Friday, March 22, 2013

Aku dan Viki (Dalam Kenangan...)

Aku ni jenis yang sukakan binatang, daripada kecil aku sukakan kucing. Suka main, belai tapi masa tu tak dapat nak bela. Mak tak kasi. Mak geli dengan kucing.

Kami (aku adik, abang, abang Long setiap malam jam 10 keatas akan berjalan kaki sejauh 7km (aku agak la, sebab jauh) untuk jemput kak Ngah aku turun bas awam balik kerja. Abang Long bimbang Kak Ngah kena kidnap ke apa ke..hehehe abang Long aku memang sayang kak Ngah aku... kamcing! hahaha.

Suatu malam tu aku tengok kakak aku bawa balik kotak.. entah apa isi aku pun tak meneka.. buat selamba sahaja ber suka-sukaan dengan adik aku berjalan kaki..hahaha.. sampai rumah, malam-malam hari aku dengar bunyi ngiau-ngiau...ingatkan kucing kat luar... lepas tu aku dengar lagi.. "eh! suara anak kucing tu" aku pun mengendap-ngedap kat dapur.. kucing kat luar manalah yang bunyi tu. "Eh! bunyi datang daripada kotak.. bila masa pula kotak ni letak kat sini" kotak tu betul-betul kat pintu dapur. Aku mengintai "Eh ada anak kucing!" happy gila! terus berlari dalam rumah buat kecoh "ada kucing kat dapur!" kak Ngah dan yang lain buat tanda isyarat "shhhhh" abang cakap "jangan bising nanti mak tau"... alamak! mesti mak marah nanti..huhu.. kegirangan bertukar kehampaan.

Keesokannya aku intai mak aku.. apa kata mak aku. Mak tak bising, mak cuma cakap letak kucing kat luar rumah, malam baru bawa masuk dalam rumah. Phew! betapa happynya kami semua. Yeay! aku ada kucing. Anak kucing lak tu..hehehe.. aku tanya kak Ngah kenapa tetiba bawa kucing balik, kak Ngah cakap, masa dia tunggu bas, kucing tu dok ngiau-ngiau dan ikut dia balik. Kak Ngah tak sampai hati, jadi cari kotak letak kucing dalam kotak. Korang bayangkan perasaan kakak aku masa dalam bas, kucing ngiau dan orang semua pandang dia. Terpaksa la buat poker face kan..hahaha. Aku tanya kat semua nak bagi nama apa kucing ni, kak Ngah jawab "Viki" semua pelik.. macam nama cerita hindustan je, dan kakak aku bukan penggemar tv pun... takpe lah Viki pun sedap juga!

Kami beruntung sebab masa tu rumah kampung, jadi kiri kanan semua kawasan tanah, depan rumah ada pandang bola yang luas. Jadi memang sesuai nak bela kucing..hehehe. Rutin Viki setiap siang kena dok luar. Mak cakap "kalau betul kucing tu nak kita bela dia takkan lari jauh" dan memang betul Viki tak pergi jauh, sebab badan dia kecil, dia dok kat beranda celah-celah kayu yang muat-muat untuk dia je (pandai betul!). Sebab setiap siang Viki akan kena kacau dengan kucing jantan lain kat situ. Ada aku je kucing jantan lain tak berani, dan masa tulah Viki akan tunjuk hero tayang-tayang badan kat kucing jantan lain tu..hahaha mana la tak berasap kucing lain tu..

Malam hari masukkan Viki dalam kotak. Riuh dia kena masuk dalam kotak. Tapi nak buat macam mana, nanti mak bising kalau dia "membuang" merata-rata. Cuma sebelum masuk tu, sempat la main-main dengan Viki dulu, usap-usap dia, manja-manja dengan dia, bagi dia tidur kat atas badan..hehehe. Cuma bila time kami nak tidur je kena letak dia dalam kotak.

