Tuesday, March 26, 2013

SPM..

Para lulusan SPM 2012, sudah tentu sekarang ni memulakan agenda mengisi mana-mana borang yang patut diisi, dan ada juga yang menghadiri karnival universiti atau kolej-kolej. Tapi, kamu tau ke apa makna selepas SPM tu?

Kalau ada yang bertanya kepada aku, jawapan aku senang sahaja. Korang nak belajar tinggi-tinggi ni atas sebab apa? jawapan yang biasa aku dengar sebab nak guna kelulusan untuk dapatkan pekerjaan lebih baik. Lepas tu aku tanya lagi, kenapa nak dapatkan perkerjaan lebih baik. Korang biasa akan jawab, sebab nak dapat gaji yang lebih lumayan! Bingo! simple je kan! Jawapan yang sebetulnya kenapa nak belajar setinggi menggunung sebab nakkan gaji yang banyak! Tak kiralah sambung belajar lepas SPM ke, sambung belajar beberapa tahun selepas SPM tu ke, atau belajar je tak kiralah kursus apa janji ada segulung sijil..

Nabi SAW pernah bersabda "belajar lah sehingga ke China"

Maksudnya proses pembelajaran itu tak pernah berakhir... Learning is a neverending story.. Aku bercakap berdasarkan apa yang aku rasa, dan pengalaman aku.. for over 30 years...hahaha chewah!

Pada aku yang tak berjaya tu jangan la susah hati sangat, sebab perjalanan hidup korang tak berhenti setakat SPM je. Korang kaji diri korang sendiri tu jenis yang macam mana? korang jenis yang boleh study buka buku ke or buku tengok korang? heheh.. atau, korang ni jenis yang teori langsung tak boleh masuk tapi korang suka bila bab-bab praktikal? Sebab jenis yang buku tengok balik tu aku..hahaha

Sebab korang dapat keputusan SPM tu tak kira la buruk ke baik ke semua sebab takdir daripada Allah SWT. Takdir yang penuh dengan hikmah yang tak ternilai harganya (untuk hambaNya yang bersyukur). Cuba korang istikharah dan solat hajat, mesti Allah SWT bagi korang petunjuk kan.. mesti Allah SWT terbitkan ilham untuk korang buat apa selepas SPM kan? Setiap sesuatu yang berlaku ada pengajarannya, ada sebab musababnya.. Aku boleh cakap macam ni kat korang sebab baru sekarang ni aku faham kenapa Allah SWT bagi result kat aku macam tu. Kenapa sukarnya laluan aku untuk mendapatkan sekeping ijazah tu. Dan selepas dah faham, barulah kita akan bersyukur.. Kegagalan bukan beerti pengakhiran sesuatu episod! ingat tu!

Meh sini aku kongsi cerita yang aku dengar, yang aku baca dan yang aku sendiri alami:

Cerita Pertama : Cerita aku sendiri...
Budaya hidup aku ni pelik sikit. Mak dan ayah aku tak pernah bising kalau aku tak buat kerja rumah ke, exam dapat teruk ke. Depa macam tak pernah kisah je. Report card pun aku sign sendiri ye..hahaha. Sebab tu lah aku sukar belajar. Sebab tak ada budaya belajar, sebab tu la setiap kali buka buku, buku akan tengok aku balik..hahaha. Kepada parents kat luar tu, wujudkan budaya belajar tu kat rumah, jangan main lepas tangan je kat cikgu sekolah or cikgu tuisyen. Bab-bab monitor tu parents sendiri nak kena buat kat rumah. Lebih berkesan kalau parents sendiri yang prihatin dan jadi cikgu anak-anak kat rumah. Tapi kalau tak mampu lepas hantar tuisyen tu, monitor la.. Carilah masa... Kalau betul-betul nak, insyaAllah Allah SWT akan bantu bagi masa tu kat kita. Allah SWT kan sayang kepada hambaNya yang sayang pada Dia.

Lepas dapat SPM tu, aku sebenarnya tak tau nak belajar apa. Kerja tak nak, tak bersedia untuk jadi pekerja diusia belasan tahun. Tiada seorang pun yang dapat bantu aku. Mak cuma cakap belajar dapat ijazah, tapi ye lah, belajar dalam bidang apa? Parents out there, korang boleh tak lebih specific sikit! Maknanya masa anak korang kecik2 lagi korang kena lah nuture dia untuk jadi as per korang punya acuan (rujuk dokumentari National Geographic Channel - Make Genius) Bagi dia hala tuju yang korang nak. Anak-anak kan ibarat sehelai kain putih. Tapi bila anak-anak korang jenis yang tau apa yang dia nak (hasil didikan korang juga sebab dia tau, macam aku, aku langsung tak tau. Kalau ada orang guide aku suruh jadi doctor aku ikut je.. sebab aku memang tak kisah) Tapi kalau korang dapat anak yang firm dan tau apa yang terbaik untuk dia, dorong lah dia, berilah sokongan, kalaupun dia kata "mak, saya nak jadi tukang masak!" so, korang dorong lah dia supaya jadi Chef..heheh tukang masak macam low sikit kan.. chef tu nampak macam classy sikit la..hehehe.

Macam-macam aku minta tapi semua yang aku minta tak dapat. Politeknik pun tak nak aku, inikan pula universiti. Manalah aku tak kecewa, tambah-tambah lagi kawan-kawan aku yang result pangkat dua pun leh dapat politeknik. Mulalah mencanang kenapa la aku tak layak sedangkan result aku pangkat 1. Allah SWT work out things in mysterious ways... Dia tak bagi aku masuk mana-mana selama dua tahun lepas SPM sebab Dia nak aku tetapkan pendirian aku, tentukan apa yang aku nak. Tapi untuk insan yang tak faham-faham juga ni, ye lah agama tahap paling cetek..huhu.. aku tetap tak tau nak buat apa.

Cuma lepas dua tahun aku isi borang ITM aku minta buat akaun. Kenapa aku minta akaun, sebab kata hati aku cakap dalam banyak-banyak kursus tu, itu je yang aku tau buat. Suka tu tak la, tapi tau la debit dan kredit tu. Tu lah kan, kalau dah takdir tu memang rezeki aku, rezeki aku lah. Aku minta sekali je, terus dapat. Tak perlu nak merayu ke apa ke. Allah SWT Maha Besar Maha Kaya, kalau dah takdir tu tak kemana, cuma lambat dan cepat je. Asalnya aku tak minat akaun, tapi sebab dah alang-alang buat, aku kena la tanam minat, pupuk diri supaya sayang akaun, sayang akaun. Aku psiko diri aku sendiri untuk mencintai akaun. Hahaha.. and it works.. walaupun nak termuntah rasanya nak mengabiskan pelajaran aku, tapi dah mula suka akaun sampai tahap nak jadi akauntan suatu hari nanti..hahaha jadi kepada korang yang asyik bagi alasan, tak bole absorb la, tak minat la.. TOLONG la jangan ikutkan sangat kata hati tu. Syaitan Iblis suka kepada pembaziran, bila korang tukar kursus, berhenti belajar, dan buat kerja sia-sia selama korang belajar tu, tak ke membazir namanya? korang nak jadi kawan dia ke? eeeiiii! selisih! jangan la! Sebab tu sebelum korang ambil kursus lain kali istikharah dulu. Dan bila Allah SWT takdirkan dapat walaupun korang tak minat, tanamlah perasaan sayang tu, suka tu. Tanam azam nak berjaya! Setiap yang berlaku tu ada hikmahNya..ingat tu!

Cerita Kedua: Cerita si kawan kepada kawan yang minat nak jadi doctor tapi bukan jurusan sains.
Cerita ni menarik, minah ni result SPM tak bagus, tak layak nak minta jurusan doktor. Jadi dia ikut jalan jauh. Dia buat Pra-Sains kat ITM (1 tahun ke 2 tahun aku pun dah lupa), then lepas tu dia buat Diploma in Science (2 tahun 6 bulan). Lepas habis diploma tu dia baru sambung ijazah buat kedoktoran di salah sebuah Uni tempatan selama 6 tahun lagi kena belajar.. Wah! korang rasa macamana? whoa!! penat oo.. tapi sebab nak punya, dia punya keazaman tinggi untuk berjaya.

