Wednesday, March 13, 2013

AGM...

Pada 10hb Mac yang lalu detik-detik siri akhir drama yang berlangsung selama beratus episod sejak tahun lepas berlaku jua. Epik episod akhir yang penuh dengan adegan panas, dengan lantunan pelbagai emosi para delegasi dan pemerhati terlibat amat mendebarkan kami.

Apa yang aku cakap ni? :D sebenarnya pada tarikh tersebut adalah tarikh Mesyuarat Agung Pemilihan AJK baru Persekutuan Catur Malaysia. Nah! dah tau kan betapa berdebarnya kami masing-masing peminat tegar catur ni, punya la nak tau siapa yang akan menerajui MCF nanti.

Kenapa aku nak sibuk apa yang berlaku? Bukan ke aku baru je canang satu Malaya aku dah memperlahankan rentak chess aku? Betul lah aku memperlahankan rentak aku... perlahan je, bukan aku bersara pun.. hehehe... macam loyar buruk lak bunyi nya..hehehe

Aku mestilah ambil tau, sebab aku kan ada ramai budak-budak chess baru yang aku masih ajar yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh. Dan aku juga AJK persatuan aku kat sini, jadi nak juga tau apa tempias yang akan dapat kat aku kat sini nanti.

Politik ada dimana-mana ye.. permainan politik sekecil sukan catur ni pun dah semacam tahap politik mendebarkan kita setaraf pilihanraya umum (yang aku tak tau bila la kerajaan nak umum tah). Sebelum dan semasa AGM hari tu pun politik digunapakai. Aku tak tau nak rasa apa pada masa tu, tapi yang nyata aku rasa sedih sebenarnya.. Sedih sebab dunia catur ni kecil je, dan selama ni orang-orang kecil macam aku ni terasa terabai. Belum pun dapat pulih luka orang-orang macam aku ni, orang-orang atasan masih lagi berdebat tentang siapa yang betul dan siapa yang salah.. Sedihkan!

Aku mengelak untuk pergi ke AGM tu, sebab aku tak nak rasa bertambah sedih tengok orang gaduh-gaduh depan aku. Sebab aku buat chess pun sebab aku suka dan aku minat. Nak kata duit aku tak berabih banyak, banyak duit aku dah habis sebab chess sebenarnya cuma aku tak canang satu Malaya je. Tapi aku tak kisah, sebab duit tu tak ada nilai kalau nak banding dengan kepuasan tengok adik-beradik aku happy, tengok budak-budak dan kawan-kawan aku happy sebab chess.. Kegembiraan mereka adalah nikmat yang tak ternilai Allah SWT limpahkan sebenarnya... Kadang-kadang stress juga bila rasa nak makan tak mampu nak keluar duit beli, or bila rasa nak beli baju kena berkira-kira sebab duit kena bajet untuk belanja chess.. tapi Allah SWT tu Maha Kaya, bila aku doa dan doa dan ingat Dia, perasaan stress tu hilang dengan sendiri nya, perasaan nak makan or membeli tu tak ada sangat. Maksud aku, tak ada la nak terkilan kalau tak dapat..

But at the end, Tan Sri menang lagi. Menang setelah undian kali kedua (kali pertama tie). Aku tak kenal deputy Edmund tu, ada yang pro dia kata dia ok, dia akan bawa perubahan dan pembaharuan chess ni. tapi aku tak berapa suka assisstant dia. Sebab assistant dia suka marah-marah orang, perasan bagus. Suka canang stupid here stupid there. Pernah depan aku dia marah orang tu kata "Stupid", tergezut aku! pernah aku tengok dia marah parents sebab anak bising kat luar, yang aku bengang tu, dia main pilih lak tu siapa dia nak marah.. kalau mr nobody tu hati-hati je la. Dia tak pernah marah aku lagi la setakat ni, aku tak pernah cari pasal dengan dia. Aku cukup hati-hati dengan dia sebab aku tak tau apa tindakan aku kalau dia marah aku. Sama ada aku bagi penampar sebijik atau aku kasi smash kaw-kaw kat dia entah la, aku pun tak pasti. Sebab bila aku marah, orang tak suka aku... dan aku tak suka diri aku bila aku marah. Dia tu pernah gak halau orang keluar dari hall, dan cara dia halau pun memang kureng la! Tapi yang paling aku berasap dan hampir menjawab masa tu (aku sabar dan diam) bila dia kata mengagungkan orang luar dan barangan luar. Ok la contoh: Ada ke dia kata batik Indonesia lagi lawa dan sedap dipakai daripada batik tempatan? Cara dia cakap tu macam batik tempatan ni low class..i mean..really222222 low class n not worth buying! dia sedar tak dia tu lahir kat mana dan warganegara mana? kalau tak suka Malaysia, tukar la warganegara!

Yang challenge Tan Sri tu pun aku tak kenal sangat la, tapi aku nampak macam dia minat nak bangunkan chess la. Nak kata aku sokong dia, aku tak kenal sangat dia, tapi kalau dah lama ditadbir Tan Sri tak ada pembaharuan, baiklah aku sokong orang baru. Mana tau lepas ni budak-budak aku dapat wakil Malaysia ditaja sepenuhnya, bukannya kena keluar poket sendiri macam bertahun yang lepas!

Ok la fine, Tan Sri menang (walaupun ramai tak puas hati tentang cara dia menang), dan aku ingatkan kemenangan Tan Sri tu dah episod kemuncak dah. Aku pun berfikir, ok la yang sudah tu sudahlah. Life goes on, dah pegang jawatan tu, buat lah yang terbaik, lebih baik lepas ni, dapatkan semula kepercayaan orang ramai. Sebab aku dah bersedia untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih. TAPI rupanya, its not over until the fat lady sings.. drama masih diteruskan dengan konflik yang berbagai emosi akan tercetus... huhu...bertambah lara jiwa dan raga aku ni. Aku cuma mendoakan Allah SWT takdirkan yang terbaik untuk catur kat Malaysia ni.. aaminn! sebab bila orang terlalu sibuk menegakkan kebenaran dsbnya, tanpa disedari yang menjadi mangsa ialah pemain-pemain yang masih lagi hijau dalam pentas catur ini..Ya Allah, Kau berikan lah kesudahan yang baik untuk catur di Malaysia ini..aaminn!

No comments:

Post a Comment