Thursday, May 5, 2011

Pengembaraan Ke Kuching - Hari Kedua (1/5/2011) Part 2

Tepat jam 10 pagi kami bertolak ke Pasar Serikin. Jauh perjalanan sebanyak 45 minit dari Satok. Aku memberitahu abah, kita ke pasar serikin untuk mencari tongkat yang disebut-sebut abah sebagai barang yang ingin dicarinya di Kuching. Abah biasalah, kalau kawan-kawan dia kata kat Kuching ada tongkat.. dia akan menyebut-nyebut pasal tongkat itu sampailah dapat. Aku pula fikir, kalau dah alang-alang sampai ke Kuching, apa salahnya ke Pasar Serikin. Nak tau juga apa istimewanya Pasar ini?





Pemandu kami ni agak "slow", jadi aku bertanya, ini kereta sendiri atau kereta kawan. Kereta kawan, katanya. Patutlah "slow". Aku tersenyum sendirian. Apabila hampir 30 minit memandu, jalan tetiba sesak dengan kereta "jammed". Aiseh! apasal pulak ni? Amir memberitahu mungkin sebab hari ini hari ahad, jadi ramai berpusu-pusu untuk membeli belah di Serikin.


Oleh kerana trafik agak perlahan, aku ternampak ada gerai-gerai di tepi jalan menjual hasil-hasil kampung. Bijak juga orang-orang disini mengambil kesempatan laluan ke Serikin untuk mempamer hasil-hasil. Mana tau ada yang berhenti untuk membeli.


Lihatlah trafik ini! Abah dah terasa penat duduk dalam kereta. Biasalah Abah, bila dia bosan sahaja, dia akan cepat putus asa dan sibuk nak patah balik. Terpaksalah aku memujuk dan berkeras, dah alang-alang, biarlah sampai ke destinasi. Dalam hal ini, aku mengikut perangai Mak.


Ok, setelah berpenat dalam kesesakan trafik, akhirnya kami sampai juga ke Pasar Serikin.



Aku menyuruh Amir memberhentikan keretanya dan kita berjalan kaki sahajalah. Ala jauh sikit je aku cakap kat Abah. Jam sudah menunjukkan 11.30 pagi. Di Kuching 11.30 pagi dah ibarat 1 tengahari, kerana matahari sudahpun tegak dikepala. Nasib baik ada payung dalam kereta, jadi aku minta Abah menggunakan payung tersebut. Kalau kawan-kawan ingin ke Serikin ni, pastikan membawa payung atau, memakai topi. Ada juga yang menggunakan selendang atau tuala melindungi diri dari panas matahari. Panas gila beb!!


Inilah keadaan Pasar Serikin, penuh sesak dengan kaki shopping.. hehehe. Kat sini semuanya ada! Kawan-kawan cakaplah nak cari apa, semua ada. Daripada barangan baby sehinggalah ke barangan dapur. Oven pun ada! (jangan tak percaya!)


Kan dah cakap! Semua ada!


Inikan pula baju-baju!


Beg-beg!


T-shirts ke seluar jeans ke.. semua ada!


Tapi kan, agak pelik juga. Sampai ke Serikin pun, kolej MAHSA buat iklan. Rupa-rupanya kolej ini mempunyai cawangan di Kuching, patutlah!


Sampai ke dalam kami mencari tongkat Abah. Tapi yang dibeli ialah tikar plastik yang Abah nak dan aku membeli kain batik dan kain pelikat. Murah ooii!! RM10 - RM12. Kira orait la tu. Lagipun aku memang ada niat nak beli dua - tiga helai, sebab aku dah lama tak ada kain batik. Asyik dok ambil yang orang punya je.. hehehe. Abah dah tak tahan dah, akhirnya kami pun pusing la balik cari gerai makan. Memang le dalam pasar tu ada gerai makan juga. Tapi aku agak was-was dengan tahap halal. Jadi aku pujuk Abah, kita makan kat gerai yang kat tempat kami mula-mula masuk. Dalam perjalanan ke gerai, rupanya kat tepi jalan tu ada orang jual tongkat yang Abah cari. Orang tu cakap dibuat dari pokok Nibong. Entahlah, aku tak berapa arif sangat, hanya orang yang tau dan minat sahaja akan menghargai, pokok yang dikatakan berbisa ini (Jangan salah faham pula, bukan lah beracun, tetapi berbisa. Hingga dikatakan boleh membunuh anjing atau binatang-binatang berbisa dengan sekali pukulan). Yang kat atas tu gambar makanan tengahari. Aku memesan Nasi Ayam Penyet untuk Abah, dan Amir. Abah kata sedap!



Ini pula ialah Mee Kolok. Makanan Tengahari aku. Aku dah lama nak tau apa rasa mee ni. Rasa macam makan mee wantan kicap je. Kira oklah, sebab bahan dia tak banyak mana, tetapi rasanya sedap. Menurut kak De, mee kolok ni mempunyai pelbagai versi, bergantung kepada individu masing-masing. Tapi yang aku tau, mee yang aku makan ni sedap! hehehe.


Tempat makan ni kecil sahaja, dan sentiasa penuh. Syukur pada Allah swt sebab permudahkan segala urusan. Kami tak lama menunggu untuk mendapatkan meja kosong, sampai je dah ada meja kosong. Lepas tu pula terus order makanan. Senang kan! Tengok Abah, memang berselera betul!

Ini pula adalah Amir. Malu-malu kucing lak aku belanja dia makan.. sabo je la! macamana lah nak jadi lecturer ni, Amir? Budak Amir ni ok orangnya, cuma pengalaman pertama membawa pelancong jadi dia kurang biasa.


Selepas Pasar Serikin, aku memberitahu Amir destinasi seterusnya ialah mencari Kek Lapis.

No comments:

Post a Comment