Phew! kalau tak cukup kreatif susah juga nak mencantikkan blog ni ye.. since berazam baru ni, aku terus menukar template laman blog chess aku tu.. hehehe.. entah kenapa rasa seronok pula memulakan hidup baru dengan azam baru ni.. setakat minggu pertama ni.. alhamdullillah..
Dulu aku agak malas nak bercerita tentang tempat kerja lama aku, maybe sebab aku berhenti bukan dengan perasaan yang senang, sepanjang tempoh selepas aku berhenti aku sentiasa diulit kenangan masa kat sana (I wish things would be different back then..). Tapi lepas otak aku clear dan tak serabut ni, baru lah aku sedar akan hikmah yang Allah SWT berikan kepada aku selama ni..
Bila dah takdir aku berhenti kerja tu, maknanya itu adalah takdir terbaik untuk aku.. alhamdullillah.. aku lebih tenang mengharungi hidup kerja sendiri selepas itu.. memang aku ada kerja selepas berhenti tu, tapi jiwa tak kena dengan aku, dan dalam kepala aku masih terbayang meja aku kerusi aku dan kenangan di pejabat lama.. (sigh)..hmmm... lepas dua bulan, aku berhenti, dapat pula offer kerja lain di Kuantan. Pun tak kena dengan jiwa dan selera aku juga.. baru sebulan kerja aku dah layangkan surat berhenti. Dipujuk bagai oleh bos aku masa tu, stay la sekejap.. tapi tak lama selepas tu aku berhenti juga.
Serabut juga sebenarnya, sebab pada masa yang sama kerja, dan jaga orang tua. Nak kata aku jaga sesangat tu, aku rasa tak la kot, aku buat setakat aku mampu. Dan aku akui sukar kerja jaga orang tua ni. Lebih sukar bila kita ada sejarah silam dengan depa. Kepada yang berjaya mengharungi badai dan melupakan sejarah silam tu, aku ucapkan tahniah, dan aku mohon tolonglah doakan untuk aku sekali ye. Adik beradik aku selalu cakap aku yang paling sabar.. tapi kadang-kadang aku hilang sabar juga dengan orang tua. Yang paling tak tahan tu, bila mak atau ayah aku merajuk dengan aku...huhu.. kadang-kadang tu asalnya aku yang merajuk, bila aku luahkan perasaan aku, depa lak merajuk! alamak! sabo je lah kan..
"Disaat hati gundah gulana, kepada Dia jua tempat kita berpaling" Ya! kepada Allah SWT juga tempat aku memohon petunjuk dan pertolongan. Setiap kali aku buat orang marah atau merajuk, aku tak reti nak pujuk, tapi aku selalu doa. Setiap masa tak kira bila-bila, lepas solat ke sebelum ke, aku akan doa kepada Allah SWT supaya hati yang terasa tu cepat lah sejuk.. kadang-kadang bila mulut terlepas cakap tu, adalah tu sebab musabab Allah SWT takdirkan macam tu.. sama ada untuk kita ni sedar atau untuk orang yang terasa tu sedar.. cuma ego terlalu kuat kita ni masing-masing..
Jadi bermula lah perjalanan hidup aku yang baru dengan status bekerja sendiri. Mula-mula memang agak cuak juga sebab dah kerja keras tapi hasil belum ada. Serabut datang lagi..huhu.. tapi lepas tu, ingat pada Allah SWT.. doa dan doa dan doa.. alhamdullillah walaupun rezeki tak sebesar mana, tapi korang mesti hairan kan bila aku mampu bayar semua bil-bil aku, dan mak ayah aku. Tu lah, bukan nak kata apa lah.. Allah SWT tu Maha Adil untuk hambaNya. Dia timpakan aku dengan musibah, dia bagi aku limpahan yang tak ternilai! Ketenangan yang aku rasai, nikmat tu tiada tolok banding dengan wang ringgit, Alhamdullillah, syukur pada Yang Esa... Dalam pada itu aku buat juga solat istikharah dan hajat, minta Allah SWT takdirkan aku jalan yang terbaik untuk aku.