Cerita Ketiga : Cerita si kawan kepada kawan yang dapat SPM pangkat dua tapi dapat kelulusan terbaik dan terima anugerah masa konvokesyen serta dapat tawaran buat praktikal akaun di Australia.
Minah ni aku kagum! salute la! pangkat dua bukan masalah utama untuk jadi terbaik. Dia bukan sahaja pelajar terbaik setiap semester malah menang anugerah lagi! Confirm result SPM ialah wake up call untuk dia.

Kalau nak berazam untuk berjaya, untuk bangkit kembali mestilah kena ada kesungguhan! Kalau gagal dulu sebab malas belajar, rajin la sikit lepas tu. Aku pun dulu cam tu gak, susah oo nak belajar! Susahnya lah nak buka buku dan buat ulangkaji. Tapi nak ke taknak ke aku kena gagah la. Buat la sikit, asalkan buat daripada tak buat langsung.

Tapi aku bersyukur Allah SWT temukan aku dengan Catur, sebab lepas aku main catur, aku lebih fokus. Ye la, main catur kan nak kena fikir, fikir, fikir.. nak kena calculate kita nak gerak apa, kebarangkalian lawan akan gerak apa.. otak dah ligat bersenam masa main chess tu. Jadi secara tak langsung walaupun aku tak pernah buat ulangkaji pelajaran aku tetap boleh jawab masa exam sebab aku fokus pada cikgu ajar kat kelas. Kira aku beruntung la sebab aku minat Catur. Masa aku lebih banyak main Catur, menyertai kejohanan Catur daripada masa aku ada kat sekolah. Result periksa taklah excellent! tetapi, average la untuk orang yang bermasalah macam aku ni.

Yang paling kelakar, masa nak dekat SPM tu.. dengan tak baca buku dan buat ulangkaji sebelum ni.. korang tau aku study macamana sebelum nak exam tu? hehehe.... seminggu sebelum exam, aku study past year questions, aku buat soalan ramalan tahun aku exam tu..hahahaha... ye la dah nak express kan! Opps! anak-anak kat luar sana jangan ikut cara makcik (aku la makcik tu) ni ye.. tak bagus... korang tak boleh buat, sebab otak korang kalau tak study selama ni otak korang tu tido. Tiba-tiba korang kejutkan dia.. tergezut otak tu! Study last min tak bagus untuk otak, kita boleh cederakan otak kita. Aku boleh buat last min (pada masa tu) sebab aku masih aktif bermain chess.. otak hari-hari setiap masa bersenam, jadi last min ke apa ke study otak aku boleh absorb...

Alhamdullillah..dah takdir Allah SWT aku lulus.. walaupun tak seberapa, tapi aku lulus juga. Walaupun tak seberapa tapi aku berjaya menggulung ijazah. Walaupun grad lambat daripada rakan-rakan aku yang lain, tapi aku bersyukur.. sebab tujuan aku nak belajar ialah untuk sejumlah wang bagi menyara keluarga..

Anak-anak kat luar sana tu, jadi jangan putus asa ye. Setiap yang berlaku ada hikmah! teruskan berusaha.. kalau tak dapat hari ni, cuba hari esok pula.. Take your time, its juz that, dont take too long to wake up! :D

Friday, March 22, 2013

Aku dan Viki (Dalam Kenangan...)

Aku ni jenis yang sukakan binatang, daripada kecil aku sukakan kucing. Suka main, belai tapi masa tu tak dapat nak bela. Mak tak kasi. Mak geli dengan kucing.

Kami (aku adik, abang, abang Long setiap malam jam 10 keatas akan berjalan kaki sejauh 7km (aku agak la, sebab jauh) untuk jemput kak Ngah aku turun bas awam balik kerja. Abang Long bimbang Kak Ngah kena kidnap ke apa ke..hehehe abang Long aku memang sayang kak Ngah aku... kamcing! hahaha.

Suatu malam tu aku tengok kakak aku bawa balik kotak.. entah apa isi aku pun tak meneka.. buat selamba sahaja ber suka-sukaan dengan adik aku berjalan kaki..hahaha.. sampai rumah, malam-malam hari aku dengar bunyi ngiau-ngiau...ingatkan kucing kat luar... lepas tu aku dengar lagi.. "eh! suara anak kucing tu" aku pun mengendap-ngedap kat dapur.. kucing kat luar manalah yang bunyi tu. "Eh! bunyi datang daripada kotak.. bila masa pula kotak ni letak kat sini" kotak tu betul-betul kat pintu dapur. Aku mengintai "Eh ada anak kucing!" happy gila! terus berlari dalam rumah buat kecoh "ada kucing kat dapur!" kak Ngah dan yang lain buat tanda isyarat "shhhhh" abang cakap "jangan bising nanti mak tau"... alamak! mesti mak marah nanti..huhu.. kegirangan bertukar kehampaan.

Keesokannya aku intai mak aku.. apa kata mak aku. Mak tak bising, mak cuma cakap letak kucing kat luar rumah, malam baru bawa masuk dalam rumah. Phew! betapa happynya kami semua. Yeay! aku ada kucing. Anak kucing lak tu..hehehe.. aku tanya kak Ngah kenapa tetiba bawa kucing balik, kak Ngah cakap, masa dia tunggu bas, kucing tu dok ngiau-ngiau dan ikut dia balik. Kak Ngah tak sampai hati, jadi cari kotak letak kucing dalam kotak. Korang bayangkan perasaan kakak aku masa dalam bas, kucing ngiau dan orang semua pandang dia. Terpaksa la buat poker face kan..hahaha. Aku tanya kat semua nak bagi nama apa kucing ni, kak Ngah jawab "Viki" semua pelik.. macam nama cerita hindustan je, dan kakak aku bukan penggemar tv pun... takpe lah Viki pun sedap juga!

Kami beruntung sebab masa tu rumah kampung, jadi kiri kanan semua kawasan tanah, depan rumah ada pandang bola yang luas. Jadi memang sesuai nak bela kucing..hehehe. Rutin Viki setiap siang kena dok luar. Mak cakap "kalau betul kucing tu nak kita bela dia takkan lari jauh" dan memang betul Viki tak pergi jauh, sebab badan dia kecil, dia dok kat beranda celah-celah kayu yang muat-muat untuk dia je (pandai betul!). Sebab setiap siang Viki akan kena kacau dengan kucing jantan lain kat situ. Ada aku je kucing jantan lain tak berani, dan masa tulah Viki akan tunjuk hero tayang-tayang badan kat kucing jantan lain tu..hahaha mana la tak berasap kucing lain tu..

Malam hari masukkan Viki dalam kotak. Riuh dia kena masuk dalam kotak. Tapi nak buat macam mana, nanti mak bising kalau dia "membuang" merata-rata. Cuma sebelum masuk tu, sempat la main-main dengan Viki dulu, usap-usap dia, manja-manja dengan dia, bagi dia tidur kat atas badan..hehehe. Cuma bila time kami nak tidur je kena letak dia dalam kotak.

Susah juga nak jaga Viki ni, sebab dia patut susu badan dengan ibu dia. Nak bagi nasi ikan dia tak leh makan lagi, mak suh bagi susu tapi dia tak reti minum.. so kena invented "straw" untuk dia minum. Masa dia tak nak minum tu cuak gak.. Allah SWT mendengar keluhan kami, maka Viki leh minum dengan straw yang dibuat daripada kertas dan digulung. Alhamdullillah...sihat je Viki takde la pula masalah lain ke.

Alhamdullillah sepanjang kami jaga Viki dia memang sihat.. tak ada masalah kutu sangat, masalah kurap ke apa ke... memang cantik la Viki membesar (btw, Viki kucing jantan ye). Dah lama-lama bila Viki pandai membuang sendiri Viki dah tak payah tidur dalam kotak dah. Selalu tiap-tiap malam aku akan rasa macam ada sesuatu memanjat katil dan menyentuh kelambu. Betul-betul ada benda berbulu tidur sebelah aku.. cuma bezanya aku dalam kelambu Viki kat luar kelambu. Happy betul kan!? FYI Viki tak suka tidur kat bahagian kaki, Viki suka tidur kat kepala orang, sebab ada bantal kot.. kadang-kadang boleh tercium dengan Viki tu..ehehe I dont mind a bit!

