni... mak aii! macam terrorist je aku rasa diri kami ni, yang pakai kasut tutup kena buka kasut, yang pakai tali pinggang kena cabut tang tang tu juga! Selagi masa ko nak masuk gate tu ada bunyi "beep" siaplah ko kena inspect. Tak semena-mena jadi risau pula kami ni, walaupun tak buat salah apa-apa pun, tapi bila kena layanan macam tu, jadi takut pula kalau tetiba dapat title Insan Teraniaya...huhu. Orang Bali ni takut kami bawa bom kot... syyhhh jangan cakap kuat-kuat.. hahaha (kami ada buat lawak setelah melepasi check semasa menunggu untuk naik ke kapal terbang. Lawak pasal bawa C4...hahaha. Masa menunggu ni pun penat rasanya sebab kena berdiri lagi, sampai orang lain naik flight mereka barulah ada seat kosong untuk kami.

Kepada sesiapa yang nak pergi Bali tu, korang doakan la airport baru tu siap cepat sikit, kalau sesak macam aku kena ni, haru ooiit!

Kos seorang kami ke Bali :
Sewa van ke LCCT - RM178.50
Tiket kapal terbang (beli masa sale) - RM226.00
Pakej trip sepanjang di Bali (termasuk entrance fee dan makan minum, kecuali yang Turtle island ye, sebab tu bukan masuk dalam pakej) - RM 811.47
Airport tax - RM50

(kos shopping, kos bagasi Airasia tu bergantung kepada korang la nak yang mana satu, dan kos minum or makan lain, dan spa tu kos sendiri la)

Jumlah keseluruhan trip kali ni memang lebih mahal daripada trip kami sejak tahun 2011, iaitu RM1,265.97

Tapi... aku rasa nak pergi lagi ke Bali...hehehe.. sebab Bali ada terlalu banyak untuk dikunjungi. Ada banyak tempat yang aku tak pergi lagi, ada banyak spa yang aku tak merasa buat lagi..hehehe

So, kalau korang nak pergi Bali sila rancang hari dan perjalanan korang, supaya trip yang penting kat Bali korang tak melepas! Terutama kalau korang suka shopping la! hahaha dan lagi satu kalau korang suka sejarah macam aku, carila pemandu pelancong yang paham dengan kisah Bali ni. Sebab Hadi dan Yakiya kurang juga arif kalau part yang aku nak tau sejarah dengan detail tu.

Keseluruhan aku enjoy dan happy..walaupun dalam mood yang tak menentu, tapi aku bersyukur Allah SWT bagi aku jejakkan kaki ke sini. Sebab balik Msia, otak aku clear sikit, dan lebih tenang.. Thanks kat kawan-kawan yang sudi join trip ni juga... tahun depan mana destinasi kita? Korea? Sydney? atau Bangkok? hehehe.. tak sabar betul!

Kepada yang selalu bagi alasan tak cukup bajet ke apa ke, rancang la, cukup-cukupkan lah,dah usaha lepas tu doa la..insyaAllah.. kalau Allah SWT izin tu kumpul duit kejap je dah dapat pergi dah, ada juga yang Allah SWT lambat sikit, sebab kena kumpul duit lama sikit.. tapi pendek kata, dengan izin-Nya...insyaAllah! yang penting sekarang ni rancang dulu nak kemana, dan buat la perancangan nak kumpul duit macamana selepas tu. Kawan aku yang sorang ni sebab dia suka travel, bajet makan dia RM5 je sehari! dok KL pula tu! isk3 sabo je la. Aku tak adalah bajet makan sebab masa kecil dulu susah nak makan, so tak nak le ikat perut tang makan ni. So aku cuma boleh cari kerja lebih masa untuk buat semata-mata untuk cari duit travel destinasi 2014... hehehe insyaAllah..aaminn! :D

1 comment: