Monday, May 9, 2011

Pengembaraan Ke Kuching - Hari Kedua (1/5/2011) Part 3

Dalam perjalanan pulang ke Serikin jam sudah pun menunjukkan jam 2 lebih. Jadi aku memberitahu Amir, singgahlah di mana-mana masjid sebelum ke destinasi Kek Lapis di Kampung Gersik.

Lihatlah awan di atas! Setelah penat berpanas, tetiba cuaca mendung pula. Tetapi, selain daripada itu menurut Amir, kat kawasan ini, memang ada banyak awan. Kalau pagi-pagi panorama awan terlalu hampir dengan bumbung rumah memang menarik, menurut cerita Amir.



Dan sebab itulah kawasan ini dinamakan "Siniawan". Perkataan "sini" + "awan".




Kami berhenti di Batu 7. Di Kampung Haji Baki, kami menumpang solat di masjid Darul Ehsan.




Untuk ke Kampung Gersik, ibarat dari bandar kuantan hendak ke Tanjung Lumpur. Kalau daripada bandar Kuching, naik sahaja bot tambang sudah boleh ke Kampung Gersik. Tetapi kalau ikut jalan darat memang jauh sikit lah (macam dulu-dulu sebelum ada jambatan tanjung lumpur, jalan darat ke tanjung lumpur memang kena ikut Pekan lah jawabnya). Kami merentasi sungai Sarawak untuk sampai ke destinasi.




Di sepanjang perjalanan kami melalui banyak "roundabout" / bulatan. Dan yang menariknya, bulatan-bulatan ini diambil sempena nama-nama menteri, atau adun atau orang-orang yang berjasa kepada Sarawak. Yang membuat aku tertarik ialah, bukan ringkasan nama yang ditulis! tetapi nama penuh beserta pangkat! Jadi bayangkan, bagaimana panjangnya hendak menyebut nama-nama bulatan tu!







Kami melalui masjid negeri Sarawak. Wah! besar dan tersergam indah!







Dan ini pula kubah yang berhampiran dengan masjid. Pada zaman-zaman dulu, di mana-mana masjid pasti akan ada kubah dibina supaya laungan azan dapat didengari oleh serata penduduk islam. Tetapi di Sarawak, kubah ini lebih berbentuk hiasan semata-mata. Azan cuma boleh dilaungkan didalam masjid sahaja. Kalau ada yang mendengar nasib lah ye. Ini kerana menurut Amir, ada pihak-pihak bukan islam di Sarawak tidak menggemari suara azan, pada mereka bunyi azan merupakan pencemaran bunyi yang mengganggu kehidupan mereka. Suka hati tul mereka-mereka ini ye! mentang-mentang Malaysia ini bertolak ansur, sampai kan tak boleh azan kuat-kuat pun Malaysia ni ikut.. isk3! (teringat pula di Mesir, semasa zaman Hosni Mubarak, pun ada kes sebegini).




Ini pula ialah perpustakaan negeri. Wah! cantiknya. Kalau aku dapat baca buku dalam keadaan damai macam ni, memang pasti aku hari-hari kesini! Tapi sayang pula, menurut kata Amir, dalam perpustakaan ini, tiada banyak buku sangat. Ye ke? Alahai!




Macam binaan minangkabau pula ye?




Akhirnya kami sampai juga ke Kampung Gersik. Kami berhenti di tepi jalan. Dalam berjalan kaki ke Kek Lapis Dayang Salhah, aku tertanya-tanya bangunan apa yang di runtuhkan ini? menurut Amir, ini merupakan Surau suatu ketika dulu (baru lagi dirobohkan). Aku kurang faham kenapa diruntuhkan? Ada masjid lainkan di bina menggantikan Surau ini? Bingung aku!




Dan inilah Kek Lapis Dayang Salhah yang cukup popular ini! Lihatlah ramai betul orang-orang membeli di sini. Aku rasa rata-rata membawa pulang ke semenanjung ni.




Ini pula ialah kek-kek lapis yang boleh dirasa sebelum membeli. Akibat terlalu banyak pilihan untuk merasa, aku jadi keliru, apa rasa yang aku ingin beli sebenarnya.. huhuhu! Aku membeli 10 kek lapis dan percuma 1 kek lapis. Satu bungkus dalam RM10 - RM20 bergantung kepada jenis-jenis. Aku membeli pelbagai jenis (strawberry prune, cheese oreo, masam manis, durian, puncak kasih, swiss roll, dan banyak lagi lah), yang tidak semua aku rasa masa di Kuantan sebab aku beri kepada adik-beradik yang lain. Agaknya sedap kot. Tetapi ada satu jenis yang aku beli agak mahal sedikit iaitu RM20 - Kek Lapis Sisik Ikan. Namapun agak pelik. Tapi kenapa aku beli? sebab dia agak mahal berbanding yang lain, jadi aku rasa mesti sedap ni... hehehe (logik-logik, sebab masa aku balik dan merasa.. memang sedap pun... huhuhu.. aku patut beli banyak sikit la..)