Susah juga nak jaga Viki ni, sebab dia patut susu badan dengan ibu dia. Nak bagi nasi ikan dia tak leh makan lagi, mak suh bagi susu tapi dia tak reti minum.. so kena invented "straw" untuk dia minum. Masa dia tak nak minum tu cuak gak.. Allah SWT mendengar keluhan kami, maka Viki leh minum dengan straw yang dibuat daripada kertas dan digulung. Alhamdullillah...sihat je Viki takde la pula masalah lain ke.

Alhamdullillah sepanjang kami jaga Viki dia memang sihat.. tak ada masalah kutu sangat, masalah kurap ke apa ke... memang cantik la Viki membesar (btw, Viki kucing jantan ye). Dah lama-lama bila Viki pandai membuang sendiri Viki dah tak payah tidur dalam kotak dah. Selalu tiap-tiap malam aku akan rasa macam ada sesuatu memanjat katil dan menyentuh kelambu. Betul-betul ada benda berbulu tidur sebelah aku.. cuma bezanya aku dalam kelambu Viki kat luar kelambu. Happy betul kan!? FYI Viki tak suka tidur kat bahagian kaki, Viki suka tidur kat kepala orang, sebab ada bantal kot.. kadang-kadang boleh tercium dengan Viki tu..ehehe I dont mind a bit!

Sebab selalu bercakap dengan Viki macam ahli keluarga, Viki punya life pun dah macam orang. Time kami tidur dia akan tidur, time kami jaga dia pun jaga. Time makan dia pun makan, time puasa dia pun ikut puasa juga. Time berbuka... disaat kami sentuh je makanan lepas dengar azan, baru Viki akan sentuh makanan dia. Paling kelakar time kami melepek sebab puasa.. Viki pun sama melepek dengan kami juga..hahaha comel! Viki memang kurus sebab puasa. Bukan tak bagi dia makan, ada bagi, tapi dia tak usik pun. Dan dia macam tau-tau je bila first day puasa, dan bila hari raya. Time orang kecoh kat dapur, dia pun tumpang kecoh juga..hahaha

Selalu masa aku sekolah petang dulu, pagi-pagi aku akan main dengan Viki. selalu aku akan start lari-lari kat padang depan rumah aku, dan Viki akan ikut. Kami akan main kejar-kejar.. then guling-guling atas padang tu.. wah! comel sungguh Viki masa tu. Dan bila time aku kena pergi tunggu bas, Viki akan ikut aku tunggu bas, bimbang juga Viki kena langgar ke apa ke, susah juga nak suruh dia balik. Aku halau dia datang balik.. So aku biarkan je la mendoakan dia selamat. Elok aku naik bas Viki melompat-lompat balik.. Then yang best bila aku turun je bas balik sekolah Viki akan jemput aku balik rumah.. Korang pernah merasa ke macam tu, mesti jeles kan..hehehe (macam cerita Hachiko pula) Hehehe..paling best, sebab kak De aku takut kucing, aku suka sebut "Viki, attack!" sambil tangan tunding kat kakak aku..hahaha menjerit kak De aku bila kena serang dengan Viki. Alah Viki bukan buat apa pun, dia cuma akan pegang betis kaki kak De aku je.. dan gigit-gigit manja. Bukan sakit pun la.. aku dah banyak parut sebab Viki, tapi aku ok je..hehehe. Parut sebab Viki bila terkejut dia suka cakar, bila dia marah aku kacau dia, dia akan gigit dengan kuat.

Sebab Viki dah macam adik yang bongsu Viki teramat manja dan merajuk. Sikit-sikit merajuk..sikit-sikit merajuk.. apa daa! Susah juga nak pujuk Viki ni. Tapi bila dia cedera bergaduh dengan kucing lain, dia akan manja sangat minta di belai. Dulu-dulu, kucing pandai survive sendiri kalau cedera. Selalu Viki akan cari dicelahan rumput ubat untuk luka dia. Kerap juga aku tengok dia akan ketanah kalau dia cedera tu. Kucing kalau gaduh sampai berdarah-darah..huhu kesian Viki.