Sebab selalu bercakap dengan Viki macam ahli keluarga, Viki punya life pun dah macam orang. Time kami tidur dia akan tidur, time kami jaga dia pun jaga. Time makan dia pun makan, time puasa dia pun ikut puasa juga. Time berbuka... disaat kami sentuh je makanan lepas dengar azan, baru Viki akan sentuh makanan dia. Paling kelakar time kami melepek sebab puasa.. Viki pun sama melepek dengan kami juga..hahaha comel! Viki memang kurus sebab puasa. Bukan tak bagi dia makan, ada bagi, tapi dia tak usik pun. Dan dia macam tau-tau je bila first day puasa, dan bila hari raya. Time orang kecoh kat dapur, dia pun tumpang kecoh juga..hahaha

Selalu masa aku sekolah petang dulu, pagi-pagi aku akan main dengan Viki. selalu aku akan start lari-lari kat padang depan rumah aku, dan Viki akan ikut. Kami akan main kejar-kejar.. then guling-guling atas padang tu.. wah! comel sungguh Viki masa tu. Dan bila time aku kena pergi tunggu bas, Viki akan ikut aku tunggu bas, bimbang juga Viki kena langgar ke apa ke, susah juga nak suruh dia balik. Aku halau dia datang balik.. So aku biarkan je la mendoakan dia selamat. Elok aku naik bas Viki melompat-lompat balik.. Then yang best bila aku turun je bas balik sekolah Viki akan jemput aku balik rumah.. Korang pernah merasa ke macam tu, mesti jeles kan..hehehe (macam cerita Hachiko pula) Hehehe..paling best, sebab kak De aku takut kucing, aku suka sebut "Viki, attack!" sambil tangan tunding kat kakak aku..hahaha menjerit kak De aku bila kena serang dengan Viki. Alah Viki bukan buat apa pun, dia cuma akan pegang betis kaki kak De aku je.. dan gigit-gigit manja. Bukan sakit pun la.. aku dah banyak parut sebab Viki, tapi aku ok je..hehehe. Parut sebab Viki bila terkejut dia suka cakar, bila dia marah aku kacau dia, dia akan gigit dengan kuat.

Sebab Viki dah macam adik yang bongsu Viki teramat manja dan merajuk. Sikit-sikit merajuk..sikit-sikit merajuk.. apa daa! Susah juga nak pujuk Viki ni. Tapi bila dia cedera bergaduh dengan kucing lain, dia akan manja sangat minta di belai. Dulu-dulu, kucing pandai survive sendiri kalau cedera. Selalu Viki akan cari dicelahan rumput ubat untuk luka dia. Kerap juga aku tengok dia akan ketanah kalau dia cedera tu. Kucing kalau gaduh sampai berdarah-darah..huhu kesian Viki.

Viki dah besar panjang, mula la menggatal. Tapi bukan sebarangan kucing leh jadi gf dia tau! hahaha dia pilih kucing hutan yang liar. Tapi mak aii! comel gila kucing tu, tapi garang la. Tak pernah dapat sentuh la kucing tu. So, Viki dah start balik rumah lewat malam, kadang-kadang tak balik langsung (eh! macam cerita drama dalam tv lak ye). Bila balik je minta makan, lepas tu keluar balik. Mana aku tak hot. Viki pandai, bila dia nak membuang dia akan ngiau dan pergi dekat pintu bagitau nak keluar. Dan bila nak masuk dia akan ngiau minta masuk rumah. So suatu malam masa aku tengah hot, Viki ngiau minta masuk rumah, aku buka pintu dan bagi dia makan. Lepas makan je dia ngiau dan point kat pintu nak keluar, angin la aku "balik rumah je nak makan! lepas tu keluar! tak reti dah nak dok rumah!" punya la hotnya aku. Viki daripada tempat makan dia ke pintu, sepanjang perjalanan dia membebel kat aku "ngiau-ngiau-ngiau-ngiau-ngiau.....bla bla bla" dalam bahasa kucing dia tapi kedengaran agak garau daripada biasa. "Amboih!" terkejut aku Viki marah aku. Tak pernah hayat dia marah aku, tulah malam dia bebel dan marah aku balik. Sabo je la kan... Viki Viki... isk isk isk...

Kami pindah rumah. Susah juga nak bawa Viki pindah ni, sebab Viki tak friendly dengan stranger. Aku kena masukkan Viki dalam jaket dan aku naik dok belakang lori. Sepanjang perjalanan aku bercakap dengan Viki supaya dia tenang. Kuat aku pegang Viki, punya la sayang kat Viki tu takut dia melompat. Aku tak suka rumah baru sebab aku tau Viki tak suka, tapi kami kena pindah juga. Aku bagi Viki intai-intai rumah baru. Dia masuk ke setiap bilik dan setiap ruang, dalam rumah, luar rumah. Dicium-cium semua tempat. Ambil masa juga untuk Viki selesa dok kat situ. Lama juga, sebab sesekali aku tau Viki takde sebab dia pergi jenguk gf dia. Jauh dia berjalan tu.. macam mana aku tau, sebab aku ternampak la. Tapi lama-lama Viki boleh terima tempat baru kami.

Kat sini cabaran Viki lagi hebat, ada seekor kucing kami gelarkan Panglima. Panglima ni macam samseng kampung dusun la. Dengan muka yang berparut, dan lagak jalan yang mendabik dada, fuhh! memang real gangster la. Dia punya jeling kat Viki, as if "i got my eyes on you" punya la tak takut langsung kat kitaorang ni. Viki selalu kena belasah dengan Panglima ni. Selalu luka sana luka sini. Kesian Viki. Suatu hari tu aku ada tengok Viki melawan, wah! Viki dah dewasa.. walaupun kalah tapi aku salute la sebab Viki melawan! Tabik! Lepas tu Panglima ada datang juga usik-usik tapi Viki tak de lah luka teruk sangat dah. Aku sebenarnya tak boleh nak salahkan Panglima tu, dia pun kesian juga, tak ada tuan nak bela dia, so nak hidup kat jalanan kena kuat la. Dan kuat pada dia ialah dengan tunjukkan kekuasaan dia la. Ya Allah SWT Kau Maafkan la kami kerana bersangka buruk sebelum ni kepada Panglima tu, aaminn!

Incident kelakar, mak bising sebab ada tikus buat hal kat rumah, mak kata ada kucing tak boleh diharap. Hehehe, korang tau Viki buat apa? keesokan harinya pagi-pagi Viki dok tayang tikus kat sebelah dia, then pandang je mak aku, juz pandang je mak aku dengan muka seposen... eksen tul Viki ni...hehehe. Ada lagi, suatu hari tu mak bising sebab ada najis kucing dalam rumah kat area garage dapur. Viki buat muka selamba dia as if "esok akan aku buktikan". Esoknya dia heret kasut aku (apasal lak kasut aku jadi mangsa Viki ooiit), ngiau-ngiau kat mak aku tunjukkan culprit mana yang membuang tu. Rupanya ada seekor kucing luar yang membuang. Mak kata kucing ni mesti tuan dia dulu dok rumah yang kami duduk tu kot. Mak selepas Viki jadi kucing yang paling sopan dia pernah jumpa, mak dah tak negatif lagi pasal kucing, lalu mak adopt kucing yang buat hal tu.

Viki tak marah dan tak jeles, sebab Viki tau kami lagi sayang dia. Viki betul-betul macho dan tunjuk kelakuan yang lebih baik. Dia tak pernah berebut makan dengan Tompok. Tapi Tompok tak lama jangka hayat, dia pass away. Aku rasa keracunan kot, sebab Tompok ni makan merata. Dia tak macam Viki yang cuma makan makanan yang kami bagi je. Dan minum air bersih je.

Kami makin membesar so as Viki. Bila dia dah besar, dia dah kurang mood nak bermain macam masa dia budak-budak dulu. Manja masih lagi macam dulu, cuma dia dah kurang la nak dok atas riba ke, nak tidur kat kepala aku ke..

