Thursday, May 5, 2011

Pengembaraan ke Kuching - Hari Pertama!

Kami memulakan perjalanan seawal jam 7.30 pagi menuju ke Terminal Makmur menaiki bas transnasional jam 8.00 pagi ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, aku telah menempah teksi untuk menunggu kami di Puduraya (mujur aku sempat berkenalan dengan auntie Grace yang membawa Limo di LCCT). Aku menganggarkan akan tiba di Puduraya jam 12 tengahari. Namun KL agak sesak hari sabtu, tanpa pemberitahuan pemandu bas menghentikan bas di Pekeliling. Aku agak bengang juga, kerana jika pemandu dah ada plan hendak berhenti terus di Pekeliling, beritahulah dahulu! bolehlah aku menukar perancangan supaya auntie Grace menunggu aku di Pekeliling. Kalau setakat aku seorang sahaja aku tidak ada masalah.. ini aku nak kena bawa abah. Aku kena bawa 3 beg, dan pada masa sama kena jalan seiring dengan abah. Kesian juga kat abah kena turun naik tangga. Sebabnya, Abah tak boleh naik tangga bergerak, tak biasa. Jadi dia akan menggunakan tangga yang biasa tu la. Aku paham, di usia Abah yang sudah menjangkau 73 tahun, memang memenatkan. Tambah-tambah pula orang-orang kat KL ni memang laju dalam pergerakan masing-masing.

Agak kelakar juga, masa di LRT bila aku perlu mengangkat 2 beg untuk berjalan melepasi mesin masuk. Sangkut aku! sudahnya aku lompat aje la palang mesin tu.. hahaha.. thanks kat akak yang tolong tarik beg aku tu. Abah panik, sebab tak pernah menggunakan mesin, tak tau nak masuk macamana tiket. Aku terpaksa daripada belah sana untuk masukkan tiket dan ajar abah untuk masuk. Tu dari pekeliling. Sampai di Plaza Rakyat, aku ternampak je pak guard, aku meminta untuk masuk ikut pintu pak guard. Pak guard cuma kata beg leh tinggal kat pintu tu, tetapi masuk tetap kena ikut mesin masuk berpalang tu. Sebab tak ada beg, maka agak senang sikit lah.

Aku angkut beg-beg yang di bawa sampai ke tempat dijanjikan dengan auntie Grace, iaitu di 7-eleven di Puduraya. Sampai ke teksi dah pun jam 12 lebih tengahari. Daripada puduraya, dan melalui KL jam dah pun pukul 1pm. Aku betul-betul risau sempat atau tidak menaiki penerbangan ke Kuching jam 3.25pm. Auntie menyakinkan aku, "sempat! dont worry" hehehe padan lah ada GPS rupanya!


Ini lah Abah aku! Pengalaman pertama menaiki LIMO..

Sampai di LCCT jam 2pm. Sebab nak check-in jam 2.30pm maka aku membawa Abah makan-makan di restoran Marrybrown. Aku paham sangat Abah ni, dia kena makan 3 kali sehari ikut time. Kalau tak kebulur la jawabnya.


Aku simple je. Memang dah biasa kalau dalam perjalanan aku akan makan ringan-ringan sahaja. Nugget adalah pilihan yang sesuai.


Habis makan, kami check-in. Ni gambar masa menunggu penerbangan kami jam 3.25pm. Abah tengah teruja masa ni.. hehehe

Abah berjalan menuju ke flight kami - Air Asia.


Aku ingat kapal terbang warna merah, tapi kali ni warna hijau pula. Ni mesti sponsor F1 ni kot. Penerbangan ke Kuching agak lambat sedikit, jadi kami mungkin tiba 15 minit lewat dari jadual asal.

Sepanjang-panjang perjalanan selama 1 jam 45 minit ini, aku lebih suka tidur, tetapi Abah memang tak melelapkan mata pun. Abah tidak henti-henti menyebut "subhanallah" memuji kebesaran yang Maha Esa, bagaimana manusia dengan kuasa Allah swt boleh mencipta kapal untuk terbang.


Jam 2pm tadi baru je Abah makan kat Marrybrown, pada aku sepatutnya kenyang lagi la. Tapi bila dia tengok dalam Flight ada makan-makan, macam-macam dia minta daripada aku. Aku buat tak tau je, aku cuma cakap kat Abah, nanti sampai Kuching kita keluarlah makan. Lepas tu Abah minta air pula. Aku cakap kalau nak air, aku ambil air dari beg (memang Abah ada beli air kat LCCT). Tapi biasa lah seteguk aje minum nya. Yang aku tak tahan tu, buat lawak lak tu. Cakap omputih, "Oh! i am very thirsty" hahaha...

Seperti biasa aku suka ambil seat dekat dengan tingkap. Bagi Abah dok kat tingkap. Terpegun dia disaat merentasi Laut China Selatan menuju ke Malaysia Timur.


Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 5.45 petang. Sebaik sampai, menunggu giliran untuk ambil beg, dan selepas itu aku terus menuju ke kaunter teksi (dah jadi kebiasaan kalau aku lah yang kena berdikari, mata aku akan melilau untuk ambil tindakan pantas seterusnya). Kos teksi ke hotel Harbour View ialah RM26.


Sebaik sampai di Harbour View, aku check in. Aku dah bayar RM205 untuk semalam sebaik booking tempat penginapan. Maka pada 30hb aku membayar sejumlah RM500 untuk baki dua hari lagi sehingga kepada check-out nanti pada 3hb Mei 2011. Kakitangan hotel memang betul-betul ramah. Kami menginap di bilik 919.

Biasalah kat hotel, kalau bilik air bersih maka, pastilah yang hotel itu bersih.


Inilah bilik kami. Agak selesa bukan untuk Abah!


Akibat terlalu penat, kami cuma berjalan makan disekitar hotel sahaja (nasib baik kat belakang hotel ada restoran melayu halal). Abah memang dah menjadi kebiasaan akan tidur awal. Cuma biasanya kalau ditempat baru Abah payah untuk cepat tidur. Tapi, turun naik LRT di KL tu memang memenatkan, Abah terus tertidur sebaik balik ke bilik.


"Adventure" di Kuching hanya akan bermula esok - ahad 1hb Mei 2011.

No comments:

Post a Comment