Viki dah besar panjang, mula la menggatal. Tapi bukan sebarangan kucing leh jadi gf dia tau! hahaha dia pilih kucing hutan yang liar. Tapi mak aii! comel gila kucing tu, tapi garang la. Tak pernah dapat sentuh la kucing tu. So, Viki dah start balik rumah lewat malam, kadang-kadang tak balik langsung (eh! macam cerita drama dalam tv lak ye). Bila balik je minta makan, lepas tu keluar balik. Mana aku tak hot. Viki pandai, bila dia nak membuang dia akan ngiau dan pergi dekat pintu bagitau nak keluar. Dan bila nak masuk dia akan ngiau minta masuk rumah. So suatu malam masa aku tengah hot, Viki ngiau minta masuk rumah, aku buka pintu dan bagi dia makan. Lepas makan je dia ngiau dan point kat pintu nak keluar, angin la aku "balik rumah je nak makan! lepas tu keluar! tak reti dah nak dok rumah!" punya la hotnya aku. Viki daripada tempat makan dia ke pintu, sepanjang perjalanan dia membebel kat aku "ngiau-ngiau-ngiau-ngiau-ngiau.....bla bla bla" dalam bahasa kucing dia tapi kedengaran agak garau daripada biasa. "Amboih!" terkejut aku Viki marah aku. Tak pernah hayat dia marah aku, tulah malam dia bebel dan marah aku balik. Sabo je la kan... Viki Viki... isk isk isk...

Kami pindah rumah. Susah juga nak bawa Viki pindah ni, sebab Viki tak friendly dengan stranger. Aku kena masukkan Viki dalam jaket dan aku naik dok belakang lori. Sepanjang perjalanan aku bercakap dengan Viki supaya dia tenang. Kuat aku pegang Viki, punya la sayang kat Viki tu takut dia melompat. Aku tak suka rumah baru sebab aku tau Viki tak suka, tapi kami kena pindah juga. Aku bagi Viki intai-intai rumah baru. Dia masuk ke setiap bilik dan setiap ruang, dalam rumah, luar rumah. Dicium-cium semua tempat. Ambil masa juga untuk Viki selesa dok kat situ. Lama juga, sebab sesekali aku tau Viki takde sebab dia pergi jenguk gf dia. Jauh dia berjalan tu.. macam mana aku tau, sebab aku ternampak la. Tapi lama-lama Viki boleh terima tempat baru kami.

Kat sini cabaran Viki lagi hebat, ada seekor kucing kami gelarkan Panglima. Panglima ni macam samseng kampung dusun la. Dengan muka yang berparut, dan lagak jalan yang mendabik dada, fuhh! memang real gangster la. Dia punya jeling kat Viki, as if "i got my eyes on you" punya la tak takut langsung kat kitaorang ni. Viki selalu kena belasah dengan Panglima ni. Selalu luka sana luka sini. Kesian Viki. Suatu hari tu aku ada tengok Viki melawan, wah! Viki dah dewasa.. walaupun kalah tapi aku salute la sebab Viki melawan! Tabik! Lepas tu Panglima ada datang juga usik-usik tapi Viki tak de lah luka teruk sangat dah. Aku sebenarnya tak boleh nak salahkan Panglima tu, dia pun kesian juga, tak ada tuan nak bela dia, so nak hidup kat jalanan kena kuat la. Dan kuat pada dia ialah dengan tunjukkan kekuasaan dia la. Ya Allah SWT Kau Maafkan la kami kerana bersangka buruk sebelum ni kepada Panglima tu, aaminn!

Incident kelakar, mak bising sebab ada tikus buat hal kat rumah, mak kata ada kucing tak boleh diharap. Hehehe, korang tau Viki buat apa? keesokan harinya pagi-pagi Viki dok tayang tikus kat sebelah dia, then pandang je mak aku, juz pandang je mak aku dengan muka seposen... eksen tul Viki ni...hehehe. Ada lagi, suatu hari tu mak bising sebab ada najis kucing dalam rumah kat area garage dapur. Viki buat muka selamba dia as if "esok akan aku buktikan". Esoknya dia heret kasut aku (apasal lak kasut aku jadi mangsa Viki ooiit), ngiau-ngiau kat mak aku tunjukkan culprit mana yang membuang tu. Rupanya ada seekor kucing luar yang membuang. Mak kata kucing ni mesti tuan dia dulu dok rumah yang kami duduk tu kot. Mak selepas Viki jadi kucing yang paling sopan dia pernah jumpa, mak dah tak negatif lagi pasal kucing, lalu mak adopt kucing yang buat hal tu.