Then kami pindah rumah lagi. Aku betul-betul tak suka rumah ni. Kawasan perumahan, kiri-kanan konkrit, tak ada tanah, lemas yang amat rasanya. Viki pun jelas tak suka rumah ni. Sebab Viki kena harungi cabaran baru berebut kawasan dengan kucing yang dah season kat situ. Kesian Viki asyik luka bergaduh je..huhu. Suatu hari, Viki luka teruk. Tapi kali ni dia nak bermanja, dia minta nak baring atas kerusi, ayah bising tak bagi. Aku tak faham ayah kenapa daripada dulu ayah tak pernah suka Viki. Dia suka marah Viki, halau Viki jangan dok dekat dengan dia. Viki pun tau ayah tak suka sebab tu Viki tak cari ayah, tak heran pun dengan ayah. Tapi kali ni Viki betul-betul merajuk dengan ayah. Aku panggil Viki masuk rumah dia tak nak. Aku pegang dia nak suruh dia masuk rumah dia mendengus marah kat aku. Patut aku juz pegang je bawa Viki masuk, macam la aku tak biasa kena gigit kena cakar dengan Viki. Tapi masa tu aku cakap "dok la kat luar ni nak sangat" aku merajuk sebab Viki mendengus marah aku pegang dia. Tapi tu lah kali terakhir aku nampak Viki. Lepas malam tu, Viki hilang tanpa khabar berita. Puas cari tak jumpa. Kami semua sedih.. memang tak sangka daripada tahun 1988 - 1993 kami sempat bela Viki.. Kucing warna putih dan tompok oren milik kami sekelip mata je tak ada...

Aku sampai sekarang ni merindui Viki, mengharap Viki muncul kat depan rumah bawa anak-anak dia ke. Aku merindui saat makan keropok yang baru digoreng dan dengan sengaja jatuhkan ke lantai sebab nak bagi Viki makan. Aku merindui saat makan prawn double decker bersama Viki, Viki dan aku serentak gigit Double Deckers tu.. macam cerita Disney lak. Aku merindui saat Viki melompat bila aku sebut jump untuk makan mee goreng masa breakfast. FYI Viki tak suka nasi goreng, walaupun ada ikan, tapi Viki suka mee goreng. Ahhh rindunya aku kat Viki...huhu

Viki adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Dia lah penawar duka aku, penghibur hati aku. Viki ialah tempat untuk aku luah perasaan aku, terutama bila aku rasa mak tak sayang aku. Dan bila aku menang catur juga dikongsi bersama Viki, to be honest rezeki lebih baik sejak kami ada Viki, sesungguhnya Allah SWT duga kami dengan Dia bagi kami untuk jaga Viki dan dia duga kami lagi dengan membawa Viki pergi.. Hidup memang tak sama sejak Viki tiada..

Ya Allah, Kau berikan tempat terbaik untuk Viki kami, dan aku harap Viki mendoakan kami, dan mengadili kami sebaiknya masa kat Padang Masyar nanti, mudahan kami terlepas seksa nerakaMu ya Allah. Aaminn!

Tuesday, March 19, 2013

Amalan Harian..

Aku nak share dari Tanyalah Ustaz, yang aku dapat sebab ada kawan-kawan yang share di Facebook (kat mana lagi sumber ilmu aku..hehehe). Aku pun tak terbuat semua 20 amalan ni lagi, tapi sedang berusaha kearah itu, insyaAllah. Kadang-kala bila kita lupa, dan melupakan Allah SWT, Dia menjauh daripada kita. Tapi bila kita bangkit kembali dan insaf dan mengingati Dia, Dia semakin mendekat dengan kita. Dan pada masa itulah doa dimakbulkan oleh-Nya. Tutur bicara nak kena jaga juga, sebab bila doa dimakbulkan yang kita tak berniat atau yang tak baik pun Allah SWT akan makbul juga.. Bab-bab ni aku masih lagi lemah.. sebab ada sesetengah doa aku makbul yang aku memang menyesal.. tapi itulah takdir Allah SWT yang memberi peringatan untuk hamba-Nya..

20 Amalan Murah Rezeki
1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibuk...
an dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”(Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Wednesday, March 13, 2013

Seharusnya Kita Menjadi Manusia Bersyukur..

Sebab masih lagi "buah cempedak" kat office baru ni, jadi kerja tak adalah sangat, sedang asyik browse membaca posting kawan-kawan kat facebook, aku tertarik untuk share dengan pembaca kat blog aku ni (Thanks Mie). ISTIDRAJ. Dulu aku selalu tertanyakan perkara yang sama..sekarang aku dah tau jawapannya.. aku kongsikan nukilan ~Muhammad Fahrurradzi~

‎''AKU TIDAK SOLAT TAPI AKU TETAP BERJAYA...'' Itu adalah ISTIDRAJ. Apakah itu ISTIDRAJ..?

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati ...
yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukan-Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi Hamba-Ku yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin TIDAK..

Anda TENANG sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

^_^
 ~Muhammad Fahrurradzi~
 
Ya Allah ampunilah dosa kami. Selama ini kami gagal memahami maksud dugaan dan limpahan yang Kau berikan. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan kami..

AGM...

Pada 10hb Mac yang lalu detik-detik siri akhir drama yang berlangsung selama beratus episod sejak tahun lepas berlaku jua. Epik episod akhir yang penuh dengan adegan panas, dengan lantunan pelbagai emosi para delegasi dan pemerhati terlibat amat mendebarkan kami.

Apa yang aku cakap ni? :D sebenarnya pada tarikh tersebut adalah tarikh Mesyuarat Agung Pemilihan AJK baru Persekutuan Catur Malaysia. Nah! dah tau kan betapa berdebarnya kami masing-masing peminat tegar catur ni, punya la nak tau siapa yang akan menerajui MCF nanti.

Kenapa aku nak sibuk apa yang berlaku? Bukan ke aku baru je canang satu Malaya aku dah memperlahankan rentak chess aku? Betul lah aku memperlahankan rentak aku... perlahan je, bukan aku bersara pun.. hehehe... macam loyar buruk lak bunyi nya..hehehe

Aku mestilah ambil tau, sebab aku kan ada ramai budak-budak chess baru yang aku masih ajar yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh. Dan aku juga AJK persatuan aku kat sini, jadi nak juga tau apa tempias yang akan dapat kat aku kat sini nanti.

Politik ada dimana-mana ye.. permainan politik sekecil sukan catur ni pun dah semacam tahap politik mendebarkan kita setaraf pilihanraya umum (yang aku tak tau bila la kerajaan nak umum tah). Sebelum dan semasa AGM hari tu pun politik digunapakai. Aku tak tau nak rasa apa pada masa tu, tapi yang nyata aku rasa sedih sebenarnya.. Sedih sebab dunia catur ni kecil je, dan selama ni orang-orang kecil macam aku ni terasa terabai. Belum pun dapat pulih luka orang-orang macam aku ni, orang-orang atasan masih lagi berdebat tentang siapa yang betul dan siapa yang salah.. Sedihkan!

Aku mengelak untuk pergi ke AGM tu, sebab aku tak nak rasa bertambah sedih tengok orang gaduh-gaduh depan aku. Sebab aku buat chess pun sebab aku suka dan aku minat. Nak kata duit aku tak berabih banyak, banyak duit aku dah habis sebab chess sebenarnya cuma aku tak canang satu Malaya je. Tapi aku tak kisah, sebab duit tu tak ada nilai kalau nak banding dengan kepuasan tengok adik-beradik aku happy, tengok budak-budak dan kawan-kawan aku happy sebab chess.. Kegembiraan mereka adalah nikmat yang tak ternilai Allah SWT limpahkan sebenarnya... Kadang-kadang stress juga bila rasa nak makan tak mampu nak keluar duit beli, or bila rasa nak beli baju kena berkira-kira sebab duit kena bajet untuk belanja chess.. tapi Allah SWT tu Maha Kaya, bila aku doa dan doa dan ingat Dia, perasaan stress tu hilang dengan sendiri nya, perasaan nak makan or membeli tu tak ada sangat. Maksud aku, tak ada la nak terkilan kalau tak dapat..