Mesti ada yang tertanya-tanya aku buat kerja apa ye? hehehe.. aku ajar chess la.. CATUR! sukan fav aku sejak daripada umur aku 13 tahun lagi. Seronok kan sebab aku buat apa yang aku paling suka.. dan paling seronok sebab aku boleh ajar budak-budak kecil tu, dan tolong depa increase gred periksa. Rasa insan bertuah sebab dapat anugerah daripada Allah SWT untuk mengajar. Aku selalu ingatkan diri ini, anugerah Allah SWT bagi ni bukan leh bawa sampai mati pun, jadi aku kena sebarkan lah.. sebab tu aku tak charge setinggi rakan-rakan aku kat KL. Wuih! siapa tak nak oooiii! tapi aku jadi kesian tengok anak-anak yang kurang mampu tu, tengok anak-anak yang ada masalah belajar tu.. lagipun Allah SWT tak takdir lagi kot untuk aku charge mahal, sebab aku tak tergerak hati untuk buat macam tu lagi.. belum masanya kot..
Tapi langit tak selalu cerahkan.. Allah SWT duga aku lagi.. Allah SWT beri aku perasaan macam ni, aku tak reti nak ubah... aku ni cepat terasa, cepat serik. Kalau aku tak suka, aku akan show aku tak suka, aku tak reti nak bersifat hipokrit. Tak reti nak ampu orang sana sini. Apa yang aku tuturkan ialah apa yang lahir dari hati aku. Jadi aku cuba sedaya upaya aku untuk menjaga hati dan perasaan semua orang. Dan bila gagal..huhu tu yang terasa tu..
PR aku ni tak sebaik mana la.. dulu aku semangat nak jadi arbiter tu.. almaklum le dapat title FA wanita pertama Malaysia.. chewah! best tu! bangga22..hahaha.. tapi lepas dapat assignment jadi arbiter pada May 2012, aku dah jadi serik nak jadi arbiter dah. Sebab selepas tu aku hanya jadi arbiter untuk kawan-kawan je yang mana minta aku tolong tu, dan tourney kat Kuantan je. Entah la kenapa tapi aku terasa hati sangat dengan orang Persatuan ni. Dah le kononnya pangkat aku ni chief arbiter, tapi aku buat kerja daripada level kerani sampai level manager. Lepas tu bila aku buat keputusan dalam pertandingan tu, ada la pula yang persoalkan, siap datang marah-marah lagi tu! yang aku pelik tu, dengan mamat sorang lagi yang jadi arbiter sama dengan aku, tak ada pulak dia nak marah macam tu. Tapi yang pelik tu, aku tak marah orang yang marah aku ni, tapi aku marah kat Persatuan yang langsung tak nampak batang hidung backing aku. Dahle aku lapar gila masa tu, nak keluar makan tak boleh. Aku bukan suruh buat keputusan untuk aku, tapi aku nak at least, ada lah kat belakang aku, sebab pada masa itu aku confident dengan keputusan aku. Aku rasa confirm kalau kat belakang aku tu Persatuan, sure mak budak ni takkan nak marah aku sampai macam tu sekali. So, kalau dia baca blog ni, aku nak bagitau aku tak marah kat dia pun, aku marah kat orang-orang persatuan tu. Aku bukan peramah orangnya, tapi tak bermakna aku sombong, so aku tak reti nak sosial dan tegur Kak yang marah aku tu. Selalu gak jumpa kat tournament, tapi kami selisih bahu memang tak tegur la. Aku cuma doa dia lembut hati la.. Sebab balik-balik akan jumpa gak muka aku ni..