Inilah gambar kenangan bersama Abah.




Amir rekomen kedai Mira Cake House ini. Kata Amir, dia sukakan rasa kek disini berbanding Dayang Salhah. Oleh kerana jarak yang hampir, aku kata kat Amir, kita singgah sahajalah. Memang betul, kat sini, kek lebih lembap berbanding di Dayang Salhah. Tetapi alahai! kedai terlalu kecil. Ibarat gerai tepi jalan sahaja. Nak membeli pun susah. Tengoklah orang yang beratur tu. Aku yang nak membeli ni pun sampai kena berebut! Isk3!




Inilah Mira Cake House!




Ini pula permandangan dari tepi sungai dari Kampung Gersik. Kelihatan Hotel River Masjestic. Fuyoo..!! sure mahal hotel ni!




Dalam perjalanan pulang aku mendapati, masih banyak lagi kawasan-kawasan hijau yang menunggu masa untuk membangun... Hari ni aku tengok hijau lagi, siapa tau selepas ini...




Tadaa! berdiri tersergam indah Borneo Convention Centre.




Kami menghala ke Waterfront pula untuk membeli tikar Sarawak. Memang lah boleh membeli di Pasar Serikin, tetapi rata-rata orang yang aku tanya semua cakap, beli di Waterfront lebih mudah walaupun mahal kerana urusan pos pulang tikar ke semenanjung lebih mudah disini. Entahlah, ini pengalaman pertama aku, dan aku dah kesuntukan masa untuk memilih lebih-lebih kerana Abah sudah menghitung masa untuk pulang ke Hotel. Abah dah tak larat sangat dah tu. Untuk sampai ke Waterfront, kami melalui pintu gerbang macam masuk ke Chinatown pula. Memang majoriti cina menguasai pekan Kuching ini.




Kedai-kedai pun banyak kedai kedai milik peniaga cina.




Kami berhenti di salah satu kedai di Waterfront. Nama kedai ni Siam Company, jalan Main Bazaar. Betul-betul banyak pilihan tikar disini.




Banyak! daripada gred satu hinggalah gred 3 kualiti tikar dijual.




Inilah tikar yang dibuat dari kayu palembang yang kak Ngah aku pesah suruh beli. Harga RM230 + kos penghantaran ke Kuantan = RM317.75. Mahal tul!! Abah pun nak tikar juga. Tapi Abah tak nak tikar kayu. Abah membeli tikar rotan. Kami membeli gred 2 yang bersaiz sama macam tikar kayu tu 6 X 9. Berharga RM350 + kos penghantaran = RM385.75. Mahal gila!!! mana taknya, aku tengok kat Serikin cuma RM280 je, tu belum aku tawar-tawar lagi! Kalau Abah larat lagi aku nak je kedai lain tengok harga kedai lain macamana lak. Tetapi Abah pun dah tak larat, jadi taknak la bazir masa. Selesaikan sahaja urusan terakhir pesanan kaum keluarga di hari kedua ini, jadi hari esok bolehlah mulakan urusan berjalan-jalan pula.






Balik sahaja Ke Hotel sudah pun menunjukkan jam 5.10 petang. Aku mengucapkan terima kasih kepada Amir. Walaupun dia bukan pemandu pelancong yang menepati pilihan utama aku, tetapi dia tak banyak karenah, apa yang aku cadangkan dia ikut je.. hehehe. Tanpa dia rasanya susah juga untuk bergerak ke banyak-banyak tempat untuk satu hari. Terima kasih banyak-banyak Amir. All the best dalam pengajian Phd ye! Semoga kita berjumpa lagi!



2 comments:

  1. Salam

    Just to clarify - the old surau in our kampung was demlished to build a new masjid. As you walk to the kak hah's kek lapis shop, anther house was also being demolished. This was owned by the late Syed Agus Syed Othman & family who donated their family home through wakaf in order for the kampung residents to have a bigger, better masjid. Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  2. Masjid itu sudah hampir siap sepenuhnya bila saya ke Kg.Gersik utk membeli terubuk masin dan kek lapis pada 27 March 2013.Saya dari Kedah.

    ReplyDelete