But at the end, Tan Sri menang lagi. Menang setelah undian kali kedua (kali pertama tie). Aku tak kenal deputy Edmund tu, ada yang pro dia kata dia ok, dia akan bawa perubahan dan pembaharuan chess ni. tapi aku tak berapa suka assisstant dia. Sebab assistant dia suka marah-marah orang, perasan bagus. Suka canang stupid here stupid there. Pernah depan aku dia marah orang tu kata "Stupid", tergezut aku! pernah aku tengok dia marah parents sebab anak bising kat luar, yang aku bengang tu, dia main pilih lak tu siapa dia nak marah.. kalau mr nobody tu hati-hati je la. Dia tak pernah marah aku lagi la setakat ni, aku tak pernah cari pasal dengan dia. Aku cukup hati-hati dengan dia sebab aku tak tau apa tindakan aku kalau dia marah aku. Sama ada aku bagi penampar sebijik atau aku kasi smash kaw-kaw kat dia entah la, aku pun tak pasti. Sebab bila aku marah, orang tak suka aku... dan aku tak suka diri aku bila aku marah. Dia tu pernah gak halau orang keluar dari hall, dan cara dia halau pun memang kureng la! Tapi yang paling aku berasap dan hampir menjawab masa tu (aku sabar dan diam) bila dia kata mengagungkan orang luar dan barangan luar. Ok la contoh: Ada ke dia kata batik Indonesia lagi lawa dan sedap dipakai daripada batik tempatan? Cara dia cakap tu macam batik tempatan ni low class..i mean..really222222 low class n not worth buying! dia sedar tak dia tu lahir kat mana dan warganegara mana? kalau tak suka Malaysia, tukar la warganegara!

Yang challenge Tan Sri tu pun aku tak kenal sangat la, tapi aku nampak macam dia minat nak bangunkan chess la. Nak kata aku sokong dia, aku tak kenal sangat dia, tapi kalau dah lama ditadbir Tan Sri tak ada pembaharuan, baiklah aku sokong orang baru. Mana tau lepas ni budak-budak aku dapat wakil Malaysia ditaja sepenuhnya, bukannya kena keluar poket sendiri macam bertahun yang lepas!

Ok la fine, Tan Sri menang (walaupun ramai tak puas hati tentang cara dia menang), dan aku ingatkan kemenangan Tan Sri tu dah episod kemuncak dah. Aku pun berfikir, ok la yang sudah tu sudahlah. Life goes on, dah pegang jawatan tu, buat lah yang terbaik, lebih baik lepas ni, dapatkan semula kepercayaan orang ramai. Sebab aku dah bersedia untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih. TAPI rupanya, its not over until the fat lady sings.. drama masih diteruskan dengan konflik yang berbagai emosi akan tercetus... huhu...bertambah lara jiwa dan raga aku ni. Aku cuma mendoakan Allah SWT takdirkan yang terbaik untuk catur kat Malaysia ni.. aaminn! sebab bila orang terlalu sibuk menegakkan kebenaran dsbnya, tanpa disedari yang menjadi mangsa ialah pemain-pemain yang masih lagi hijau dalam pentas catur ini..Ya Allah, Kau berikan lah kesudahan yang baik untuk catur di Malaysia ini..aaminn!

Wednesday, March 6, 2013

Merencana Perjalanan Hidup yang baru..

Phew! kalau tak cukup kreatif susah juga nak mencantikkan blog ni ye.. since berazam baru ni, aku terus menukar template laman blog chess aku tu.. hehehe.. entah kenapa rasa seronok pula memulakan hidup baru dengan azam baru ni.. setakat minggu pertama ni.. alhamdullillah..

Dulu aku agak malas nak bercerita tentang tempat kerja lama aku, maybe sebab aku berhenti bukan dengan perasaan yang senang, sepanjang tempoh selepas aku berhenti aku sentiasa diulit kenangan masa kat sana (I wish things would be different back then..). Tapi lepas otak aku clear dan tak serabut ni, baru lah aku sedar akan hikmah yang Allah SWT berikan kepada aku selama ni..

Bila dah takdir aku berhenti kerja tu, maknanya itu adalah takdir terbaik untuk aku.. alhamdullillah.. aku lebih tenang mengharungi hidup kerja sendiri selepas itu.. memang aku ada kerja selepas berhenti tu, tapi jiwa tak kena dengan aku, dan dalam kepala aku masih terbayang meja aku kerusi aku dan kenangan di pejabat lama.. (sigh)..hmmm... lepas dua bulan, aku berhenti, dapat pula offer kerja lain di Kuantan. Pun tak kena dengan jiwa dan selera aku juga.. baru sebulan kerja aku dah layangkan surat berhenti. Dipujuk bagai oleh bos aku masa tu, stay la sekejap.. tapi tak lama selepas tu aku berhenti juga.

Serabut juga sebenarnya, sebab pada masa yang sama kerja, dan jaga orang tua. Nak kata aku jaga sesangat tu, aku rasa tak la kot, aku buat setakat aku mampu. Dan aku akui sukar kerja jaga orang tua ni. Lebih sukar bila kita ada sejarah silam dengan depa. Kepada yang berjaya mengharungi badai dan melupakan sejarah silam tu, aku ucapkan tahniah, dan aku mohon tolonglah doakan untuk aku sekali ye. Adik beradik aku selalu cakap aku yang paling sabar.. tapi kadang-kadang aku hilang sabar juga dengan orang tua. Yang paling tak tahan tu, bila mak atau ayah aku merajuk dengan aku...huhu.. kadang-kadang tu asalnya aku yang merajuk, bila aku luahkan perasaan aku, depa lak merajuk! alamak! sabo je lah kan..

"Disaat hati gundah gulana, kepada Dia jua tempat kita berpaling" Ya! kepada Allah SWT juga tempat aku memohon petunjuk dan pertolongan. Setiap kali aku buat orang marah atau merajuk, aku tak reti nak pujuk, tapi aku selalu doa. Setiap masa tak kira bila-bila, lepas solat ke sebelum ke, aku akan doa kepada Allah SWT supaya hati yang terasa tu cepat lah sejuk.. kadang-kadang bila mulut terlepas cakap tu, adalah tu sebab musabab Allah SWT takdirkan macam tu.. sama ada untuk kita ni sedar atau untuk orang yang terasa tu sedar.. cuma ego terlalu kuat kita ni masing-masing..

Jadi bermula lah perjalanan hidup aku yang baru dengan status bekerja sendiri. Mula-mula memang agak cuak juga sebab dah kerja keras tapi hasil belum ada. Serabut datang lagi..huhu.. tapi lepas tu, ingat pada Allah SWT.. doa dan doa dan doa.. alhamdullillah walaupun rezeki tak sebesar mana, tapi korang mesti hairan kan bila aku mampu bayar semua bil-bil aku, dan mak ayah aku. Tu lah, bukan nak kata apa lah.. Allah SWT tu Maha Adil untuk hambaNya. Dia timpakan aku dengan musibah, dia bagi aku limpahan yang tak ternilai! Ketenangan yang aku rasai, nikmat tu tiada tolok banding dengan wang ringgit, Alhamdullillah, syukur pada Yang Esa... Dalam pada itu aku buat juga solat istikharah dan hajat, minta Allah SWT takdirkan aku jalan yang terbaik untuk aku.

Mesti ada yang tertanya-tanya aku buat kerja apa ye? hehehe.. aku ajar chess la.. CATUR! sukan fav aku sejak daripada umur aku 13 tahun lagi. Seronok kan sebab aku buat apa yang aku paling suka.. dan paling seronok sebab aku boleh ajar budak-budak kecil tu, dan tolong depa increase gred periksa. Rasa insan bertuah sebab dapat anugerah daripada Allah SWT untuk mengajar. Aku selalu ingatkan diri ini, anugerah Allah SWT bagi ni bukan leh bawa sampai mati pun, jadi aku kena sebarkan lah.. sebab tu aku tak charge setinggi rakan-rakan aku kat KL. Wuih! siapa tak nak oooiii! tapi aku jadi kesian tengok anak-anak yang kurang mampu tu, tengok anak-anak yang ada masalah belajar tu.. lagipun Allah SWT tak takdir lagi kot untuk aku charge mahal, sebab aku tak tergerak hati untuk buat macam tu lagi.. belum masanya kot..

