Thursday, May 5, 2011

Pengembaraan ke Kuching - Hari Kedua (1/5/2011) Part 1

Aku menempah khidmat pemandu pelancong khas untuk kami berdua sahaja di laman web cutidikuching.com itu. Khairol adalah tuan punya laman web tersebut. Harga untuk 8 jam khidmat termasuk sebuah kereta kancil adalah RM200. Memang lah mahal kalau diikutkan tetapi kalau bawa orang tua memang agak selesa, sebab aku boleh bagi lebih tumpuan untuk orang tua aku. Aku merancang perjalanan ke Pasar Satok. Dan seawal jam 9 pagi, kami bertolak ke Pasar Satok.



Kat pasar Satok ni macam-macam ada. Biasalah camerawoman ni kena jalan bawa Abah, jadi peluang nak ambil gambar terbatas. Kalau tidak pasti aku akan tunjuk kat kengkawan, gambar anjing, kucing, arnab pun ada dijual kat sini. Nak bagi sedap hati, kita anggap je lah haiwan-haiwan ini dijual untuk jadi haiwan peliharaan, ok!. Oleh kerana Pasar Satok ini besar (lebih besar dari Pasar Tani Kuantan), aku malas nak serabut-serabut pening pening kepala, baik aku tuju sahaja ke tempat yang berkenaan. Pemandu pelancong kami namanya Amir, masih lagi belajar Phd dalam Biotek di Unimas. Kiranya agak mudalah orangnya. Tengok gaya pun aku dah tau masih baru jadi pemandu pelancong ni. Sebab nak beli ikan kering pun dia tak tau kat mana. Aku main ikut logik je, kalau dah nampak macam makanan kering tu, mesti ada ikan kering berhampiran.


Abah macam biasalah, membeli suratkhabar di pagi hari adalah rutin wajib.


Kami sampai di tempat jualan ikan terubuk. Ni kedai yang mula-mula, jadi terus ajelah membeli. Kata pekedai "beli 4 percuma 1". Aku pun membeli ikan terubuk RM20 untuk 5 ekor. Kemudian aku bertanya tentang telur ikan terubuk pula. Mak ai! RM10 satu ketul.. Mahalnya! Jadi aku beli 2 ketul ajelah untuk kak Ngah.



Inilah rupa telur ikan terubuk. Huhuhu.. mahalnya!


Inilah hasil pembungkusan. Kreatif jugalah sebab siap ada tempat pemegang lagi.


Yang menariknya, ikan atau telur yang dibeli disini, dimasinkan menggunakan garam khas ini. Dan dah siap di lumur garam ni, ikan dan telur akan dibungkus dalam kotak yang boleh tahan lama sebelum sampai ke rumah.


Aku memerhati proses dilumurkan garam ke telur ikan terubuk ini.


Eh! apa ni? cacing ke? bukan-bukan.. hehehe. Ini adalah ikan Lumek. Aku tak tau kat semenanjung ada tak ikan ini. Adik aku ada memesan ikan kering rangup, jadi aku membeli ikan Lumek yang dinamakan ikan kering keropok. Aku membeli di gerai Muslim di pasar Satok. (Di Kuantan - adik aku cakap memang sedap). Maaf ye kawan-kawan aku terlupa untuk mengambil gambar ikan kering keropok ini.


Udang di Pasar Satok ini sungguh segar dan lebih besar dari udang di Kuantan. Kenapa agaknya ye? Jangan kan udang, semua hasil di pasar ini memang segar-segar! Sayang aku tidak dapat membawa pulang udang galah, sebab pasar Satok cuma dibuka hari sabtu dan ahad sahaja, jadi untuk simpan udang sehingga kami balik tidak sesuai. Jadi kawan-kawan kalau merancang ke Kuching, pergilah hari Khamis ke, jadi hari Sabtu ke Pasar Serikin, dan hari ahad sebelum balik singgahlah ke Pasar Satok. "Confirmed" udang galah jadi hidangan sebaik sampai dirumah!


Ikan Yu ke? bukan kah ikan ini sudah hampir kepupusan?


Proses belakang tabir menyiang dan memasinkan ikan terubuk disini.

Oleh kerana tempoh berada di Pasar Satok hanya sejam sahaja. Maka aku membuat perancangan terus ke pasar Serikin yang terletak hala ke Serian. Kata Amir, sempat kalau ke Serikin sekarang, kerana Serikin di buka sehingga jam 2 petang sahaja pada hari ahad.

Part 2 untuk hari kedua selepas ini..

No comments:

Post a Comment