Dalam van yang kami naiki ada ramai penumpang. Jadi agak tidak selesa (bergegar dan tempat agak sempit) untuk mengambil gambar. Gambar merentasi Sungai Sarawak dan gambar gunung Santubong sebagai latar pun aku tidak dapat ambil dengan cukup cantik. Gambar diatas sahajalah untuk tatapan sekelian (masa inilah aku berangan untuk memiliki DLSR huhuhu).
Sampai sahaja di Kampung Budaya Sarawak, hujan renyai-renyai mula turun. Jadi, aku pergi ke kedai cenderamata berhampiran membeli payung untuk abah berharga RM10.50. Payung yang aku beli dengan tergesa-gesa masa di KL pun berharga cuma RM5 sahaja. Buat untung betul la.. Memang payung tu tahan guna masa di Kampung Budaya je, sebab lepas tu dah mula koyak sana koyak sini. Jadi aku tinggalkan aje di Hotel, malas la nak bawa balik... (Orang kaya tul la.. sabo je la! masa aku kecil-kecil payung yang koyak inilah yang aku akan jahit untuk bawa ke sekolah. Sebab kesekolahkan berjalan kaki daripada rumah.)
Para pelancong akan berjalan sendirian mengikut peta yang diberi dalam sebuah buku. Setiap kali sampai ke destinasi buku-buku akan dicop menandakan anda telah sampai ke kampung terbabit. Jam sudah menunjukkan kul 10 pagi, kami perlu menghabiskan tour rumah-rumah budaya sebelum jam 11.30 pagi. Kerana jam 11.30 kami perlu berada di panggung budaya melihat tarian kebudayaan.
Rumah pertama dalam laluan kami ialah Rumah Bidayuh.
Dan ini pula ialah jambatan untuk sampai ke rumah tersebut. Menariknya! Aku teringin nak naik. Tapi bukan rezeki la.. sebab mustahil Abah akan setuju. Jadi kami ikut jalan biasa menuju ke rumah bidayuh.
Aku tertarik dengan tangga dari batang kayu ini. Kreatif juga la untuk buat tangga dengan menakik batang kayu.
Ini lah lantai rumah yang dihasilkan dari buluh dan beralaskan mengkuang.
Jangan main-main! Nampak je rumah ini macam pondok, tapi ianya dua tingkat ye! double-storey ye.. kreatif!
Aku rasa ini ialah mesin untuk meleraikan padi daripada hampasnya.
Ini pula ialah pintu masuk ke dewan. Haaa... orang bidayuh pun ada dewan! canggih!
Dalam dewan mesyuarat ini, seperti mana di rumah bidayuh ada tempat untuk menyalakan unggun api. Aku sebenarnya kagum dengan tenik memasak di dalam rumah kayu ini. Tak ada kes rumah terbakar ke agaknya ye?
Inilah pemandangan dalam dewan tersebut. Berbentuk bulat. Kalau england dengan meja bulat dia.. haa ni dia, bidayuh pun ada juga... dewan bulat!
Selepas rumah bidayuh, kami ke rumah iban. Abah dah mula bosan dengan trip rumah budaya ini. Mungkin sebab hujan jadi agak penat berjalan diatas papan kayu yang agak licin. Ayat Abah semasa aku ajak masuk ke rumah iban ini "nak buat apa masuk dalam rumah ini, bukan ada orang pun". Aku tergelak kecil.. hehehe.. memang la tak ada orang. Kita melawat budaya Sarawak je.. Tapi sebab kena cop buku, Abah ikut je aku masuk.. hehehe
Walaupun begitu, bila bab-bab bergambar, Abah tidak pernah menolak.. hehehe.. dapat pula aku tukang ambik gambarnya..
Haa.. dalam rumah Iban ini lain pula, ada dijual kuih-kuih tradisional. Yang ni aku tak hairan la, sebab ni kuih loyang..
Ini gambar dalam rumah Iban.
Haaa... lagi unggun api dalam rumah...
Gambar ini aku minta tolong seorang kakak dari Singapura. Dia minta aku ambil gambar dia.. jadi adil lah bila aku minta dia ambil gambar aku dan Abah pula. Rumah Iban lebih kepada rumah panjang, dimana ramai keluarga menghuni rumah panjang ini. Sebab tu keadaan dibelakang kami agak luas.. besar rumah ni!
Di sepanjang perjalanan kami mengelilingi tasik ini. Cantikkan sentuh kamera woman amatur macam aku ni.. chewah!
Berhampiran rumah Iban ini ada satu dewan. Aku rasa ini dewan untuk pertunjukkan agaknya kot.
Abah masuk dalam dewan ni, jadi aku mengikut sahajalah. Aku ambil gambar Abah ok je.. hehehe
Lepas rumah Iban kami ke pondok penan. Aku tercari-cari rumah penan. Tiada! yang ada cuma pondok sahaja. Biar betul? Orang penan tak duduk dalam rumah ke? macamana nak berkeluarga dalam pondok?
Inilah pondok yang aku maksudkan itu. Kecil!
No comments:
Post a Comment