Tapi langit tak selalu cerahkan.. Allah SWT duga aku lagi.. Allah SWT beri aku perasaan macam ni, aku tak reti nak ubah... aku ni cepat terasa, cepat serik. Kalau aku tak suka, aku akan show aku tak suka, aku tak reti nak bersifat hipokrit. Tak reti nak ampu orang sana sini. Apa yang aku tuturkan ialah apa yang lahir dari hati aku. Jadi aku cuba sedaya upaya aku untuk menjaga hati dan perasaan semua orang. Dan bila gagal..huhu tu yang terasa tu..

PR aku ni tak sebaik mana la.. dulu aku semangat nak jadi arbiter tu.. almaklum le dapat title FA wanita pertama Malaysia.. chewah! best tu! bangga22..hahaha.. tapi lepas dapat assignment jadi arbiter pada May 2012, aku dah jadi serik nak jadi arbiter dah. Sebab selepas tu aku hanya jadi arbiter untuk kawan-kawan je yang mana minta aku tolong tu, dan tourney kat Kuantan je. Entah la kenapa tapi aku terasa hati sangat dengan orang Persatuan ni. Dah le kononnya pangkat aku ni chief arbiter, tapi aku buat kerja daripada level kerani sampai level manager. Lepas tu bila aku buat keputusan dalam pertandingan tu, ada la pula yang persoalkan, siap datang marah-marah lagi tu! yang aku pelik tu, dengan mamat sorang lagi yang jadi arbiter sama dengan aku, tak ada pulak dia nak marah macam tu. Tapi yang pelik tu, aku tak marah orang yang marah aku ni, tapi aku marah kat Persatuan yang langsung tak nampak batang hidung backing aku. Dahle aku lapar gila masa tu, nak keluar makan tak boleh. Aku bukan suruh buat keputusan untuk aku, tapi aku nak at least, ada lah kat belakang aku, sebab pada masa itu aku confident dengan keputusan aku. Aku rasa confirm kalau kat belakang aku tu Persatuan, sure mak budak ni takkan nak marah aku sampai macam tu sekali. So, kalau dia baca blog ni, aku nak bagitau aku tak marah kat dia pun, aku marah kat orang-orang persatuan tu. Aku bukan peramah orangnya, tapi tak bermakna aku sombong, so aku tak reti nak sosial dan tegur Kak yang marah aku tu. Selalu gak jumpa kat tournament, tapi kami selisih bahu memang tak tegur la. Aku cuma doa dia lembut hati la.. Sebab balik-balik akan jumpa gak muka aku ni..

Ada banyak lagi peristiwa lain, tapi masa tu aku boleh sabar lagi.. sabar dan sabar, dan tabah dan tabah.. dan teruskan perjuangan hidup ini..Tapi selepas peristiwa seorang parent ni tak bertegur sapa dengan aku sebab sorang anak dia tak layak ke Majlis Sukan Sekolah2 Negeri baru-baru ni.. aku jadi terkedu sangat. Aku rasa aku dah rapat dengan dia, aku dah anggap dia macam saudara aku dah. Anak-anak dia dah macam anak saudara aku je. Dia nak aku drive dia ke KL aku ikut je. Memang le aku terjejas income ajar chess bila aku ke KL tu, tapi takpe la.. insyaAllah demi niat murni aku nak tolong orang, ada rezeki untuk aku tu (aku selalu cakap "tak rugi buat baik dengan orang").. wuih..! memang effect gila oo bila aku call dia tak angkat, aku sms dia tak balas.. terasa ooo.. confirm dia anggap aku bersalah. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. Dah le skill memujuk takde, skill PR hancus! so, kepada Allah SWT aku berserah dan aku berdoa, aku berdoa agar anak dia yang sorang tu lepas la wakil negeri ke MSSM. Alhamdullillah...berjaya! aku harap dia main yang terbaik kat MSSM nanti, sebab aku dah tak boleh ajar dia lagi dah...

Aku bagi tempoh untuk aku bertenang sepanjang aku kat Bali, selepas ini, aku dah tak berani nak ada close relationship dengan mana-mana orang dah. Aku dah malas nak cipta hubungan dah dengan orang. Lepas ni strictly business is business. Work is work. Aku dah penat dah nak jaga hati orang, dah le aku tak ada suami atau anak-anak yang boleh bagi aku bahu disaat airmata ni nak gugur kebumi.. Yang sudah tu sudah la..Sesiapa yang kenal aku masa sekolah-sekolah tau yang aku pendiam orangnya.. cuma sejak cita-cita nak jadi arbiter ni aku cuba belajar jadi peramah. Tapi kalau dah memang bukan daripada baka peramah cuba macam mana pun tak jadi juga. So aku berfikir, sekarang ialah masa untuk aku kembali jadi pendiam. Ya, rasanya itu lebih baik..

Masa aku solat istikharah tu Allah SWT dah bagi aku satu perasaan dalam hati aku, bahawa catur bukan kerjaya aku sepenuh masa.. tapi aku tetap degil nak minta dengan Allah SWT ubah takdir aku, aku doa dan doa dan doa aku nak buat chess juga.. sebab dah selesa.. Tapi Allah SWT tu Maha Kaya, Dia tunjukkan peristiwa sepanjang tempoh aku buat chess tu. Aku je buta melihat, tapi Allah SWT celikkan aku dengan kes parent ni. Akhirnya aku terpaksa juga melepaskan.. chess cuma sekadar hobi terbaik untuk aku, tetapi untuk berkerjaya dalam dunia ni, aku tak sesuai. I am not tough or strong enough for this..

Akhirnya aku terima tawaran kerja tu walaupun last min. Kalau dah takdir Allah SWT kata kerja tu untuk aku, buatlah macam mana pun kat company ni, depa tetap boleh tunggu aku untuk masuk kerja. Amazing betul kan.. hahaha So, sekarang ni aku memulakan hidup bekerja dalam dunia akaun yang aku tinggalkan setahun lalu. Aku masih buka centre aku tu, cuma untuk training dan coaching je lah. Selagi Allah SWT kata sebarkan ilmu aku ni, aku buat la.. lagipun it makes me happy seeing those kids happy learning chess! Cuma untuk buat chess macam dulu tu tak la.. mood nak buat pertandingan pun rasanya dah hilang dipukul ombak masa kat Bali kot..hahaha entahlah aku pun tak tahu kemana hala tuju selepas ni. Tapi ke mana arah kaki aku melangkah aku yakin dan pasti, itulah takdir terbaik untuk aku....

Tuesday, March 5, 2013

Bali 2013 - Day 5 (23/02/2013 - Saturday)

Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu.. sampailah kami hari terakhir di Bali.. Penerbangan pulang kami ke LCCT adalah pada jam 9.55pm, so sempat lah berjalan-jalan dan berpoya-poya dulu..hehehe

Aku tak ambil gambar breakfast sebelum ni, so inilah untuk tatapan terakhir. Biasa aku order roti bakar or omelette, tapi pagi tu rasa kenyang sebab semalam melantak bagai, jadi makan la Roti yang mempunyai sos masam. Aku suka part yang ada telur tu..hehe my fav kalau ada telur setiap pagi.. terutama yang separuh masak..heheh

Kakak aku order buah-buah dan pancake..heheh lihatlah pancake dia. Kalau kat rumah aku buat ni mau tak ada yang makan pancake ni..

Lokasi makan dan panorama menghadap kolam renang...

Selepas makan-makan, kami buat keputusan nak jalan-jalan sebentar tengok apa ada disekitar tempat kami. Maklum le selama ni berjalan van tunggu depan hotel setiap pagi angkut kami keluar.. memang tak ada masa langsung nak tengok sekeliling.. Jalan kat Bali ni agak kecil, setiap ada kawasan kosong mesti ada business. Maklum la kawasan kota dan pelancongan pula tu! siapa tak nak lepaskan peluang nak pau pelancong!
Aku dan kakak decides nak habiskan Rp kami dengan pergi buat manicure dan pedicure terakhir. Nak tau apa beza harga puluh-puluh RM dengan harga belas-belas RM... hehehe Rupanya.. buat yang belas-belas ni tak best.. patut la murah..