Ada banyak lagi peristiwa lain, tapi masa tu aku boleh sabar lagi.. sabar dan sabar, dan tabah dan tabah.. dan teruskan perjuangan hidup ini..Tapi selepas peristiwa seorang parent ni tak bertegur sapa dengan aku sebab sorang anak dia tak layak ke Majlis Sukan Sekolah2 Negeri baru-baru ni.. aku jadi terkedu sangat. Aku rasa aku dah rapat dengan dia, aku dah anggap dia macam saudara aku dah. Anak-anak dia dah macam anak saudara aku je. Dia nak aku drive dia ke KL aku ikut je. Memang le aku terjejas income ajar chess bila aku ke KL tu, tapi takpe la.. insyaAllah demi niat murni aku nak tolong orang, ada rezeki untuk aku tu (aku selalu cakap "tak rugi buat baik dengan orang").. wuih..! memang effect gila oo bila aku call dia tak angkat, aku sms dia tak balas.. terasa ooo.. confirm dia anggap aku bersalah. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. Dah le skill memujuk takde, skill PR hancus! so, kepada Allah SWT aku berserah dan aku berdoa, aku berdoa agar anak dia yang sorang tu lepas la wakil negeri ke MSSM. Alhamdullillah...berjaya! aku harap dia main yang terbaik kat MSSM nanti, sebab aku dah tak boleh ajar dia lagi dah...
Aku bagi tempoh untuk aku bertenang sepanjang aku kat Bali, selepas ini, aku dah tak berani nak ada close relationship dengan mana-mana orang dah. Aku dah malas nak cipta hubungan dah dengan orang. Lepas ni strictly business is business. Work is work. Aku dah penat dah nak jaga hati orang, dah le aku tak ada suami atau anak-anak yang boleh bagi aku bahu disaat airmata ni nak gugur kebumi.. Yang sudah tu sudah la..Sesiapa yang kenal aku masa sekolah-sekolah tau yang aku pendiam orangnya.. cuma sejak cita-cita nak jadi arbiter ni aku cuba belajar jadi peramah. Tapi kalau dah memang bukan daripada baka peramah cuba macam mana pun tak jadi juga. So aku berfikir, sekarang ialah masa untuk aku kembali jadi pendiam. Ya, rasanya itu lebih baik..
Masa aku solat istikharah tu Allah SWT dah bagi aku satu perasaan dalam hati aku, bahawa catur bukan kerjaya aku sepenuh masa.. tapi aku tetap degil nak minta dengan Allah SWT ubah takdir aku, aku doa dan doa dan doa aku nak buat chess juga.. sebab dah selesa.. Tapi Allah SWT tu Maha Kaya, Dia tunjukkan peristiwa sepanjang tempoh aku buat chess tu. Aku je buta melihat, tapi Allah SWT celikkan aku dengan kes parent ni. Akhirnya aku terpaksa juga melepaskan.. chess cuma sekadar hobi terbaik untuk aku, tetapi untuk berkerjaya dalam dunia ni, aku tak sesuai. I am not tough or strong enough for this..
Akhirnya aku terima tawaran kerja tu walaupun last min. Kalau dah takdir Allah SWT kata kerja tu untuk aku, buatlah macam mana pun kat company ni, depa tetap boleh tunggu aku untuk masuk kerja. Amazing betul kan.. hahaha So, sekarang ni aku memulakan hidup bekerja dalam dunia akaun yang aku tinggalkan setahun lalu. Aku masih buka centre aku tu, cuma untuk training dan coaching je lah. Selagi Allah SWT kata sebarkan ilmu aku ni, aku buat la.. lagipun it makes me happy seeing those kids happy learning chess! Cuma untuk buat chess macam dulu tu tak la.. mood nak buat pertandingan pun rasanya dah hilang dipukul ombak masa kat Bali kot..hahaha entahlah aku pun tak tahu kemana hala tuju selepas ni. Tapi ke mana arah kaki aku melangkah aku yakin dan pasti, itulah takdir terbaik untuk aku....
No comments:
Post a Comment