Viki tak marah dan tak jeles, sebab Viki tau kami lagi sayang dia. Viki betul-betul macho dan tunjuk kelakuan yang lebih baik. Dia tak pernah berebut makan dengan Tompok. Tapi Tompok tak lama jangka hayat, dia pass away. Aku rasa keracunan kot, sebab Tompok ni makan merata. Dia tak macam Viki yang cuma makan makanan yang kami bagi je. Dan minum air bersih je.

Kami makin membesar so as Viki. Bila dia dah besar, dia dah kurang mood nak bermain macam masa dia budak-budak dulu. Manja masih lagi macam dulu, cuma dia dah kurang la nak dok atas riba ke, nak tidur kat kepala aku ke..

Then kami pindah rumah lagi. Aku betul-betul tak suka rumah ni. Kawasan perumahan, kiri-kanan konkrit, tak ada tanah, lemas yang amat rasanya. Viki pun jelas tak suka rumah ni. Sebab Viki kena harungi cabaran baru berebut kawasan dengan kucing yang dah season kat situ. Kesian Viki asyik luka bergaduh je..huhu. Suatu hari, Viki luka teruk. Tapi kali ni dia nak bermanja, dia minta nak baring atas kerusi, ayah bising tak bagi. Aku tak faham ayah kenapa daripada dulu ayah tak pernah suka Viki. Dia suka marah Viki, halau Viki jangan dok dekat dengan dia. Viki pun tau ayah tak suka sebab tu Viki tak cari ayah, tak heran pun dengan ayah. Tapi kali ni Viki betul-betul merajuk dengan ayah. Aku panggil Viki masuk rumah dia tak nak. Aku pegang dia nak suruh dia masuk rumah dia mendengus marah kat aku. Patut aku juz pegang je bawa Viki masuk, macam la aku tak biasa kena gigit kena cakar dengan Viki. Tapi masa tu aku cakap "dok la kat luar ni nak sangat" aku merajuk sebab Viki mendengus marah aku pegang dia. Tapi tu lah kali terakhir aku nampak Viki. Lepas malam tu, Viki hilang tanpa khabar berita. Puas cari tak jumpa. Kami semua sedih.. memang tak sangka daripada tahun 1988 - 1993 kami sempat bela Viki.. Kucing warna putih dan tompok oren milik kami sekelip mata je tak ada...

Aku sampai sekarang ni merindui Viki, mengharap Viki muncul kat depan rumah bawa anak-anak dia ke. Aku merindui saat makan keropok yang baru digoreng dan dengan sengaja jatuhkan ke lantai sebab nak bagi Viki makan. Aku merindui saat makan prawn double decker bersama Viki, Viki dan aku serentak gigit Double Deckers tu.. macam cerita Disney lak. Aku merindui saat Viki melompat bila aku sebut jump untuk makan mee goreng masa breakfast. FYI Viki tak suka nasi goreng, walaupun ada ikan, tapi Viki suka mee goreng. Ahhh rindunya aku kat Viki...huhu

Viki adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Dia lah penawar duka aku, penghibur hati aku. Viki ialah tempat untuk aku luah perasaan aku, terutama bila aku rasa mak tak sayang aku. Dan bila aku menang catur juga dikongsi bersama Viki, to be honest rezeki lebih baik sejak kami ada Viki, sesungguhnya Allah SWT duga kami dengan Dia bagi kami untuk jaga Viki dan dia duga kami lagi dengan membawa Viki pergi.. Hidup memang tak sama sejak Viki tiada..

Ya Allah, Kau berikan tempat terbaik untuk Viki kami, dan aku harap Viki mendoakan kami, dan mengadili kami sebaiknya masa kat Padang Masyar nanti, mudahan kami terlepas seksa nerakaMu ya Allah. Aaminn!

No comments:

Post a Comment