Kami tak jalan jauh..sampai hujung simpang je.. ada juga restoran halal milik orang Jawa disini..

Dan ada lagi..

Mini market macam 7-eleven tu..

Kat sini mana-mana je ada tempat spa, massage... pilih je la mana-mana.. ada yang mahal ada yang murah, ada yang privasi, ada yang unisex.. ni gambar yang aku ambil dekat-dekat kawasan hotel je.

 Pilih-pilih jangan tak pilih..

 Tengah tengah dok berjalan tu kami berhenti di kedai buat barangan kulit.. hampir je dengan hotel kami. Cik Dah berhenti dan membelek-belek, dan bertanya. Tapi Ja, dia tengok je, tanya harga, tawar sikit, then terus beli! awesome betul! Kulit dibuat daripada domba kata tuan kedai. Maksudnya dibuat daripada kulit biri-biri katanya. Jaminan kedai beg buatan tangan nya takkan menjadi beg menggelupas apabila lama dipakai atau disimpan, Jaminan tuan kedai pasti tahan lama.. dia cakap ye, bukan aku cakap.. hehe

Cik Dah membeli satu, dan kakak aku pun beli satu..hahaha.. tapi beg tu memang cantik pun.. aku cakap kat kakak, kalau nak jual, jualkan je, tapi kalau nak pakai pun ok jugak.

 Selepas membeli beg, kami terus ke hotel untuk ambil barang-barang (packing sejak semalam). Sambil tu snap gambar lobi hotel untuk kali terakhir.. Sebelum jam 11am, Hadi sudah menunggu kami. Kali ni pak Yakiya tiada meneman kerana bermula tugas meneman pelancong baru, kata Hadi.

 Gambar reception counter Hotel Solaris..

 Masa dalam van tu, kami kena berhenti tepi jalan sebab bagi laluan kepada rombongan mengiringi jenazah. Kat kampung-kampung Bali kalau ada kematian ke, keramaian ke, penduduk satu kampung wajib pergi. Kalau tak pergi, kira macam tak bagi muka, confirm kena pulau la selepas tu. Untuk mengiringi ni pun memang ramai ikut sekali, siap bawa barang atas dulang (macam dulang hantaran kat sini tu) junjung atas kepala lagi. Ramai perempuan yg bawa seorang satu dulang, isi dalam dia aku tak pasti. Makanan kot buat persembahan. Sebab masyarakat yang anuti agama hindu rasanya membakar mayat bukan ditanam.

Destinasi pertama kami selepas keluar hotel ialah, melihat pantai Kuta yang teramat popular dikalangan pelancong asing! yeay??! tapi kenapa bawa pergi pantai waktu matahari tegak atas kepala pak Hadi oooiiii?! orang putih memang le dia rasa panas kita ni macam suam-suam kuku je, tapi untuk orang yang sama je garis khatulistiwa macam aku ni, panas tu bahang le...huhu.. pantai ni penuh dengan orang putih je, biasa la berbikini la apa lagi. Main luncur air (surfing) dah jadi suatu kemestian kot. Bali bertuah sebab pantai Kuta ni berbentuk curve, jadi amat selamat dan sesuai untuk surfing. Kat area ni aku dah rasa macam dok negara asing pula, sebab rata-rata kiri kanan semua orang putih! OMG where am I? (hehehe)

Hadi menunjukkan kepada kami kawasan Bali Bombing. Wah! besar juga kawasan liputan bom tu ye.. sebab Hadi ada cerita pada tahun kejadian tu, dia memang dengar gegaran yang cukup kuat sekali dari rumah dia... Whoa! Kami berhenti sebentar mengambil gambar dan melihat senarai nama mereka yang terkorban masa tu. Ramai orang putih la, dan ramai pelancong daripada Australia. Tapi aku rasa la daripada yang Hadi cerita tu, mesti ramai lagi yang terkorban tapi tidak direkodkan termasuklah penduduk tempatan. Mengikut berita yang kita sedia maklum, pengembom tu dah kena tangkap dan sah orang Jemaah Islamiyah. Tapi aku tertanya-tanya la, kenapa islam nak bom kawasan yang majority bukan islam ni ye? Sebab kat mana-mana ada pergi kat Bali ni majority kawasan atau rumah ada patung, ada pemujaan, dan majority tempat mesti ada Pura masing-masing.. Hmm..

Setelah penat menahan silau mataku kerana matahari di Pantai Kuta, kami pergi makan le.. hehehe.. time menjamu selera ni time yang paling ditunggu-tunggu sekali..hehehe.. Tengok tu muka masing-masing, excited gila tu!

Inilah restoran yang kami kunjungi.. Harga boleh tahan juga lah.. tak adalah murah sangat.. tapi...berbaloi!

Ramai yang order ayam Prambanan yang popular kat restoran ni, ala, ayam goreng berempah je

Dan inilah menu untuk aku... Ikan bakar Lalapan (lalapan tu maksudnya macam nasi campur la). Sedap! Ada pulak sambal belacan...pergghhh! awesome!

Haa...yang ni je kureng sikit... Es Teller kat sini tak sedap! korang kalau datang sini order air lain la.. masa aku kat Wong Solo tu aku order air avocado (perggh! sedap!). Es Teller yang ni yang suka tu cuma Nangka je yang lain tak ada rasa.. huhu

Kawan aku ada rekomen jangan lupa makan Bakso kalau datang Bali, dia kata sedap, tapi sebab takut tak kenyang, maka aku pilih nasi la... tak apa lah, nanti balik Malaysia aku makan bakso (bukan penggemar bakso sebenarnya). So, korang boleh lah cuba makan Bakso kalau datang sini nanti.

Masing-masing pagi makan light, masa lunch, lapar gila!

Ingatkan nak solat kat restoran tu je, tapi Hadi kata dia bawa pergi masjid. Masjid tengah bandar, tak ada signboard pula tu, pening kami nak cari masjid kat mana, rupanya sebelah tempat yang Hadi berhentikan kami tu je.. apa la.. Kami solat di tempat yang Hadi panggil "arab street", sebab kat sini ramai penduduk islam yang berketurunan dari tanah arab. Aku tak dapat nama masjid tu, tapi aku dapat snap gambar yang diatas tu saja.

Dah masuk van, dengan perut yang masih lagi kenyang... tertidur dalam van. Rasa macam lama je, tapi sekejap je. Macam Kuantan - Gebeng je rasa aku. Kami ke sukawati. Ni pun sebab kak Liza bising nak pergi ke Sukawati since day 1, tapi Hadi dan Yakiya bilang "nanti dulu Bu'" Hari last pun sebab kak Liza yang ingatkan kalau tak haru langsung tak dapat pergi agaknya.

Kat tepi jalan pun dah ada gerai.. menarik juga Sukawati ni untuk orang yang suka shopping. Tapi aku dah tak ada Rp selain daripada aku dah tak ada barang nak cari.. Tapi barang murah! Patut pergi sini awal-awal..huhu.. patut beli baju kat sini je..huhu.. murah...huhu..

Beg manik ni pun murah kat sini..huhu.. boleh tawar sampai Rp20,000.. handmade pula tu.. pekedai cakap perlukan masa 1 hari boleh siapkan 3 beg (awesome!). Kakak aku beli fridge magnet kat sini, murah! boleh dapat banyak pula tu. Cuma korang jangan miscommunication macam aku la, sampaikan terpaksa juga beli FM extra. Sebab kesian kat Balinese ni, ye la, depa pun bukan orang senang, meniaga sebab mencari sesuap nasi. Tapi memang mencuka la muka dia, aku cuma mampu doakan Allah SWT tenangkan hati kami masing-masing, dan berilah keredhaan dalam hati masing-masing atas apa yang berlaku. InsyaAllah, Allah SWT melindungi dan memelihara hamba-Nya, aaminn!!

Kat sini telekung solat dipanggil mekana. Aku tak tertarik untuk membeli sebab mekana kat sini warna warni. Macam pelik pula nak bawa solat macam tu, terasa colourful la pula dan menarik perhatian orang lain je. Harga kena pandai tawar lah kat sini.. kedai sebelah-sebelah je, tapi harga lain-lain..

Yes, selepas meninjau-ninjau deretan kedai tepi jalan tadi, sampai juga kami ke Pasar Sukawati ni.. Ala, macam Pasar Payang kat Terengganu tu lah.

Beli jangan tak beli. Tawar menawar nak beli T-shirt je..

Cantik juga corak ni kan.. hehehe walaupun aku tak membeli, tapi seronok juga bila tolong kawan buat penawaran harga. Haha..paling seronok bila the deal is sealed! hahaha

Kami masuk sekejap je kat tingkat atas pasar ni, Sebab panas gila! sesak pula tu, rasa macam ada mangsa bakal kena timbus dengan kain baju je..hahaha

Aku snap daripada atas gambar ni..

Tengok tu, sempit gila! Tapi murah gila!

Ramai yang buat sales barangan masing-masing, selepas ada antara kami yang mula membeli. $$Kaching$$

Masuk van, aku terlelap lagi, aiseh! aku dah kronik penat ni.. Hadi bawa kami ke pantai dimana orang Bali suka pergi. Kalau Kuta Beach tu belah timur, maka pantai ni belah kanan la. Namanya pantai Sanur. Ni baru rasa macam kat Bali je, sebab ramai penduduk Bali. Tapi aku tak nak lama kat sini, sebab aku rasa macam tak bersih je. Bila aku tengok anjing pun dok masuk dalam air mandi sekali...oh tidakkk! Ada juga orang putih kat sini, tapi orang putih kat sini bukan pelancong, aku rasa dah menetap kat Bali kot, sebab siap bawa anjing lagi jalan-jalan kat sini.

Kami makan malam awal sedikit daripada hari sebelumnya. dalam jam 6pm. Kat mana lagi tempat yang paling baik untuk akhiri perjalanan kami, kalau bukan makan di Wong Solo. Restoran yang kami kunjungi dah menduduki tempat teratas dalam list kami..

Lauk-pauk ok, cuma mungkin sebab aku banyak tidur kot, jadi tak terasa la lapar. Dan hakikatnya, kebanyakan kami masih lagi kenyang kerana kesedapan makan tengahari tadi. Tapi kami makan juga di Wong Solo ni takut kelaparan nak tunggu penerbangan pulang jam 9.55pm nanti. Sedap tu memang la sedap, tapi penuh perut oo... mana-mana lauk yang lebih dan belum terusik, kami tapau dan sedekah pada anak-anak Hadi.


 Hadi terus bawa kami ke airport Ngurah Rai selepas dinner. Kami sampai je disambut oleh Dodi, anak Bambang tuan punya travel tu. Bagus depa ni jaga hati pelanggan.. Sampai ke kat airport, kami ingatkan macam di LCCT, rupanya bukan. Masuk je gate, dah terus kena scan barang.... then check-in dulu sebelum bayar airport tax...laaaa... tak sempat nak adjust bag or barang (nasib baik aku dah buat siap-siap masa aku singgah tukar pakaian di toilet pertama aku jumpa kat Airport tu).

 Tak membeli, sekadar menengok harga yang ditawarkan di airport je. Mahal! tersangat mahal! Kat luar boleh beli 10 biji dengan harga yang sama!

Basikal ni pula dibeli dengan harga berkali ganda murah di luar. Aku tau le sebab ada kalangan kami yang shopping barang-barang ni.. hehehe

Sepanjang nak menuju ke gate 3, kami singgah di kedai-kedai kat aiport ni lah, dengan membayang kan gate tu jauh daripada kedai (macam kat LCCT la), rupanya sejengkal je daripada kedai yang kami dok intai-intai tu.. hahaha.. lawak la pulak. Dah le tak ada kerusi, tunggu dengan berdiri atau bersila la atas lantai sehingga dipanggil masuk ke dalam. Sambil tu, kami ambil peluang menghabiskan Rp kami disini. Heheh aktiviti biasa ialah membeli air minuman. Kat airport ni tengok tempat nak beli air ye, tak semua tempat tawarkan harga yang sama.. kalau tak pasal-pasal kang dapat harga mahal. Tak percaya? tanya Teh (hehehe).

Akhirnya selepas penat berdiri, bersila, ber window shopping. Penerbangan Air Asia dipanggil masuk. Masa masuk kat dalam ni... mak aii! macam terrorist je aku rasa diri kami ni, yang pakai kasut tutup kena buka kasut, yang pakai tali pinggang kena cabut tang tang tu juga! Selagi masa ko nak masuk gate tu ada bunyi "beep" siaplah ko kena inspect. Tak semena-mena jadi risau pula kami ni, walaupun tak buat salah apa-apa pun, tapi bila kena layanan macam tu, jadi takut pula kalau tetiba dapat title Insan Teraniaya...huhu. Orang Bali ni takut kami bawa bom kot... syyhhh jangan cakap kuat-kuat.. hahaha (kami ada buat lawak setelah melepasi check semasa menunggu untuk naik ke kapal terbang. Lawak pasal bawa C4...hahaha. Masa menunggu ni pun penat rasanya sebab kena berdiri lagi, sampai orang lain naik flight mereka barulah ada seat kosong untuk kami.

Kepada sesiapa yang nak pergi Bali tu, korang doakan la airport baru tu siap cepat sikit, kalau sesak macam aku kena ni, haru ooiit!

Kos seorang kami ke Bali :
Sewa van ke LCCT - RM178.50
Tiket kapal terbang (beli masa sale) - RM226.00
Pakej trip sepanjang di Bali (termasuk entrance fee dan makan minum, kecuali yang Turtle island ye, sebab tu bukan masuk dalam pakej) - RM 811.47
Airport tax - RM50

(kos shopping, kos bagasi Airasia tu bergantung kepada korang la nak yang mana satu, dan kos minum or makan lain, dan spa tu kos sendiri la)

Jumlah keseluruhan trip kali ni memang lebih mahal daripada trip kami sejak tahun 2011, iaitu RM1,265.97

Tapi... aku rasa nak pergi lagi ke Bali...hehehe.. sebab Bali ada terlalu banyak untuk dikunjungi. Ada banyak tempat yang aku tak pergi lagi, ada banyak spa yang aku tak merasa buat lagi..hehehe

So, kalau korang nak pergi Bali sila rancang hari dan perjalanan korang, supaya trip yang penting kat Bali korang tak melepas! Terutama kalau korang suka shopping la! hahaha dan lagi satu kalau korang suka sejarah macam aku, carila pemandu pelancong yang paham dengan kisah Bali ni. Sebab Hadi dan Yakiya kurang juga arif kalau part yang aku nak tau sejarah dengan detail tu.

Keseluruhan aku enjoy dan happy..walaupun dalam mood yang tak menentu, tapi aku bersyukur Allah SWT bagi aku jejakkan kaki ke sini. Sebab balik Msia, otak aku clear sikit, dan lebih tenang.. Thanks kat kawan-kawan yang sudi join trip ni juga... tahun depan mana destinasi kita? Korea? Sydney? atau Bangkok? hehehe.. tak sabar betul!

Kepada yang selalu bagi alasan tak cukup bajet ke apa ke, rancang la, cukup-cukupkan lah,dah usaha lepas tu doa la..insyaAllah.. kalau Allah SWT izin tu kumpul duit kejap je dah dapat pergi dah, ada juga yang Allah SWT lambat sikit, sebab kena kumpul duit lama sikit.. tapi pendek kata, dengan izin-Nya...insyaAllah! yang penting sekarang ni rancang dulu nak kemana, dan buat la perancangan nak kumpul duit macamana selepas tu. Kawan aku yang sorang ni sebab dia suka travel, bajet makan dia RM5 je sehari! dok KL pula tu! isk3 sabo je la. Aku tak adalah bajet makan sebab masa kecil dulu susah nak makan, so tak nak le ikat perut tang makan ni. So aku cuma boleh cari kerja lebih masa untuk buat semata-mata untuk cari duit travel destinasi 2014... hehehe insyaAllah..aaminn! :D